1.10 Akronim

download 1.10 Akronim

of 2

Transcript of 1.10 Akronim

  • 8/14/2019 1.10 Akronim

    1/2

    EDUCATION of ELAKSAMANA

    Created by [email protected] All Right Reserved Presented 2009

    1

    1.10 KATA TUGAS

    1.10.1 PENGENALAN

    Definisi

    Merupakan kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf pertama atau suku kata beberapa

    perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan.

    Akronim tergolong dalam jenis kata tunggal, iaitu perkataan yang diterbitkan hasil daripada

    penggabungan dan penyingkatan beberapa perkataan.

    Bentuk singkatan terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu.

    1.10.2 PEMBENTUKAN AKRONIM

    Proses pembentukan akronim tidak mempunyai prinsip yang jelas.

    Cara pembentukan adalah melalui proses penggabungan dan pembentukan kata nama bagi melahirkan

    bentuk baharuyang lebih ringkas.

    Pembentukan akronim biasanya digunakan sebagai kata nama khas dan proses pembentukannya agaklonggar.

    1.10.3 JENIS AKRONIM

    Dalam buku Tatabahasa Dewan, akronim boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu berdasarkan kepada

    percantuman bahagian perkataan bagi membentuk akronim tersebut iaitu :

    a)Kata akronim cantuman huruf awal perkataanPercantuman huruf-huruf awal dari suku kata dan kebanyakannya terdiri daripada nama-nama khas

    tertentu, contohnya :

    yKPM : Kementerian Pelajaran MalaysiayBPR : Badan Pencegah RasuahyBTP : Bahagian Teknologi Pendidikan

    b)Kata akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutanTerhasil daripada cantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan berdasarkan sebutan yang

    sedap tanpa urutan, contohnya :

    yPerhilitan : Perlindungan Hidupan Liat dan Taman NegarayProton : Perusahaan Otomobil Nasional

    c) Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataanAkronim jenis ini dibentuk melalui percantuman suku kata awal sejumlah perkataan, contohnya :

    yTadika : taman didikan kanak-kanakyPawagam :panggung wayang gambaryKugiran : kumpulangitar rancak

  • 8/14/2019 1.10 Akronim

    2/2

    EDUCATION of ELAKSAMANA

    Created by [email protected] All Right Reserved Presented 2009

    2

    d)Kata akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataanberikutnya

    Akronim jenis ini dibentuk melalui huruf atau suku kata perkataan pertama dengan bahagian bukan

    awal perkataan lain, contohnya :

    yJentolak :jentera tolakyDebunga : debu bungayPurata :pukul ratayHalaju : hala laju