Morfologi(Bab 3)
Transcript of Morfologi(Bab 3)
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
1/39
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
2/39
3.2.1 Kata Tunggal
Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk katadasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasaryang lain. Contohnya:
itubakal
Kata tunggal terbahagi kepada dua jenis. Jenis pertama, kata tunggal yangmerupakan unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat.Misalnya:
(i) Itu?(ii) Bakal!(iii) Saya.
Jenis kedua ialah kata tugas, iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi
memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakantugas nahunya. Sebagai contoh, bentuk-bentuk condong dalam contoh-contoh yang berikut ialah kata tugas:
(i) dimana?(ii) untuksiapa?(iii) ke Johor
Kata akronim tergolong juga ke dalam kata tunggal. Kata akronim ialahperkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapaperkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Contohnya:
(i) MARA- Majlis Amanah Rakyat(ii) pawagam - panggung wayang gambar
3.2.2 Kata Terbitan
Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapatatau menerima imbuhan, baik awalan, sisipan, akhiran atau apitan. Misalnya:
mendukung (men + dukung)dipukul (di + pukul)makanan (makan + an)
biarkan (biar + kan)mengakui (meng + aku + i)pertunjukan (per + tunjuk + an)gemuruh (g + em + uruh)
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
3/39
3.2.3 Kata Majmuk
Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasaratau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawamakna tertentu. Misalnya:
air matameja makankerani kananbedahari kehormatsudut tepat
3.2.4 Kata Ganda
Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakanatau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara
keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhanatau tanpa imbuhan. Misalnya:
kanak-kanaklelakibertubi-tubimembohong-bohongimemperkecil-kecil
3.3 PEMBENTUKAN KATA
3.3.1. Kata Tunggal
Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Adabentuk bersifat tunggal, ada yang dibentuk hasil proses pengimbuhan,pemajmukan, dan penggandaan.
BentukKata
Jenis/Keterangan Contoh
Bentuk Kata
Tunggal
(i) Satu suku kata
amat terhad
antaranya pinjamandaripada bahasa-bahasa asing
1. KV
2. VK
3. KVK
yu ru ya
am
cat wang bah
tin lap senroh jong
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
4/39
4. KKVK
5. KVKK
6. KKKV
7.KKKVK
stor dril gredbrek krim draf trak dram
teks bank voltharp kord sekszink golf
skru
skrip spring straw
(ii) Dua suku kata
banyak dalam bahasaMelayu
1. V + KV
2. V + VK
3. V + KVK
4. VK + KV
5. VK + KVK
6. KV + V
7. KV + VK
aku uda apaitu ela esairi ibu
aib air aur ais
adik emas ubatalas izin orangusang ulat
undi impi angkaungka abdi asliunta inti
ambil umpan angkatempat embun iblis
dua doa tuasua jua siaria bau
jauh tuah buahkuil liar giatkuih liat
(iii) Tiga suku kata
agak kecil
pola-pola susunankonsonan-vokalnya
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
5/39
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
6/39
17. KV + KVK + KV
18. KVK + KVK + KV
19. KV + KVK + KVK
belanja setanggikerengga kelambukeranda selambakerangka terumbu
sempurna
kelongsong belimbinggelanggang selumbartelanjang kumandanggelombang pelantarbelangkas kelompok
(iv) Empat suku kata danlebih
kebanyakannya katapinjaman
1. KV + KV + VK + KV
2. KV + KVK + KV + KV
3. KVK + KV + KV + KV
4. KVK + KV + V + KV
5.KV + KV + KV + KV
keluarga biduandakeluangsa
sederhana kerempagiperistiwa sayembara
laksamana sandiwaraharmonika mandalika
sentiasa
bidadari serigalasamudera dinihari
Selain kata-kata seperti di atas,kata akronim juga tergolong kedalam jenis kata tunggal.
Akronim ialah kata singkatanyang terbentuk denganmenggabungkan huruf awalsuku kata atau gabungankombinasi huruf awal dan sukukata daripada satu rangkai kata,dan ditulis serta dilafazkansebagai kata yang wajar.
