Bab 7.Kosa_Kata

download Bab 7.Kosa_Kata

of 9

Transcript of Bab 7.Kosa_Kata

  • 8/19/2019 Bab 7.Kosa_Kata

    1/20

    Bab 7: Pengajaran Kosa Kata

    1

    Bab 7

    PENGAJARAN KOSA KATA 

    7.1. Pengenalan

    7.2. Membantu murid membina kosa kata

    7.3. Pengajaran kosa kata

    7.4. Penggunaan Internet Dalam Pembinaan Kosa Kata

    HASIL PEMBELAJARAN

    a. Memahami kepentingan pengajaran kosa kata

     b. Memahami cara mempertingkatkan kosa kata murid-murid

     b. Mengaplikasikan teknik pengajaran kosa kata kepada murid-murid

    c. Memahami kepentingan internet dalam membantu guru memperkayakan kosa kata murid-murid.

    Penguasaan dalam kemahiran kosa kata adalah amat penting dalam kemahiran membaca. Tanpa

     penguasaan kosa kata, pengetahuan murid adalah terhad. Selain itu, penguasaan kosa kata yang

    terhad menyebabkan murid sukar untuk memahami perkara atau teks yang dibaca. Sehubungan

    dengan itu, topik ini akan menjelaskan tentang konsep, jenis dan pendekatan dan teknik dalam

     pengajaran kosa kata.

  • 8/19/2019 Bab 7.Kosa_Kata

    2/20

    Bab 7: Pengajaran Kosa Kata

    2

    PENGAJARAN kosa kata merupakan satu bahagian penting dalam kegiatan membaca.

    Memang tidak dapat dinafikan bahawa satu tugas atau tanggungjawab yang besar dalam

     pengajaran bacaan ialah untuk menolong murid membina saiz kosa kata. Hal ini penting

    dalam menentukan pengetahuan murid tentang makna sesuatu perkataan dan memahami

    mesej yang hendak disampaikan oleh bahan bacaan.

    Sejak tahun 1940-an sehingga1980-an, penyelidik-penyelidik seperti Davis, 1944: hal. 185-

    197; Spearitt, 1972: hal. 92-111; Pearson dan Johnson, 1978: hal. 52; Barrett dan Graves,

    1981: hal. 146-150; Hayes dan Tierney, 1982: hal. 256-280 dan Thelen, 1986: hal. 606, di

    antara ramai lagi penyelidik yang lain, berulang kali menunjukkan pentingnya pengetahuan

    kosa kata (makna perkataan-perkataan) sebagai satu komponen bacaan dan kefahaman yang

    imperatif. Bukti-bukti daripada penyelidikan jugs telah menunjukkan bahawa pengetahuan

    yang sedia ada tentang sesuatu tajuk, khususnya kefahamannya ke atas perkataan-perkataan

    utama (keyword)  adalah pengukur kefahaman. Ia lebih baik daripada mana-mana pengukur

    kebolehan membaca atau pencapaian yang lain (Johnston, 1984: hal. 219-239). Memang

    tidak dapat disangkal lagi, untuk memahami sesuatu yang dibaca, wujudnya keperluan

    mengenal atau mengecam dan memahami makna perkataan-perkataan yang ditempuhi

    terlebih dahulu, secepat yang mungkin. Sebagaimana Harris dan Sipay, 1980: hal. 447-448,

     berpendapat bahawa mengecam perkataan adalah prasyarat untuk pembacaan dengankefahaman. Satu kefahaman yang tepat tentang maksud perkataan adalah perlu dan

    merupakan prasyarat kepada pembacaan yang bermakna.

    Dalam pengajaran kefahaman bacaan, aspek pengajaran kosa kata kurang diberi perhatian

    yang serius. Pengajaran kosa kata hanya merupakan satu sesi pengenalan bagi kegiatan

     bacaan dan kefahaman. Dalam pengajaran bacaan dan kefahaman, sesuatu petikan dibaca

    secara senyap (oleh semua murid) dan secara kuat (oleh beberapa orang murid). Kegiatan

    seterusnya, sesi menjawab soalan kefahaman. Kadangkala dalam sesi menjawab soalan ini

    (sama ada dijaIankan di dalam kelas atau sebagai kerja rumah), diselitkan kegiatan kosa kata

    .

    Pada keseluruhannya, bentuk-bentuk pengajaran kosa kata di sekolah boleh disimpulkan

    seperti yang berikut:

    (1) Guru memberi penerangan secara langsung kepada murid makna perkataan baru

    atau sukar

    (ii) Guru meminta murid memberi makna perkataan-perkataan baru setelah petikan dibaca

    (iii) Guru memberi perhatian pada beberapa perkataan yang penting dan kemudiannya,

    meminta murid membuat ayat tersebut

    (iv) Memberi latihan atau kerja rumah kepada murid supaya mencari makna perkataan dan

    membentuk ayat dengan menggunakannya

    Pengenalan7.1

  • 8/19/2019 Bab 7.Kosa_Kata

    3/20

    Bab 7: Pengajaran Kosa Kata

    3

    Pada amnya, bentuk kegiatan pengajaran perbendaharaan adalah terpisah-pisah (isolated). 

