Post on 07-Apr-2018
8/4/2019 an Awal Kanak - Kanak 4 - 6 Tahun (1)
1/20
PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK 4-6 TAHUN
AHMAD FARMIZI BIN HASHIM
CHE HAFIZIE BIN CHE HASSAN
MOHD PAZLI BIN FHAUZI
AZWEN ZUWITA BINTI HUSSIN
MOHD ALIFF BIN MOHD KAMARUDIN
(Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional)
Jabatan Teknikal Dan Vokasional
(Universiti Pendidikan Sultan Idris 2010)
18 Oktober 2010
ABSTRAK
Kajian ini membincangkan perkembangan awal kanak kanak yang berumur di antara
4 hingga 6 tahun. Kajian ini telah di jalankan oleh lima orang pelajar program
Pendidikan Kemahiran Hidup yang mengambil subjek Asuhan dan Pendidikan Awal
Kanak-kanak pada tahun 2010 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kajian ini
telah di jalankan secara terperinci bagi mengetahui Perkembangan kanak-kanak
dibincangkan seperti bahasa, kognitif, sosioemosi, dan Fizikal. Kajian ini dapat memberi
pengetahuan dan panduan kepada guru dan ibu bapa bagi mengenali kanak-kanak
dalam pelbagai aspek. Di samping itu, ia dapat membantu meningkatkan
perkembangan kanak-kanak ke tahap yang seterusnya melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang akan dilaksanakan di tadika.
8/4/2019 an Awal Kanak - Kanak 4 - 6 Tahun (1)
2/20
PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK PERINGKAT 4-6 TAHUN.
DEFINISI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Mengikut Freud, pada peringkat ini kanak-kanak selalu memegang organ
kejantinaan untuk mendapatkan kepuasan. Kanak-kanak telah mula mempunyai
perasaan terhadap ibu bapa sendiri. Kanak-kanak lelaki terhadap ibu sendiri dan
mudah berlaku konflik Oedipus sementara kanak-kanak perempuan berlaku konflik
Elektra. Oleh itu ibu bapa mesti memainkan peranan penting dalam mengawal dan
memenuhi perasaan supaya konflik tidak berlaku.
Pelbagai perkataan atau frasa digunakan merujuk kanak-kanak dan hubungannya
dengan pendidikan dan penjagaan. Perkataan pendidikan awal kanak-kanak diberi
pelbagai takrif oleh pelbagai penulis. Misalnya, menurut Kostelnik dan rakan-rakan
(1993) dalam Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2003) early childhood
meliputi kanak-kanak sejak daripada lahir sehingga lapan tahun, iaitu kana-kanak
sejak daripada lahir sehingga lapan tahun, iaitu kanak-kanak di taman asuhan atau
taman didikan, prasekolah dan sekolah rendah.
8/4/2019 an Awal Kanak - Kanak 4 - 6 Tahun (1)
3/20
PERKEMBANGAN FIZIKAL, SOSIAL, DAN KOGNITIF KANAK-KANAK AWAL.
Pengetahuan berkaitan perkembangan kanak-kanak dapat membantu orang
dewasa membuat pemerhatian ke atas penguasaan mereka. Pelbagai maklum
balas dapat diguna pakai dalam membuat jangkaan masa hadapan atau langkah-
langkah pencegahan ke atas sebarang petanda negative kanak-kanak. Dengan itu,
setiap kanak-kanak akan membesar mengikut perkembangan dengan kadar yang
berbeza. Orang dewasa perlu memahami dan bersedia bagi memajukan aspek
kekuatan dan membaiki kelemahan dalam diri kanak-kanak itu. Mudah mudahan
potensi setiap daripada mereka dapat dibangunkan ke tahap optimum (Putri
Zabariah 2003). Perkembangan kanak-kanak dibincangkan seperti berikut:
Bahasa
Kognitif
Sosial
Sosioemosi
Fizikal
Kepintaran
Kadar pertumbuhan kanak-kanak adalah lebih perlahan berbanding dengan kadar
pertumbuhan bayi. Kadar pertumbuhan bayi yang pesat kian berkurangan selepas
bayi berusia 1 tahun. Selain peningkatan dari segi ketinggian dan berat badan,
8/4/2019 an Awal Kanak - Kanak 4 - 6 Tahun (1)
4/20
kanak-kanak juga mengalami perubahan dari segi bentuk badan dan rupa paras.