Bernama (Berita NasionalMalaysia)Gapena (GabunganPenulis Nasional)Mara (Majlis AmanahRakyat)ubahsuai (ubah sesuai)kugiran (kumpulan gitarrancak)
Kata akronim boleh ditulisdengan tiga cara:
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
7/39
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
8/39
celahan kata dasar.
1. Kata terbitan berawalan
awalan kata nama pe- (pelari, perakus)pem-(pembawa, pembuat)pen-(pendatang, pendua)
peng-(penggali, penggubal)penge-(pengebom, pengetin)pel-(pelajar)per-(perasap, perbara)pe-(pesara, pesakit)ke-(ketua, kelipat)juru-(juruukur, juruwang)maha- (mahasiswa,mahaguru)tata-(tatabuku, tatabahasa)pra-(prasejarah, prakata)sub-(subkelas, subsistem)supra- (suprakelas,supranasional)eka-(ekabahasa, ekawarna)dwi-(dwibahasa, dwifungsi)
awalan kata kerja me- (melawan, merasa)mem- (membawa,membilang)men- (mendaki, mendakwa)meng- (menggali,
menggiling)menge- (mengecat,mengekod)memper- (memperisteri,memperhamba)ber- (berjalan, berganti)be-(beraja, berasa)bel- (belajar, belunjur)ter-(terjebak, terbentuk)di- (diatur, ditimbang)diper- (diperisteri, dipercepat)
awalan kata adjektif ter- (terbesar, terputih)te- (teruncing, terendah)se- (secantik, secerah)
2. Kata terbitan berakhiran
akhiran kata nama -an (pakaian, jahitan)-wan (sasterawan,angkasawan)-man (budiman, seniman)-wati (seniwati)-isme (nasionalisme,sosialisme)
-in (hadirin, muslimin)-at (hadirat, muslimat)
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
9/39
-ah (sultanah, ustazah)
akhiran kata kerja -kan (buatkan, gunakan)-i (turuti, duduki)
3. Kata terbitan berapitan
apitan kata nama pe-...-an (pelaksanaan,
perasaan)pem-...-an (pembuatan,pembinaan)pen-...-an (pentakrifan,pendapatan)peng-...-an (penggunaan,pengguguran)penge-...-an (pengehadan,pengesahan)per-...-an (persalinan,perkuburan)pel-...-an (pelajaran)ke-...-an (kelainan, kelebihan)
apitan kata kerja me-...-kan (memainkan,melukakan)men-...-kan (mendermakan,mentakrifkan)mem-...-kan (membaharukan,membaikkan)meng-...-kan (menggunakan,menggandakan)
menge-...-kan (mengepinkan,mengecamkan)ber-...-kan (beralaskan,berlaukkan)di-...-kan (dibiarkan,digunakan)me-...-i (melalui, memasuki)men-...-i (mencurigai,mendendami)mem-...-i (membaharui,membohongi)
meng-...-i (menganggotai,menggauli)di-...-i (didekati, dimulai)diper-...-kan (diperdengarkan,diperlihatkan)diper-...-i (diperingati)memper-...-kan(memperdengarkan,memperjuangkan)memper-...-i (memperingati)ke-...-an (kehausan,
kepanasan) apitan kata adjektif ke-...-an (keinggerisan,
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
10/39
kearaban)
4. Kata terbitan bersisipan
sisipan kata nama -el- (kelengkeng, telunjuk,kelabut)-er- (keruping, seruling,
serabut) sisipan kata adjektif -el- (kelebak, selerak,
gelembung)-er- (serabut, gerigi)-em- (gemilang, semerbak,gemerlap)-in- (sinambung)
3.3.3 Kata Majmuk
Bentuk Kata Jenis/Keterangan Contoh
Bentuk KataMajmuk
Berdasarkan jenisnya, iadipisahkan kepada tigakelompok:
(iv) terdiri daripada rangkaiankata bebas
gambar rajahbiru lauttengah harikuning langsatPerdana MenteriDuta Besar
Naib CanselorKetua Setiausaha Negara
(v) berbentuk istilah khusus model lineargaris pusatpita suarakertas kerjabatu kapur