    Kegiatan pengajaran kosa kata tidak memperlihatkan perkaitan di antara perkataan-

     perkataan yang telah diketahui maknanya (pengetahuan sedia ada) dengan perkataan- perkataan baru yang diperkenalkan atau diajarkan. Sedangkan kegiatan seumpama itu adalah

     perlu bagi memenuhi tujuan pengajaran kosa kata iaitu untuk rnenubuhkan judul-judul

    ataupun bilangan perkataan atau konsep yang diketahui maknanya bagi mengembangkan lagi

    skemata murid yang sedia ada. Dengan itu, pengajaran makna perkataan perlulah diajar.

    Pengajaran perhendaharaan kata membina pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid,

    Keadaan ini wujud mungkin kerana masa yang diperlukan bagi pengajaran kosa kata adalah

    sangat singkat. Pengajaran kosa kata biasanya menjadi satu komponen kecil daripada

    keseluruhan kegiatan bacaan dan kefahaman selama 40-45 minit atau 80-90 minit. Keadaan

    ini perlu diubah, memandangkan kepentingan pengetahuan makna perkataan dalam bacaan

    dan kefahaman. Adalah tidak menjadi keterlaluan, sekiranya seseorang guru mengambil masa

    40-45 minit, khusus untuk pengajaran kosa kata sahaja. Dalam masa yang panjang ini, guru

     bukan sahaja dapat merancang pengajaran kosa kata yang tersusun dan bermakna, tetapi juga

    dapat mengajar kemahiran menubuhkan makna perkataan secara bebas (independent

    learning ).

    Kepentingan pembinaan pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid ini dapat dilihat

    selanjutnya pada cara penulisan bahan-bahan bacaan kanak-kanak di peringkat awal. Dalam

     penulisan buku kanak-kanak yang baru menempuh alam bacaan, perhatian berat diberikan pada penggunaan perkataan-perkataan yang telah biasa didengar dan diketahui maknanya.

    Perkataan-perkataan itu juga yang senang dihuraikan maknanya. Dalam erti kata yang lain,

     perkataan-perkataan yang terkandung dalam bahan bacaan awal kanak-kanak adalah

     perkataan-perkataan yang telah menjadi sebahagian daripada pengalaman danpengetahuan

    mereka. Ia harus diajar dalam struktur yang telah diketahui ataupun known structure. 

    Dalam pengajaran kosa kata , prinsip yang sama boleh digunakan. Pengenalan perkataan-

     perkataan sukar atau baru diperkenalkan bersama dengan perkataan-perkataan yang telah

    menjadi sebahagian daripada kosa kata mereka.

  • 8/19/2019 Bab 7.Kosa_Kata

    4/20

    Bab 7: Pengajaran Kosa Kata

    4

    Pengajaran kosa kata berkait rapat dengan kebolehan memahami apa yang dibaca. Anderson

    dan Freebody, 1981: hal. 78, menyatakan bahawa seseorang yang tidak mengetahui makna

     perkataan, berkemungkinan besar merupakan pembaca yang lemah. Memandangkan

     perkaitan yang begitu rapat dan kepentingannya kepada kefahaman bacaan, maka, pengajaran

    kosa kata perlulah berkesan dan bermakna (Thelen, 1986: hal. 603). Tambahan pula, tidak

    semua teknik, strategi atau prosedur-prosedur yang boleh digunakan bagi pengajaran kosa

    kata mempunyai tahap keberkesanan yang sama. Lantaran itu, adalah perlu bagi seseorang

    guru membuat penilaian, pemilihan dan perancangan yang bijak dalam penggunaan sesuatu

    teknik.

    Berdasarkan kajian-kajian semasa (Thelen, 1986: hal. 606-608; Carr dan Wixson, 1986: hal.

    589-592) empat panduan dapat disenaraikan bagi pengajaran kosa kata yang bermakna.

    Panduan-panduan tersebut adalah seperti yang berikut:

    1. Pengajaran kosa kata perlu dapat membantu murid mengaitkan makna perkataan

    baru kepada makna-makna (pengetahuan dan pengalaman) sedia ada murid.