Kanak-kanak yang berusia 6 tahun akan kelihatan lebih dewasa berbanding dengan
kanak-kanak berusia 2 tahun dari segi bentuk badannya. Misalnya lapisan lemak
yang tebal dalam badan bayi yang berusia satu tahun yang memberikan rupa bayi
(babyish appearance) semakin berkurangan selepas usia bayi memasuki tahun
kedua. Kanak-kanak yang berusia 6 tahun hanya memiliki 50% daripada lemak yang
ada di badannya ketika berusia satu tahun. Selain perubahan dari segi kuantiti,
taburan tisu lemak turut berubah hasil daripada pertumbuhan tulang dan otok yang
pesat. Perubahan ini juga telah mengubah bentuk badan kanak-kanak. Misalnya,
pinggang kanak-kanak berusia 6 tahun lebih kecil daripada bahu dan pehanya jika
dibandingkan dengan bayi yang mempunyai pinggang yang sama dengan dada dan
pehanya. Saiz pinggang bayi yang besar adalah disebabkan oleh ketebalan tisu
lemak dan kadar pertumbuhan organ dalaman yang lebih cepat daripada bahagian-
bahagian lain. Selain pinggang, kanak-kanak juga mempunyai saiz dan panjang
kepala yang lebih seimbang jika dibandingkan dengan bayi. Panjang kepala bayi
yang baru dilahirkan didapati meliputi satu perempat daripada keseluruhan
ketinggiannya. Perubahan dari segi taburan tisu lemak, dan saiz kepala
menyebabkan kanak-kanak 6 tahun lebih menyerupai orang dewasa jika
dibandingkan mereka yang berusia 2 tahun yang masih menyerupai bayi. Kajian
juga mendapati berat otak bayi yang berusia 2 tahun telah mencapai 75% daripada
berat otak orang dewasa dan kanak-kanak yang berusia 5 tahun telah mencapai
90% daripada berat otak orang dewasa. Pada keseluruhannya, otak berkembang
dengan paling pesat dan bahagian atas kepala (contoh: otak dan mata) berkembang
8/4/2019 an Awal Kanak - Kanak 4 - 6 Tahun (1)
5/20
lebih cepat berbanding dengan bahagian bawah (contoh: rahang dan dagu).
Perkembangan fizikal dan motor kanak-kanak boleh dibincangkan berdasar dua
peringkat perkembangan iaitu peringkat awal kanak-kanak (2 -3 tahun) dan kanak-
kanak prasekolah (3-6 tahun) dan peringkat pertengahan kanak-kanak (6 -13 atau
14 tahun).
a. Perkembangan fizikal.
Abi (2009) menyatakan bahawa kanak-kanak berumur empat tahun boleh berlari
menggunakan hujung kaki dan berlari dengan sekuat hati. Mereka boleh
bergantungan di monkey bar, melompat dengan satu kaki dan rope skippingserta
boleh membaling bola. Pada umur begini otot-otot kecil mereka lebih banyak yang
boleh dikawal. Selain itu, mereka juga boleh melukis secara kasar untuk
menggambarkan objek tertentu. Purata kadar pertumbuhan fizikal kanak-kanak
pada peringkat ini ialah 2 inci dan 5 hingga 7 inci setahun. Kanak-kanak
perempuan adalah lebih ringan dan lebih kecil berbanding dengan kanak-kanak
lelaki. Misalnya purata ketinggian dan berat badan bagi kanak-kanak perempuan
yang berusia 3 tahun ialah antara 35.5 hingga 40 inci dan 25.5 hingga 36.5 lb,
manakala kanak-kanak lelaki pada usia yang sama mempunyai purata ketinggian
lebih kurang 36 hingga 41 inci dan berat antara 27 hingga 38 lb. Pertambahan berat
tahunan agak tekal dan kemudian beransur kurang sehingga mencapai umur baligh.