(vi) mendukung maksudkiasan (simpulan bahasa)
kaki ayambuah hatibulan madutumbuk rusuk
makan angin1. Bentuk yang telahmantap:
mantap sebagaisatu perkataan yangutuh;
dieja sebagai satuperkataan
antarabangsaberitahubumiputerajawatankuasakakitangankerjasamasetiausahasukarela
suruhanjayatandatangan
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
11/39
tanggungjawabwarganegarapesuruhjaya
Terdapat sejumlah perkataandalam golongan kata tertentu
yang secara lazim diejabercantum:
kata nama peribadiperibahasahulubalangdinihariperikemanusiaan
kata adjektif sukacitadukacita
kata sendi nama kepadadaripada
kata hubung apabilamanakalapadahaldarihalbarangkalikadangkalaapakalawalhal
kata tanya bagaimana
2. Penggandaan kata
majmuk melibatkan
penggandaan unsurpertama sahaja
alat-alat tulisbalai-balai rayasuku-suku katajirim-jirim organikNaib-Naib CanselorKetua-Ketua Menteri
Satu kecualian:
yang melibatkanbentuk yang telahmantap;
penggandaannyamelibatkankeseluruhan unsur
pesuruhjaya-pesuruhjayawarganegara-warganegaratandatangan-tandatanganjawatankuasa-jawatankuasa
setiausaha-setiausaha
3. Pengimbuhan katamajmuk
(i) apabila kata majmukmenerima imbuhan yangmerupakan awalan atauakhiran sahaja, ejaannyatetap terpisah
campur aduk bercampuraduk
litar selari berlitar selari
ambil alih mengambil alih
temu bual ditemu bual
daya serap daya serapan(ii) apabila kata majmuk campur aduk
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
12/39
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
13/39
pengulangan suku katapertamanya, dan letakgandaannya pada bahagianhadapan kata dasar. Vokaldalam bentuk gandaan itu
mengalami proses pelemahanmenjadikannya vokal e pepet.
rambut rarambut rerambut
langit lalangitlelangit
Penggandaan separa yangberlaku pada kata dasar yangberimbuhan hanyamenggandakan kata dasarutama dan tidak melibatkanimbuhannya sekali.
berlaku terhadapgolongan kata kerja dankata adjektif
boleh terletak dibelakang atau dihadapan kata dasaruntuk kata kerja tertentu
di belakang kata dasar:berlari-larimencari-cariberturut-turutterdiri-dirisepandai-pandai
di hadapan kata dasar:kasih-mengasihicinta-mencintai
kejar-mengejartolong-menolongbantu-membantu
3. Penggandaan berentak
menggandakan katadasar mengikut rentakbunyi tertentu dalamkata dasar itu
seluruh kata dasardigandakan
bunyi-bunyi tertentudiulang atau diubah
Penggandaan berentak bolehdibahagikan kepada tiga jenis:
(i) penggandaan berentakpengulangan vokal(penggandaan yangmempunyai ciri-ciripersamaan pada bunyi-
bunyi vokal tertentu, iaituterdapat ciri-cirikeharmonian vokal)
sayur-mayurkuih-muihselok-beloklauk-paukgotong-royong
cerai-berai
(ii) penggandaan berentakpengulangan konsonan(penggandaan yangmempuyai ciri-ciripersamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu)
gunung-ganangbukit-bukaumandi-mandabatu-batanbolak-balik
(iii) penggandaan berentakbebas (penggandaan yangtidak mengandungi ciri-ciripersamaan pada bunyi
anak-pinaksaudara-maralintang-pukangtitik-bengik
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
14/39
vokal atau konsonan)
Peringatan: Kata ganda menggunakan sempang (-), berbeza dengan katamajmuk yang tidak menggunakannya.