    Pembelajaran yang bermakna hanya akan wujud jikalau guru membantu murid mengaitkan

    makna perkataan baru dengan apa yang telah mereka ketahui. Pengetahuan dan pengalaman

    sedia ada murid adalah sangat penting bagi kefahaman mereka ke atas makna perkataan-

     perkataan yang ditemui dalam pembacaan. Dengan itu, kunci kejayaan sesuatu pengajaran

    kosa kata adalah terletak pada kebolehan guru menyusun apa yang telah diketahui oleh

    murid dan memperlihatkan perkaitan yang ada. Cara ini akan dapat membantu murid

    memahami makna perkataan baru dengan lebih bermakna pada diri mereka. Justeru itu, murid

    akan dapat menahan maksud perkataan yang dipelajari dengan lebih lama. Teknik-teknik

     pengajaran kosa kata seperti senarai-kumpul-namakan, petaan semantik dan ciri-ciri matriks

    dapat membantu guru memperlihatkan perkaitan yang wujud di kalangan perkataan-

     perkataan dan juga konsep-konsep.

    2. Pengajaran kosa kata perlu dapat membantu murid membina pengetahuan tentang

    makna perkataan yang luas dan rapi.

    Bagi membolehkan murid benar-benar memahami makna perkataan dan menggunakannya,

    murid perlu diberi pengajaran kosa kata . Pengajaran yang melampaui peringkat mengingat

    definisi atau mempelajari maims perkataan dalam satu konteks. Murid perlu diberikan

     peluang untuk mengkaji dan melihat persamaan dan perbezaan yang wujud, menemui

    Membantu murid membina

    kosa kata7.2

  • 8/19/2019 Bab 7.Kosa_Kata

    5/20

    Bab 7: Pengajaran Kosa Kata

    5

     pertalian-pertalian yang ada dan juga melihat penggunaan perkataan-perkataan dalam

     berbagai-bagai konteks. Teknik-teknik yang dapat menghasilkan pembelajaran makna

     perkataan yang luas dan rapi adalah seperti analisis konteks, petaan semantik dan ciri-ciri

    matriks.

    3. Pengajaran kosa kata perlu dapat melahirkan penglibatan yang aktif di pihak

    murid.

    Penglibatan murid yang aktif di dalam pengajaran pembelajaran kosa kata adalah sangat

     penting. Semakin banyak penglibatan murid, semakin baik kefahamannya ke atas makna

     perkataan yang dipelajari. Oleh itu murid akan lebih lama mengingati maknanya.

    Jadi, bentuk kegiatan-kegiatan pengajaran-pembelajaran kosa kata hendaklah bertumpu

    kepada perlakuan murid. Kegiatan-kegiatan yang menghendaki murid memberi banyak

    tindak balas seperti yang terdapat dalam kegiatan perbincangan, menjawab soalan-

    soalan dan menggunakan perkataan-perkataan yang baru.

    4. Pengajaran kosa kata perlu dapat membantu murid membina strategi

    pembelajaran perkataan-perkataan dan konsep-konsep baru secara bebas.

    Pembaca yang matang, mempunyai saiz kosa kata yang luas. Untuk menjadi seorang

     pembaca yang matang, murid perlu diajar kemahiran-kemahiran yang dapat digunakan tanpa

     bantuan guru sedikit pun. Kemahiran ini dapat diajarkan dengan mendedahkan dan

    memodelkan kepada murid strategi dan teknik-teknik yang guru gunakan dalam pengajaran

    kelas. Di samping itu guru perlu memberi peluang kepada murid menggunakannya.

    1. Bagaimana guru boleh menambah kosa kata murid dalam pengajaran di kelas?

    2. Nyatakan kepentingan pengajaran kosa kata kepada murid-murid.

    3. Terangkan tentang pengajaran kosa kata di sekolah.

  • 8/19/2019 Bab 7.Kosa_Kata

    6/20

    Bab 7: Pengajaran Kosa Kata

    6

    Ada pelbagai cara untuk mengenalkan sesuatu perkataan. Satu cara yang lumrah dilakukan

    ialah dengan memberi makna untuk menerangkan sesuatu perkataan atau meminta pelajar

    memberi makna perkataan sukar setelah bahan dibaca. Kadang-kadang guru boleh

    menyuruh mereka membina ayat daripada perkataan baharu yang diperkenalkan. Guru juga

     boleh menggunakan kaedah terjemahan iaitu memberi makna melalui bahasa yang mereka

    dapat memahaminya. Ada juga cara lain yang jarang digunakan iaitu membunyikan

     perkataan itu untuk mereka mengesan maknanya. Walau apa pun teknik atau gabungan

    teknik yang digunakan perlu diingat bahawa gurulah yang menentukan keberkesanan

    sesuatu pengajaran. Penerangan selanjutnya akan memaparkan huraian yang lebih berfokus

    mengenai pengajaran kosa kata .

    a.  Kaedah Senarai-Kumpul-Namakan dan Matriks

    Ada pelbagai strategi yang lain yang menggunakan prinsip teori skema yang memberi

     penekanan kepada pembinaan pengetahuan sedia ada untuk mengajar kosa kata . Ciri-ciri

    senarai- kumpul-namakan dan matriks merupakan antara beberapa strategi yang

    memudahkan pelajar mengenal makna perkataan baru. Penggunaan strategi ini boleh

    dilakukan secara berpasangan, kumpulan atau secara keseluruhan kelas.