Kanak-kanak baik lelaki mahupun perempuan kelihatan langsing (slim down) apabila
mencapai usia pra sekolah kerana badan menjadi panjang walaupun kepala masih
kelihatan lebih besar daripada badan. Pada akhir peringkat prasekolah badan
kanak-kanak kelihatan lebih seimbang dan kandungan lemak menurun, oleh itu
8/4/2019 an Awal Kanak - Kanak 4 - 6 Tahun (1)
6/20
rupanya tidak lagi kelihatan tembam. Kanak-kanak perempuan didapati mempunyai
lebih banyak tisu otot lemak berbanding dengan kanak-kanak lelaki yang
mempunyai lebih banyak tisu otot. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti
tinggi, berat, dan kekuatan adalah berbeza mengikut individu. Perbezaan ini adalah
kesan daripada pengaruh faktor perwarisan dan persekitaran seperti nutrisi, status
sosio-ekonomi, dan penjagaan. Menurut Meredith (1978), dua faktor penyumbang
yang penting kepada ketinggian ialah etnik dan nutrisi. Masalah seperti mulnutrisi
dan jangkitan penyakit yang kronik boleh membantutkan pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak. Pertumbuhan yang lambat boleh mendatangkan
masalah kepada kanak-kanak dari segi social dan psikologi seperti rendah diri,
kecewa dan masalah persahabatan.
Tumbesaran mereka adalah perlahan tetapi berterusan. Mereka telah mahir
mengawal otot-otot penting. Kebanyakan mereka sudah mempunyai deria
pengimbangan yang baik. Mereka boleh berdiri dan berjalan di atas kayu palang-
pengimbang. Mereka suka melakukan persembahan berbentuk fizikal, seperti
bergantungan di monkey bar dan menggunakan walking turtle. Mereka berasa
gembira menguji kekuatan dan kemahiran otot. Mereka suka melakukan lompat tali
atau skipping, berlari, bergulingan, dan menari bersama muzik. Mereka boleh
menangkap bola kecil, mengendali butang dan zip pakaian. Mereka boleh belajar
mengikat tali kasut, menulis nama, meniru lakaran dan bentuk termasuk nombor dan
huruf. Mereka menggunakan sudu- garfu dan alatan dengan betul dengan pantauan
8/4/2019 an Awal Kanak - Kanak 4 - 6 Tahun (1)
7/20
Lingkungan umur Pergerakan: Motor Kasar
4 hingga 5 tahun Berjalan ke belakang
Melompat ke hadapan 10 kali tanpa terjatuh.
Naik dan turun tangga bersendirian.
Menggolekkan badan.(somersault)
5 hingga 6 tahun Berlari perlahan secara berjinjit.
Berjalan di atas palang kayu.
Boleh melompat-lompat sejauh 2 meter.
Skippingmenggunakan satu kaki bergilir-gilir.
Lingkungan umur Pergerakan: Motor Halus
4 hingga 5 tahun Memotong mengikut garis berterusan.
Meniru symbol tambah.(+)
Meniru bentuk segi empat.
Menulis beberapa huruf besar.
5 hingga 6 tahun Memotong bentuk-bentuk yang mudah.
Meniru bentuk segi tiga.
Menyurih bentuk berlian.
Meniru tulisan namanya.
Menulis angka satu hingga lima.
Mewarna dalam garisan yang diberikan.
Memegang pensel seperti orang dewasa.
Ketepatan penggunaan tangan kanan ataupun kiri
( kidal).
8/4/2019 an Awal Kanak - Kanak 4 - 6 Tahun (1)
8/20
Menampal dan mengegam dengan betul.
b. Perkembangan motor.
Apabila kanak-kanak mencapai usia 2 tahun, mereka bukan hanya boleh berjalan,
tetapi juga boleh melakukan pelbagai aktiviti motor seperti mengutip benda,
menyusun blok, membuka tali kasut dan sebagainya. Kemahiran motor ini boleh
dibahagikan kepada kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus.