3.4 Golongan Kata
Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam
golongan golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria
struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan
kriteria semantik. Frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif ialah frasa frasa
endosentrik yang tiap tiap satu boleh mengandungi satu unsur inti yang
dapat menjadi wakil bagi setiap frasanya. Kata nama menjadi inti kepada
frasa nama, kata kerja menjadi inti kepada frasa kerja dan kata adjektif
menjadi inti kepada frasa adjektif. Kata nama, kata kerja dan kata adjektif
bolehlah disebut golongan kata utama kerana menjadi inti bagi frasa frasa
utama ayat. Perkataan perkataan lain selain tiga golongan kata utama itu
bolehlah dikelompokkan dalam satu golongan kata secara kolektif, iaitu kata
tugas yang bersifat heterogen. Kesimpulannya, golongan kata dalam bahasa
Melayu terbahagi kepada empat, iaitu:
( i ) kata nama
( ii ) kata kerja
( iii ) kata adjektif
( iv ) kata tugas
3.4.1 Golongan Kata Nama
Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh
menjadi unsur inti kepada binaan frasa nama dan lazimnya kata ini
menamakan orang, tempat atau benda. Golongan kata nama ini boleh pula
dipecahkan kepada subgolongan berdasarkan ciri semantik perkataannya
iaitu seperti berikut:
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
15/39
2.4.1.1 Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda
yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas
terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kata nama khas hidup dan kata nama
khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu
kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.
Pembahagian ini diterangkan melalui rajah berikut:
( 1 ) Kata Nama Khas Hidup
( a ) manusia
Nina Jamil AzmanHalim J. Sham Tun Abdul Razak
Tun Dr. Mahathir A. Ramli Hani
( b ) bukan manusia
Tumpuk Ananas Comosus ( nanas) Sang Kancil
Si Belang Vanda Diana ( orkid ) Sang Buaya
Comel Lassie Si Buntal
Kata Nama
Kata Nama Khas Kata Nama Am Kata Ganti Nama
Kata Nama Khas
Hidup Tak Hidup
Hidup Manusia Hidup Bukan Manusia
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
16/39
( 2 ) Kata Nama Khas Tak Hidup
Kuala Lumpur Bukit KepongPasir Mas Daya Bumi
Ahli Mangku Negara Planet Bumi
Gunung Kinabalu Ipoh
2.4.1.2 Kata Nama Am
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda benda
atau perkara perkara yang umum sifatnya. Kata nama am dapat
dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata nama am abstrak dan kata nama am
konkrit.
( i ) Kata nama am abstrak
Kata nama am abstrak ialah jenis kata nama yang membawa
konsep mujarad atau bukan kebendaan. Contohnya;
mimpi idaman
kedamaian penyalahgunaan
roh kemerdekaan
kehendak perhimpunan
( ii ) Kata nama am konkrit
Kata nama am konkrit ialah jenis kata nama yang membawa
konsep kebendaan. Contohnya;
tangan kekasih
rumah kereta
buku jambatan
jam majalah
2.4.1.3 Kata Ganti Nama
Kata ganti nama dibahagikan kepada dua subgolongan kecil, iaitu kata
ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri dapat
dipecahkan lagi kepada kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
17/39
orang. Kata ganti nama diri orang terdiri daripada kata ganti nama diri orang
pertama, orang kedua dan orang ketiga.
( a ) Kata ganti nama tunjuk
Kata ganti nama tunjuk ialah kata nama yang berfungsi menunjuk pada
sesuatu perkara atau benda. Terdapat hanya dua kata ganti nama tunjuk,
iaitu ituuntuk menunjuk pada yang jauh dan iniuntuk menunjuk kepada yang
dekat.
( b ) Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu
benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua
kumpulan iaitu;
- kata ganti nama diri tanya
- kata ganti nama diri orang
Kata ganti nama diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi
menanyakan hal benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata
ganti nama diri tanya iaitu, siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk
benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda dan orang.
Kata ganti nama diri orang ialah jenis kata ganti nama yang merujuk
manusia dan terdiri daripada tiga kategori,iaitu orang pertama, orang kedua
dan orang ketiga. Contoh contohnya adalah seperti berikut:
Kata Ganti Nama
Kata Ganti Nama Tunjuk Kata Ganti Nama Diri
Tanya Orang
Orang Pertama
Orang Kedua
Orang Ketiga
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
18/39
Kata ganti nama diri orang pertama saya, aku, beta, patik, kami dan kita
Kata ganti nama diri orang kedua saudara, kamu, awak, engkau dan
anda
Kata ganti nama diri orang ketiga ia, dia, beliau, mereka dan -nya
2.4.2 KATA KERJA
Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan frasa kerja.
Lazimnya kata kerja menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan
melakukan sesuatu. Sebagai contoh, berikut ialah beberapa binaan frasa
kerja yang menunjukkan kata kerja sebagai inti frasa kerja dan perkataan-
perkataan lain yang hadir sesudah dan sebelumnya.