    Senarai-Kumpul-Namakan

    Guru boleh memperkenalkan tajuk yang berkaitan dengan perkara yang hendak diajar,

    misalnya tajuk binatang . Setiap murid diminta untuk memberi seberapa banyak perkataan

    untuk membina rangkaian kosa kata mengenai binatang . Guru membimbing murid untuk

    mengumpulkan kata-kata yang telah disenaraikan itu menurut kumpulannya yang tertentu.

    Contoh:

    Ikan, burung, itik, ikan lumba-lumba, ikan paus, tapak sulaiman, helang, burung merak,

    ayam, harimau, memerang.

    Binatang

    Darat Laut/Air Udara

    Senarai-Kumpul-  Namakan: ‘binatang’  

    Cara mengajar kosa kata 7.3

  • 8/19/2019 Bab 7.Kosa_Kata

    7/20

    Bab 7: Pengajaran Kosa Kata

    7

    Matriks

    Kita sedia maklum bahawa perkataan mempunyai ciri-ciri tertentu. Ada ciri yang unik bagi

     perkataan itu sahaja dan ada ciri yang dikongsi bersama dengan perkataan lain. Denganteknik ini guru dapat membina perbendahraan kata yang luas dan secara tidak langsung dapat

    membantu murid dalam proses penulisan karangan.

    Berikut diberi beberapa contoh mengenai teknik menggunakan ciri-ciri matriks:

    1. 

    Guru memilih satu kategori perktaan atau konsep sebagai rangsangan bagi pengajaran

    kosa kata (misalnya beberapa bahagian mengenai ‘penyakit’). 

    2. 

    Secara kumpulan kecil murid-murid berbincang serta menyenaraikan bahagian bagi

    kategori yang dipilih seperti berikut:

     Kategori mengenai ‘penyakit’  

    3.  Guru membimbing murid untuk menyenaraikan sifat atau ciri yang dapat dikaitkan

    dengan kategori perkataan yang dipilih. Murid-murid akan berbincang kemudian

    mengisikan matriks dengan menuliskan tanda campur (+) dan tolak (-) untuk

    menunjukkan ciri yang dimiliki dan tidak dimilikinya.

    Contoh 1: Beberapa penyakit serta cara-cara mengendalikannya

  • 8/19/2019 Bab 7.Kosa_Kata

    8/20

    Bab 7: Pengajaran Kosa Kata

    8

     Matriks mengenai ‘penyakit’  

    Teknik Mengajar Kosa Kata

    Kita sedia maklum bahawa setiap perkataan mempunyai bentuk apabila kita menuliskannya.

    Apabila perkataan itu disebut kita melahirkan bunyinya. Ada guru yang beranggapan bahawa

    apabila kita mengenalkan perkataan, murid harus mendengar bunyi perkataannya dahulu

    sebelum dia menuturkannya. Ia harus menuturkannya sebelum membacanya. Ada juga yang

    tidak bersetuju dengan pendapat ini. Namun demikian terserahlah kepada setiap guru

    mencuba dengan teknik yang difikirkan berfaedah. Harus ditekankan di sini bahawa ada

    teknik yang sesuai untuk sesuatu kumpulan mungkin tidak sesuai untuk kumpulan murid

    yang lain.

    Ada perkataan yang mudah diperkenalkan seperti jenis kata nama, kata kerja, kata adjektif

    dan kata tugas. Ada pula yang agak sukar sedikit sebab berupa abstrak. Ada juga kata-kata

    yang bergantung kepada yang lain yang ada kaitan dengan tatabahasa seperti kata sendi

    nama, partikel terikat dan sebagainya.

    Di peringkat sekolah rendah pelbagai teknik boleh digunakan untuk mengajar kosa kata

    seperti yang berikut:

  • 8/19/2019 Bab 7.Kosa_Kata

    9/20

    Bab 7: Pengajaran Kosa Kata

    9

    (a)  Menunjukkan atau membuat perbandingan mengenai sesuatu bentuk (seperti bulat,

     bujur, tiga segi, gemuk, kurus, tinggi, rendah dan sebagainya).

    (b) 

    Melakukan sesuatu dengan menggunakan anggota badan seperti tangan, kaki dan

    mimik muka (seperti melompat, berjalan, tunduk, cepat, lambat dan sebagainya);

    lakon ajuk dan gerak-geri (seperti perlahan, cepat, marah, terhuyung-hayang dansebagainya); membayangkan dengan perasaan seperti gembira, sedih, panas, haus,

    marah, penat dan sebagainya.

    (c) Melukis gambar wajah yang menggambarkan berbagai emosi dapat dilukis dengan

    mempelbagaikan bentuk mata dan mulut seperti menangis, senyum, marah dan

    sebagainya.