Perkembangan motor kanak-kanak pada peringkat ini memperlihatkan koordinasi
yang baik antara otak dengan mata. Kanak-kanak juga mempunyai keupayaan
untuk berdikari seperti boleh melakukan sendiri pelbagai tugasan harian seperti
makan dan pakai baju. Kemahiran motor kasar dan motor halus yang telah dikuasai
oleh kanak-kanak boleh dijelaskan seperti berikut:
i) 2 3 umur ( tahun )
melompat dan berlari ulang-alik menunjukkan tahap aktiviti yang paling tinggi
Suka menconteng, mendiskriminasi objek tetapi tidak boleh melukis objek
ii) 3 5 umur ( tahun )
memanjat, menendang bola dan menunggang basikal kecil
Memegang gelas dengan sebelah tangan, mengutip objek, menyusun blok secara
menegak, membuka tali kasut, makan dengan menggunakan sudu, menuang air
dari bekas, dan boleh menyalin bulatan dan melukis garisan lurus
8/4/2019 an Awal Kanak - Kanak 4 - 6 Tahun (1)
9/20
iii) 4 5 umur ( tahun )
melakukan aktiviti fizikal yang lebih mencabar dan lasak seperti memanjat tangga
dengan sebelah kaki menunjukkan kebolehan luar biasa di taman permainan dan
melakukan aksi gimnastik yang mudah. Melukis bentuk yang mudah, menulis huruf
yang besar dan menggunakan gunting untuk memotong.
iv) 5 tahun dan ke atas
lari dengan lebih laju dan suka berlumba lari dengan rakan. Boleh melompat sejauh
3 kaki dan setinggi 1 kaki. Boleh melompat dengan sebelah kaki dan melakukan
gerakan kaki seperti bermula, berpusing dan berhenti dengan berkesan.
Boleh berjalan atas palang, melontar dan menangkap bola. Menarik zip, membutang
baju, membina rumah dengan blok, mengikat tali kasut, melukis atau menyalin
bentuk, contohnya segi empat, tetapi tidak boleh melukis bentuk diamond kerana
tidak simetri.
c. Perkembangan Sosial.
Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan
kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh
sesuatu masyarakat serta budaya. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan
proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial
atau melakukan penyesuaian sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan-
8/4/2019 an Awal Kanak - Kanak 4 - 6 Tahun (1)
10/20
peraturan sosial yang diamalkan oles sesuatu kumpulan sosial. Contohnya, mereka
mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai, dan cara mentafsir tingkah laku
dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat. Proses sosialisasi ini pula
ditentukan oleh konteks budaya. Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu
budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya yang lain. Namun demikian,
terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai
kumpulan etnik dan budaya. Perkembangan sosial ini dapat dikaitkan dengan teori
yang dikemukakan oleh Erik Erikson yang dikenali dengan Teori Perkembangan
Psikososial Erikson. Erikson menerangkan perkembangan sosial manusia sebagai
satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat
mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik. Erikson menyatakan
peringkat ini kanak-kanak berada pada tahap Berdaya Tindak lawan Rasa Bersalah,
iaitu:
i. Pembentukan kesedaran kendiri melalui identifikasi dengan ibu bapa dan
kesedaran tentang tanggungjawab atas tindakan sendiri.
ii. Kecekapan yang diperlukan ialah pembentukan kesedaran tentang daya usaha
dan daya tindak tetapi masih wujud keinginan untuk mengekalkan keselesaan dan
keselamatan yang diperoleh dengan menerima kawalan dan tanggungjawab
daripada orang dewasa. Dalam pembentukan kesedaran ini ibu bapa perlu
memainkan peranan penting dalam memberi sokongan terutama dalam identifikasi
8/4/2019 an Awal Kanak - Kanak 4 - 6 Tahun (1)
11/20
d. Perkembangan Kognitif.
Kanak-kanak mentafsir pengalaman mengikut peringkat perkembangan mental mereka.