FRASA KERJA
sedang
belum
tidur
bermain
membaca
disaksikan
di padang
buku
oleh adiknya
Penggolongan Kata Kerja
Kata kerja terbahagi kepada dua kumpulan utama, iaitu:
1. kata kerja tak transitif
2. kata kerja transitif
2.4.2.1 Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan
penyambut atau objek sesudahnya.
Contohnya:
pergi tinggal
Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:
(a) kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
(b) kata kerja tak transitif berpelengkap
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
19/39
Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri
tanpa objek atau penyambut.
Contohnya:
duduk menyanyi
Kata kerja tak transitif ini boleh diikuti oleh keterangan yang berfungsi
memberi maklumat tambahan. Contohnya:
duduk pada waktu petang
tumbuh dalam pasu
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti
oleh pelengkap untuk menempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini
tidak sama dengan objek, kerana objek hanya hadir selepas kata kerja
transitif dan boleh mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir
selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat
yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Contohnya:
beransur baik menjadi baik
Perhatikan bahawa pelengkap boleh berdiri daripada kata adjektif, kata atau
frasa nama atau frasa sendi nama.
2.4.2.2 Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang
terdiri daripada kata atau frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.
Contohnya:
membeli buku
menternak ayam
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
20/39
Pembentukan Kata Kerja
Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata kerja, iaitu:
1. kata kerja tunggal
2. kata keja terbitan
3. kata kerja majmuk
4. kata kerja ganda
Beberapa contoh:
1. Kata kerja tunggal
ada terbang
2. Kata kerja terbitan
mewangi diseret
memasak jayakan
3. Kata kerja majmuk
kemas kini lipat ganda
4. Kata kerja ganda
gelak-gelak/tergelak-gelak
berlari-lari
Beberapa Aspek Pengimbuhan Kata Kerja
Seperti dangan kata nama, beberapa aspek pengimbuhan kata kerja akan
disentuh, kerana proses pengimbuhan amat produktif dalam proses
pembentukan kata kerja bahasa Melayu.
Imbuhan Kata Kerja
Terdapat empat jenis imbuhan yang membentuk kata kerja, iaitu:
1. awalan kata kerja
2. akhiran kata kerja
3. apitan kata kerja
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
21/39
4. sisipan kata kerja
Awalan Kata kerja
Terdapat enam awalan yang membentuk kata kerja, iaitu:
(a) meN- (d) di-
(b) beR- (e) mempeR-
(c) teR- (f) dipeR-
Akhiran Kata kerja
Terdapat hanya dua akhiran yang membentuk kata kerja, iaitu:
(a) -kan
(b) -i
Apitan Kata Kerja
Jumlah apitan yang membentuk kata kerja agak besar, iaitu, sebelas, seperti
yang berikut:
(a) meN--kan (e) meN--I (i) ke--an
(b) beR--kan (f) di--I (j) dipeR--kan
(c) beR--an (g) mempeR--kan (k) dipeR--i
(d) di--kan (h) mempeR--i
Sisipan Kata Kerja
Dalam bahasa Melayu tidak ada sisipan yang dapat membentuk kata kerja.
Namun, perkataan-perkataan yang terdiri daripada kata nama dan kata
adjektif yang mengandungi sisipan dapat dijadikan kata kerja melalui proses
pengimbuhan. Contohnya:
(a) -el-
geletar - bergeletar - menggeletar
jelajah - berjelajah - menjelajah
(b) -er-
serabut - berserabut
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
22/39
gerodak - bergerodak
(c) -em-
gemuruh - bergemuruh
semerbak - bersemerbak
Kata Kerja Transitif dengan Objek
Semua kata kerja transitif menerima objek. Sebagai contoh ialah dua kata
kerja dalam ayat-ayat berikut:
1. Ibu membelisehelai baju.
2. Ahmad membaca surat itu.
Dalam ayat-ayat di atas terdapat satu objek. Ayat-ayat ini boleh diperluas
dengan menambah unsur keterangan, iaitu yang menerangkan pihak yang
mendapat manfaat daripada perbuatan kata kerja, seperti ayat-ayat berikut:
1 (a) Ibu membeli sehelai bajuuntuk adik.