  • 8/19/2019 Bab 7.Kosa_Kata

    10/20

    Bab 7: Pengajaran Kosa Kata

    10

    (d) Menggunakan bahan ‘realia’ iaitu benda-benda yang sebenarnya atau model sesuatu

     benda dibawa ke sekolah yang dapat menarik perhatian murid-murid (misalnya

     buah-buahan, barang-barang mainan dan sebagainya).

    (e) 

    Menunjukkan sesuatu bahan (seperti buku, meja, lampu dan sebagainya).

    (f) 

    Bahan- bahan yang sukar dibawa ke dalam bilik darjah boleh ditunjukkan melaluigambar-gambar yang diambil daripada majalah, surat khabar, internet dan sebagainya.

    Kad imbasan juga boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Bahan-bahan ini dapat

    memberi gambaran yang jelas dalam proses pembelajaran.

    (g) 

    Melukis “orang-orang lidi” untuk memperlihatkan sesuatu aktiviti yang boleh

    dijadikan bahan perbincangan atau soalan. Misalnya, lukisan berikut boleh dijadikan

     bahan perbincangan untuk menceritakan apa yang mereka lihat.

  • 8/19/2019 Bab 7.Kosa_Kata

    11/20

    Bab 7: Pengajaran Kosa Kata

    11

    (h) Melukis kegiatan-kegiatan yang mereka telah lakukan pada hujung minggu yang lalu

    untuk menguji penguasaan kosa kata murid (seperti keadaan di sebuah pasar,

    lawatan ke taman haiwan dan sebagainya). Bincangkan lukisan mereka untuk

    memperkenalkan perkataan-perkataan baru.

  • 8/19/2019 Bab 7.Kosa_Kata

    12/20

    Bab 7: Pengajaran Kosa Kata

    12

    (i)  Peta minda: Peta minda adalah salah satu cara untuk menyusun maklumat mengikut

    kategori. Terdapat beberapa cara untuk menggunakan peta minda. Cara yang paling

     popular adalah melukis bulatan di tengah dan kemudiannya berikan topic. Kemudian

     bersama murid, guru akan memikirkan aspek topik tersebut dan juga sub topiknya.

    Menurut Konteks

    Dalam sesuatu pelajaran yang memakan masa selama 40 minit guru boleh memperkenalkan

    kira-kira lima hingga tujuh patah perkataan baru. Ini bergantung kepada kebolehan murid-

    murid menguasai bahasa itu. Guru boleh menambahkan bilangan perkataan itu atau

    mengurangkan jika mereka sukar mengingatinya. Namun demikian perkataan yang hendak

    diajar dalam kefahaman harus dikaitkan dengan kehidupan harian.

    Selain daripada strategi mengajar kosa kata dengan menggunakan kaedah secara terus

    menerus itu ada satu lagi strategi yang membolehkan pelajar mencari makna perkataan sukar

    secara sendiri (decode for themselves). Ini hanya boleh dilakukan apabila seseorang itu sudah

    mempunyai kosa kata yang asas. Apabila pelajar itu sudah menguasai 2,000 -3,000 patah

     perkataan dalam sesuatu bahasa bererti ia sudah menguasai 80% daripada perkataan yang ia

    sering temui. Namun demikian, Honeyfield (1977) menyatakan bahawa pelajar yang bijak

    yang telah menguasai sebanyak 3,000 patah perkataan masih menghadapi masalah

    mentafsirkan teks yang mengandungi perkataan-perkataan yang tidak kerap digunakan

    (infrequent words).

  • 8/19/2019 Bab 7.Kosa_Kata

    13/20

    Bab 7: Pengajaran Kosa Kata

    13

    Satu lagi kaedah yang sungguh berkesan serta digalakkan ialah mengajar menurut konteks

    iaitu dengan cara meneka maknanya. Murid akan membaca keseluruhan ayat kemudian

    meneka maknanya yang boleh diperolehi daripada ayat itu. Murid harus membuat inferen

     berdasarkan konteks penggunaan perkataan baharu itu.

    Ada beberapa maklumat yang dapat membantu untuk menggunakan kaedah konteks secara

     berkesan. Bahan bacaan yang mempunyai gambar, ilustrasi, carta, huruf condong atau tebal

    dan sebagainya dapat memberi bayangan kepada makna perkataan baru. Teknik bantuan

    tipografi ini serba sedikit dapat membantu meneka makna perkataan baharu atau sukar.