2 (a)Ahmad membaca surat itukepada rakannya.
Ayat 1(a) dan 2(a) masih berupa ayat-ayat yang mengandungi satu
objek kerana unsur yang ditambah selepas objek, dari segi binaannya,
berbentuk frasa, iaitu frasa sendi nama.
Namun begitu, jikalau kata kerja membeli dan membaca diubah
menjadi kata kerja berapitan meN--kan, iaitu membelikan dan
membacakan, maka binaan ayat akan berubah menjadi ayat-ayat berikut:
1 (b) Ibu membelikan adik sehelai baju.
2 (b)Ahmad membacakan rakannya surat itu.
Dalam kedua-dua ayat ini terdapat dua objek, iaitu adik dan sehelai
baju dalam ayat 1(b) dan rakannya serta surat itu dalam ayat 2(b). Oleh
sebab terdapat dua objek dalam satu ayat, objek-objek tersebut dibezakan
dengan menamakan objek yang lebih dekat dengan kata kerja objek tepat
( dalam kes ini adik dalam ayat 1(b) dan rakannya dalam ayat 2(b). Objek
yang jauh sedikit ( sehelai bajudan surat itu) disebut objek sipi.
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
23/39
Satu ukuran untuk menentukan yang manakah antara kedua-dua objek itu
objek tepat atau objek sipi, ialah proses pasif. Dalam bahasa Melayu, hanya
objek tepat boleh mengalami proses pasif, misalnya ayat 1(c) ialah bentuk
pasif bagi ayat 1(b), manakala ayat 2(c) ialah ayat pasif bagi ayat 2(b).
1 (c)Adik dibelikan sehelai baju oleh ibu.
2 (c) Rakannya dibacakan surat itu oleh Ahmad.
Sebaliknya, ayat-ayat berikut dianggap tidak gramatis:
1 (d) Sehelai baju dibelikan adik oleh ibu.
2 (d) Surat itu dibacakan rakannya oleh Ahmad.
Hal yang sama juga berlaku bagi kata kerja yang menerima paitan meN-
-i. Dalam dua ayat berikut, terdapat dua objek:
3. Mereka menghadiahi guru mereka sejambak bunga.
4. Tina menghidangi tetamunya secawan kopi.
Dalam ayat (3), objek tepat ialah guru mereka dan dalam ayat (4)
tetamunya. Jikalau kedua-dua kata kerja ditukar apitan, iaitu menjadi
menghadiahkan dan menghidangkan, maka binaan kedua-dua ayat turut
berubah, menjadi seperti yang berikut:
3 (a) Mereka menghadiahkan sejambak bunga kepada guru mereka.
4 (a) Tini menghidangkan tetamunya secawan kopi.
Dalam binaan ayat 3(a) dan 4(a), tidak lagi terdapat dua objek dalam
setiap ayat. Yang tinggal hanya satu objek diikuti oleh frasa sendi nama.
Perbezaan Antara Apitan meN--kan dengan Apitan meN--i
Dalam bahasa Melayu banyak kata kerja terbentuk dengan apitan meN--
kan dan meN--i. Kedua-duanya membentuk kata kerja transitif yang
mendukung makna asas yang terkandug dalam kata dasar.
Ada kalanya dapat dibezakan fungsi antara kedua-dua apitan ini, iaitu
lazimnya apitan meN--kan menandakan maksud kausatif, manakala apitan
meN--Imenandakan maksud lokatif. Contoh:
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
24/39
1 (a) Saya menghadiahkan sebuah buku kepada Anita pada hari
jadinya.
(b) Saya menghadiahiAnita sebuah buku pada hari jadinya.
Tetapi bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima kedua-dua
apitan ini, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna.
Contohnya:
2 (a)Ali sedangmembaikikereta yang rosak.
(b)Ali sedangmembaikkan kereta yang rosak.
Jenis Kata Kerja Berawalan TER-
Kata kerja yang dibentuk dengan awalan teR- terdiri daripada dua jenis, iaitu:
1. kata kerja transitif
2. kata kerja tak transitif
1. Kata kerja transitif
Terdapat dua jenis kata kerja transitif yang terbentuk denga awlan teR-, iaitu:
(a) kata kerja transitif aktif
(b) kata kerja transitif pasif
Contohnya:
(a) Kata kerja transitif aktif, iaitu yang diikuti oleh objek.
(1) Ratna terambil buku adik saya.
(2) Kakinya terpijak paku itu.
(b) Kata kerja transitif pasif
Terdapat juga kata kerja dengan awalan teR- yang bersifat tak transitif, iaitu
yang tidak memerlukan objek. Contohnya:
(1) Mereka tersandar di tepi dinding.
(2) Dia terjatuh dari atas pokok.
PERBEZAAN ANTARA AWALAN MEMPER- DENGAN APITAN
MEMPER--KAN
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
25/39
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
26/39
FRASA ADJEKTIF
masih sangatbelum
pandaibesar
baik
masak
sungguh
Jenis Kata Adjektif
Berdasarkan kriteria makna, kata adjektif dapat dikategorikan kepada
sembilan jenis berikut:
1. kata adjektif sifatan atau keadaan 6. kata adjektif jarak
2. kata adjektif warna 7. kata adjektif cara
3. kata adjektif ukuran 8. kata adjektif perasaan
4. kata adjektif bentuk 9. kata adjektif pancaindera
5. kata adjektif waktu
Beberapa contoh:
1. kata adjektif sifatan atau
keadaan
cerdik lemah gopoh
berani
2. kata adjektif warna
merah kelabu unggu
jingga
3. kata adjektif ukuran
panjang tebal kecil kerdil
4. kata adjektif bentuk
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
27/39
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
28/39
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
29/39
seleper semontel
(b) menggunakan kata penguat lebih atau kurang bagi menyatakan
bandingan yang berbeza. Contohnya:
lebih besar daripada
kurang pandai daripada
Darjah Penghabisan
Bahasa Melayu mempunyai pelbagai cara untuk menyatakan darjah
penghabisan. Contohnya:
(a) se- + kata adjektif + gandaan + kata nama
Contohnya:
sepandai-pandaitupai
setinggi-tinggipokok
(b) ter- + kata adjektif
Contohnya:
terpandai
tertinggi
(c)paling+ kata adjektif
Contohnya:
palingindah
palingbiru
(d) kata adjektif + sekali
Contohnya:
cantik sekali
panjang sekali
(e) ter- + amat + kata adjektif
sangat
Contohnya:
teramat buruk
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
30/39
teramat mulia
(f) amat
sungguh + kata adjektif + sekali
sangat
Contohnya:
amat pandai sekali
sungguh merdu sekali
2.4.4 KATA TUGAS
Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja, dan
kata adjektif yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat,
klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai
unsur inti dalam sebarang frasa utama, sebaliknya mendukung sesuatu tugas
sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu,
penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau
tugas-tugas lain.
Berdasarkan tugas-tugas yang disebutkan di atas, kata tugas dapat
dijeniskan kepada 16 jenis berikut:
1. kata hubung 9. kata nafi
2. kata seru 10. kata pemeri
3. kata tanya 11. kata sendi nama
4. kata perintah 12. kata pembenar
5. kata pangkal ayat 13. kata arah
6. kata bantu 14. kata bilangan
7. kata penguat 15. kata penekan
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
31/39
8. kata penegas 16. kata pembenda
Kelompok Dasar Kata Tugas
Berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, enam
belas kata tugas yang disenaraikan di atas dapat dikelompokkan dalam
empat kategori, iaitu:
1. kata penyambung ayat
2. kata praklausa
3. kata pratirasa
4. kata pascakata
Kata Penyambung Ayat
Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang
bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih atau ayat majmuk.
Selaras dengan jenis ayat majmuk, maka terdapat dua jenis kata hubung,
iaitu:
1. kata hubung gabungan
2. kata hubung pancangan
Kata Hubung gabungan
Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang menghubungkan ayat-ayat
dalam ayat majmuk gabungan.
Contohnya:
dan lalu
atau malahan
tetapi sambil
serta kemudian
Kata Hubung Pancangan
Kata hubung pancangan ialah kata hubung yang menghubungkan klausa
utama dalam ayat majmuk pancangan dengan klausa-klausa kecil lain. Dalam
bahasa Melayu terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan. Oleh itu, terdapat
tiga jenis kata hubung pancangan, iaitu:
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
32/39
(a) Kata hubung pancangan relatif
Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu kata hubung pancangan relatif,
Iaitu, yang.