     Namun demikian jika bahan yang dibaca itu mempunyai banyak perkataan sukar maka teknik

    ini tidak dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

    Satu lagi teknik yang dapat menghuraikan makna yang sukar ialah dengan melihatnya dari

    sudut sintaksis dan semantik. Nation (1990:162) telah memberi langkah-langkah tertentu

    untuk menguasai kemahiran meneka makna seperti berikut:

    Langkah-langkah untuk menguasai kemahiran meneka makna seperti (Nation, 1990, ms 162-163)

    •Lihat perkataan yang sukar dan tentukan jenisnya dalam nahu. Adakah perkataan itu

    berupa kata nama, kata kerja, kata adjektif atau kata sendi.Langkah 1

    •Lihat klausanya atau ayat yang mengandungi perkataan sukar. Jika perkataan yang

    sukar itu berupa kata nama, lihat kata sifat yang menerangkannya. Apakah kata kerjayang mendekatinya? Apakah fungsi kata nama itu atau apa yang dijadikannya? Jika

    perkataan sukar itu kata kerja apakah kata nama yang mengiringinya? Adakah

    perkataan itu dimudahkan dengan kata adjektif? Jika perkataan itu kata adjektif apakah

    kata nama yang mengirinya?

    Langkah 2

    •Lihat hubungan di antara klausa atau ayat yang mengandungi perkataan yang sukar

    dengan ayat-ayat lain atau perenggan. Kadang-kadang hubungan dapat dilihat melalui

    kata sendi seperti tetapi, kerana, jika, bila atau dengan kata-kata seperti walau

    bagaimanapun, dan akibatnya.

    Langkah 3

    Langkah 4

    Langkah 5

     Gunakan pengetahuan yang diperolehi daripada langkah 3 ke langkah 4 untuk meneka

    makna perkataan.

    Pastikan yang tekaan anda itu tepat atau tidak.(a) Lihat jenisnya dalam nahu. Adakah sama dengan golongan pembahagian perkataan

    sukar? Jika tidak sama, maka ada sesuatu yang tidak betul mengenai tekaan anda.

    (b) Gantikan perkataan sukar itu dengan perkataan tekaan anda. Jika ayat itu memberimakna bererti tekaan anda mungkin betul.

    (c) Pecahkan perkataan sukar itu kepada awalan, kata akar dan imbuhan jika boleh. Jikamakna awalan dan kata akar sesuai dengan tekaan anda itu tanda baik. Jika tidak lihat

    tekaan anda sekali lagi, tetapi jangan tukar apa-apa pun jika anda pasti dengan tekaan

    anda.

  • 8/19/2019 Bab 7.Kosa_Kata

    14/20

    Bab 7: Pengajaran Kosa Kata

    14

    Pembelajaran Kosa Kata di Sekolah

    Para pelajar harus didedahkan kepada seberapa banyak kosa kata lisan dan tulisan melalui

     pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Tumpuan harus diberi pada pemilihan kata, maknanya,ejaannya serta hubungannya dengan kata-kata yang lain. Jika persekitaran kelas itu dapat

    dipenuhi dengan suasana pembelajaran yang merangsang pembelajaran kosa kata, ini bererti

     bahawa guru telah berjaya membentuk iklim pembelajaran yang memudahkan pembelajaran

    kosa kata .

    Buku kosa kata

    Galakkan para pelajar memiliki ‘buku kosa kata ’ agar mereka dapat mencatatkan

     perkataan-perkataan sukar dengan maknanya di bawah pelbagai tajuk seperti: kata kerja, kata

    nama, kata adjektif, kata ganda dan kata pinjaman. Aktiviti ini harus dijadikan sebagai usaha

    yang berterusan untuk melihat kejayaannya.

  • 8/19/2019 Bab 7.Kosa_Kata

    15/20

    Bab 7: Pengajaran Kosa Kata

    15

    Sumber Perpustakaan

    Perpustakaan sekolah dan bilik darjah harus ada bahan-bahan sumber yang boleh dijadikan

    rujukan para pelajar seperti pelbagai jenis kamus, tesaurus, buku-buku yang berkaitan

    dengan kemahiran bahasa dan sebagainya.

    Peralatan Elektroni k

    Dengan kecanggihan peralatan zaman ini, banyak perkataan dapat dijelaskan denganmenggunakan komputer. Murid-murid mendapat gambaran yang sejelasnya dengan tayangan

  • 8/19/2019 Bab 7.Kosa_Kata

    16/20

    Bab 7: Pengajaran Kosa Kata

    16

     berserta bunyi serta fungsi-fungsi lain (seperti animasi, simulasi dan lain-lain) yang

    menjadikan bahan pengajaran lebih seronok untuk dipelajari.

    Persekitaran sekolah dan bilik darjah harus dilengkapi dengan pelbagai jenis peralatan

    elektronik (perkakasan dan sofwe seperti kamus elektronik) untuk membolehkan para pelajarmendapatkan maklumat yang dikehendaki.

    Kolokasi

    Kata-kata yang berkaitan yang kerap kelihatan wujud bersebelahan antara satu sama lain

    dikatakan sebagai kolokasi. Kata-katanya diatur dalam pola yang tetap.

    Menurut Nation (2001:317) kolokasi merupakan “items which frequently occur together and

    have some degree of semantic unpredictability”. 