(b) Kata hubung pancangan komplemen
Jumlah kata hubung komplemen dalam bahasa Melayu juga kecil. Dua
Contoh ialah bahawa dan untuk.
(c) Kata hubung pancangan keterangan
Dalam bahasa Melayu jumlah kata hubung pancangan keterangan agak
besar. Antaranya ialah:
kerana agar meskipun
sekiranya semoga supaya
kalau andai kata kendatipun
hingga jikalau semasa
sementara setelah sewaktu
ketika tatkala untuk
walaupun sungguhpun apabila
Kata Praklausa
Kata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa,
iaitu yang terdiri daripada:
1. kata seru 4. kata pembenar
2. kata tanya 5. kata pangkal ayat
3. kata perintah
Kata Seru
Kata seru ialah perkataan yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai
perasaan dan digunakan dalam ayat seruan.
Contohnya:
aduh amboi aduhai
cis oh wahai
Kata Tanya
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan unutk menanyakan sesuatu atau
menyoalkan sesuatu.
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
33/39
Contohnya:
mengapa bagaimana kenapa
berapa bila
Tiada kata ganti nama digunakan juga sebagai kata tanya, iaitu:
apa siapa mana
Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan
hendaklah disertai partikelkah.
Contohnya:
1 (a) Berapakah harga buku itu?
2 (a) Bagaimanakah keputusan peperiksaan tahun ini?
Kata Perintah
Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak
balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan, atau permintaan.
Contohnya:
Larangan Silaan Permintaan
jangan
usah
tak usah
sila
jemput
minta
tolong
Kata Pembenar
Kata pembenar ayat ialah perkataan yang mengesahkan sesuatu penyataan
Contohnya:
ya benar betul
Kata Pangkal Ayat
Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang
menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana, dan disebut juga
sebagai penanda wacana.
Contohnya:
hatta kalakian
maka sebermula
Kata Prafrasa
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
34/39
Kata prafrasa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu
sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Kata
prafrasa ini mendukung tugas-tugas maksud yang terkandung dalam ayat
seperti tugas membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan,
menyendikan, menunjukkan arah, dan membilang. Berdasarkan tugas-tugas
ini, terdapat lapan jenis kata prafrasa, iaitu:
1. kata bantu 5. kata pemeri
2. kata penguat 6. kata sendi nama
3. kata penegas 7. kata arah
4. kata nafi 8. kata bilangan
Kata Bantu
Kata Bantu ialah jenis kata tugas yang fungsinya membantu frasa kerja, frasa
adjektif dan frasa sendi nama, iaitu menimbulkan makna-makna tambahan
daripada aspek waktu atau ragam. Kata bantu terbahagi kepada dua
kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Contohnya:
Kata Penguat
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif
dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
Terdapat tiga jenis kata penguat iaitu kata penguat hadapan, kata penguat
belakang, dan kata penguat bebas. Contohnya:
Kata Penguat Hadapan Kata penguat Kata Penguat Bebas
Kata Bantu Aspek Kata Bantu Ragam
telah
baru
pernah
sedangmasih
akan
belum
sudah
hendak
mahu
harus
mestiboleh
dapat
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
35/39
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
36/39
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
37/39
kelima-lima
berpuluh-puluh
(d) yang membawa maksud pisahan
masing-masing
setiap
(e) yang membawa maksud pecahan
setengah
separuh
Kata Pascakata
Dalam bahasa Melayunya hadir selepas perkataan dan membawa maksud
tertentu, iaitu sebagai:
1. kata penekan
2. kata pembenda
Kata Penekan
Kata penekan ialah bentuk kata yang memberi penegasan kepada kata yang
bergabung dengannya. Contohnya:
sesungguhnya
nampaknya
Kata Pembenda
Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan
daripada kata nama menjadi kata nama. Contohnya:
lajunya
sakitnya
AKRONIM
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
38/39
-
8/8/2019 Morfologi(Bab 3)
39/39
Petronas - (Petroleum Nasional)Proton - (Perusahaan Automobil Nasional)