    Menurut Asmah Hj Omar (2008:283) “Kolokasi bermakna perkaitan antara dua kata yang

    diletakkan pada paksi sintagmatik yang menimbulkan makna yang dapat diterima oleh

     pengguna  bahasa. Kata memakai  boleh berkolokasi dengan baju,  menghasilkan  memakai 

     baju, tetapi kata makan tidak boleh berkolokasi dengan baju. Kata makan boleh berkolokasi

    dengan nasi, roti, buah, ubat dan sebagainya”. 

    Pawley dan Syder (1983) menyatakan bahawa:

    “….the best way to explain how language users produce nativelike

     sentences and use the language fluently is that in addition to

    knowing the rules of the language, they store memory and draw on

    them in language use. Thus each word in the language is likely to be

     stored many times, once as a single item in the language and many

    times in memorized chunks.”

  • 8/19/2019 Bab 7.Kosa_Kata

    17/20

    Bab 7: Pengajaran Kosa Kata

    17

    Kolokasi dalam bahasa Melayu seperti pemuda kacak, gadis ayu, makanan sihat  dan

    sebagainya membayangkan bahawa ada kata-kata berada dalam sesuatu kelompok yang

    tertentu yang memudahkan otak mengingatinya serta mengeluarkannya ketika diperlukan.

    Kata Sumber

    Kebanyakan kata asing yang menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu menunjukkan bentuk

    yang baru sehingga tidak begitu jelas lagi bentuk dan bunyi asalnya. Sebutan perkataan serta

    ejaannya pun telah berubah untuk menurut sebutan bahasa Melayu. Misalnya perkataan

    ‘basikal’ berasal daripada perkataan bahasa Inggeris bicycle. 

    Internet adalah salah satu sumber pengajaran dan pembelajaran yang berteknologi tinggi dan

    amat penting menjelang abad ke-21. Guru perlulah bijak dalam menggunakan segala

    kemudahan yang terdapat dalam laman web bagi dimanfaatkan terutamanya dalam

     pengajaran bahasa Melayu bagi memberikan kesan yang positif kepada pelajar.

    Boleh dikatakan hampir setiap pelajar di Malaysia mempunyai computer dan kemudahan

    internet. Guru haruslah mengmbil kesempatan ini untuk menggalakkan pelajar menggunakan

    1. Nyatakan bagaimana guru boleh menggunakan Kaedah Senarai-Kumpul-Namakan dan

    Matriks untuk mengajar kosa kata.

    2. Senaraikan langkah-langkah untuk menguasai kemahiran meneka makna seperti yangdikatakan oleh Nation (1990).

    3. Apakah teknik-teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar kosa kata? 

    Penggunaan Internet Dalam

    Pembinaan Kosa Kata 

    7.4

  • 8/19/2019 Bab 7.Kosa_Kata

    18/20

    Bab 7: Pengajaran Kosa Kata

    18

    kemudahan ini dengan baik untuk memperkayakan kosa kata dan memantapkan lagi

    kemahiran membaca mereka.

    Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google,

    MSN dan lain-lain yang boleh digunakan oleh guru dan pelajar untuk mencari maklumattentang kosa kata dalam bahasa Melayu. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google.

    Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu

     bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.

    Terdapat beberapa laman web yang menyediakan kamus online untuk memudahkan pelajar

    dan guru membuat rujukan. Antaranya ialah:

    http://prpm.dbp.gov.my/ 

    http://www.bumigemilang.com/kamus-dewan-online-dan-kamus-pelajar-online/ 

    Selain daripada itu, terdapat laman web yang membuat permainan kosa kata yang menarik

    yang boleh digunakan oleh guru dan murid-murid. Antaranya ialah:

    http://www15.brinkster.com/affendi/new/hkosa.htm 

      Terdapat pelbagai permainan kosa kata yang disediakan di dalam laman web ini yang

     boleh disyorkan kepada pelajar untuk membantu memperkayakan kosa kata mereka.

    http://prpm.dbp.gov.my/http://prpm.dbp.gov.my/http://www.bumigemilang.com/kamus-dewan-online-dan-kamus-pelajar-online/http://www.bumigemilang.com/kamus-dewan-online-dan-kamus-pelajar-online/http://www15.brinkster.com/affendi/new/hkosa.htmhttp://www15.brinkster.com/affendi/new/hkosa.htmhttp://www15.brinkster.com/affendi/new/hkosa.htmhttp://www.bumigemilang.com/kamus-dewan-online-dan-kamus-pelajar-online/http://prpm.dbp.gov.my/

  • 8/19/2019 Bab 7.Kosa_Kata

    19/20

    Bab 7: Pengajaran Kosa Kata

    19

      PENGAJARAN kosa kata merupakan satu bahagian penting dalam kegiatan membaca. Hal

    ini penting dalam menentukan pengetahuan murid tentang makna sesuatu perkataan dan

    memahami mesej yang hendak disampaikan oleh bahan bacaan.

      Bukti-bukti daripada penyelidikan jugs telah menunjukkan bahawa pengetahuan yang sedia

    ada tentang sesuatu tajuk, khususnya kefahamannya ke atas perkataan-perkataan utama

    (keyword)  adalah pengukur kefahaman. Ia lebih baik daripada mana-mana pengukur

    kebolehan membaca atau pencapaian yang lain.

      Satu kefahaman yang tepat tentang maksud perkataan adalah perlu dan merupakan prasyarat

    kepada pembacaan yang bermakna. 

     

    Pengajaran kosa kata berkait rapat dengan kebolehan memahami apa yang dibaca.

    Seseorang yang tidak mengetahui makna perkataan, berkemungkinan besar merupakan

     pembaca yang lemah. Memandangkan perkaitan yang begitu rapat dan kepentingannya

    kepada kefahaman bacaan, maka, pengajaran kosa kata perlulah berkesan dan bermakna.

      Ada pelbagai cara untuk mengenalkan sesuatu perkataan. Antaranya ialah kaedah senarai-

    kumpul-namakan dan matriks, senarai-kumpul-namakan dan matriks. 

      Di peringkat sekolah rendah pelbagai teknik boleh digunakan untuk mengajar kosa kata

    seperti nenunjukkan atau membuat perbandingan mengenai sesuatu bentuk, melakukan

    sesuatu dengan menggunakan anggota badan seperti tangan, kaki dan mimik muka lakon ajuk

    dan gerak-geri, membayangkan dengan perasaan seperti gembira, sedih, panas, haus, marah,

     penat dan sebagainya. 

    RUMUSAN BAB

    1. Selain daripada penggunaan internet, bincangkan sumber lain yang boleh digunakan

    oleh guru dan pelajar untuk menambah kemahiran kosa kata mereka.

    2. Apadakah pendapat guru tentang penggunaan permainan kosa kata yang terdapat

    dalam internet dan aplikasi telefon mudah alih? Adakah permainan seperti ini dapat

    membantu memperkayakan kosa kata pelajar atau tidak?

  • 8/19/2019 Bab 7.Kosa_Kata

    20/20

    Bab 7: Pengajaran Kosa Kata

    20

      Selain daripada strategi mengajar kosa kata dengan menggunakan kaedah secara terus

    menerus itu ada satu lagi strategi yang membolehkan pelajar mencari makna perkataan sukar

    secara sendiri (decode for themselves). Ini hanya boleh dilakukan apabila seseorang itu sudah

    mempunyai kosa kata yang asas.

     

    Satu lagi kaedah yang sungguh berkesan serta digalakkan ialah mengajar menurut konteksiaitu dengan cara meneka maknanya. Murid akan membaca keseluruhan ayat kemudian

    meneka maknanya yang boleh diperolehi daripada ayat itu.

      Ada beberapa maklumat yang dapat membantu untuk menggunakan kaedah konteks secara

     berkesan iaitu teknik bantuan tipografi.

      Satu lagi teknik yang dapat menghuraikan makna yang sukar ialah dengan melihatnya dari

    sudut sintaksis dan semantik.

      Para pelajar harus didedahkan kepada seberapa banyak kosa kata lisan dan tulisan melalui

     pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Tumpuan harus diberi pada pemilihan kata, maknanya,

    ejaannya serta hubungannya dengan kata-kata yang lain.

    1. Marohaini Yusoff. 1989. Strategi Pengajaran Bacaan Dan Kefahaman. Karya Bistari

    Sdn Bhd. Petaling Jaya.

    2. Naimah Yusoff et al. 2011.  Kemahiran Bacaan Awal Bahasa Melayu Prasekolah. 

    Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang.

    3. Yahya Othman. 2004. Mengajar Membaca. PTS Publications. Kuala Lumpur.

    4. Mahzan Arsad. 2008.  Pendidikan literasi bahasa Melayu.  Utusan Publications &

    Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

    5. Charles temple. 2009. Teaching For Literacy In Today’s Diverse Classrooms. Pearson.

    Boston.

    Laman Web:

    http://prpm.dbp.gov.my/ 

    http://www.bumigemilang.com/kamus-dewan-online-dan-kamus-pelajar-online/ 

    http://www15.brinkster.com/affendi/new/hkosa.htm 

    RUJUKAN

    http://prpm.dbp.gov.my/http://prpm.dbp.gov.my/http://www.bumigemilang.com/kamus-dewan-online-dan-kamus-pelajar-online/http://www.bumigemilang.com/kamus-dewan-online-dan-kamus-pelajar-online/http://www15.brinkster.com/affendi/new/hkosa.htmhttp://www15.brinkster.com/affendi/new/hkosa.htmhttp://www15.brinkster.com/affendi/new/hkosa.htmhttp://www.bumigemilang.com/kamus-dewan-online-dan-kamus-pelajar-online/http://prpm.dbp.gov.my/