Bukan sahaja mereka kurang berpengalaman secara kuantitatif tetapi pengetahuan
mereka berbeza dari segi kualitatif. Perkembangan kognitif kanak-kanak merangkumi
zaman awal kanak-kanak dan pertengahan kanak-kanak. Tetapi di sini kita hanya
menitik beratkan zaman awal kanak-kanak.
Alam kognitif awal kanak-kanak atau kanak-kanak pra sekolah adalah kreatif, bebas
dan imaginatif, contohnya mereka melukis manusia menyerupai orang-orangan
(scarecrow). Kanak-kanak peringkat ini juga terlalu egosentrik dari segi pemikiran.
Mereka melihat persekitaran mereka melalui perspektif diri mereka dan belum berupaya
melihat melalui perspektif orang lain. Menurut Piaget kanak-kanak akan menggunakan
konsep yang sedia ada untuk mentafsir idea atau pengalaman baru melalui proses
asimilasi dan proses akomodasi iaitu apabila kanak-kanak mengubah suai konsep
sedia ada kepada idea atau pengalaman baru untuk menjadi lebih bermakna tambah
Piaget lagi, perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku kerana proses adaptasi iaitu
interaksi antara asimilasi dan akomodasi. Konsep ini menjadi lebih luas melalui
asimilasi dan diubahsuai melalui akomodasi. Menurut Spodek et al. (1987), kognitif
merujuk pada intelek atau pemikiran individu. Perkembangan kognitif memfokuskan
8/4/2019 an Awal Kanak - Kanak 4 - 6 Tahun (1)
12/20
kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat iaitu suatu proses
memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak.
Jean Piaget merupakan ahli psikologi yang menyatakan kanak-kanak berfikir
berbeza daripada orang dewasa. Beliau melihat pemikiran sebagai proses sedar
dan memberi penekanan kepada peringkat perkembangan yang berkait rapat
dengan pematangan. Menurut Piaget perkembangan kognitif kanak-kanak awal ini
di beri konsep sebagai pemikiran pra-olahan:
i. Semulajadi:
Permulaan kebolehan menyusun semula dalam pemikiran apa yang telah dibina dari
segi tingkah laku, dan peralihan penggunaan simbol daripada primitif kepada yang
lebih sofistikated. Belum lagi boleh berfikir dari segi olahan.
ii. Sub peringkat fungsi simbolik:
Sub peringkat ini berlaku lebih kurang pada umur 2 dan 4 tahun dan
menggambarkan sifat pemikiran simbolik, egosentrik dan animisme
iii. Sub peringkat pemikiran intuitif:
8/4/2019 an Awal Kanak - Kanak 4 - 6 Tahun (1)
13/20
Kanak-kanak berumur antara 4 dan 7 tahun. Intuitif kerana kanak-kanak kelihatan
amat yakin dengan pengetahuan mereka. Tetapi tidak tahu bagaimana mereka
mengetahuinya. Menyoal tidak berkesudahan dan kurang pengetahuan dari segi
ketekalan.
Umur 5,6 dan 7 tahun
Kanak-kanak berumur 5, 6 dan 7 tahun selalunya amat teruja untuk memulakan
persekolahan dan tanggungjawab baru mereka, kecuali sebilangan kecil kanak-
kanak yang sebelumnya tidak dibiasakan dengan berkawan di Taska atau tadika.
Pada umur begini, ibu bapa adalah insan yang paling penting di dalam hidup
mereka. Adalah penting untuk menentukan had-had yang dibenarkan dan
memastikan mereka tahu apa yang diharapkan daripada mereka. Lakukan dengan
dengan suara yang lembut, sabar, jelas dan konsisten. Setiap kanak-kanak perlu
berasa istimewa dan diambil berat dalam jagaan anda. Kanak-kanak pada usia
8/4/2019 an Awal Kanak - Kanak 4 - 6 Tahun (1)
14/20
begini sangat menggembirakan hati. Mereka suka menjadikan diri mereka berguna
kepada orang-orang dewasa.
Lingkungan umur Bidang Kemahiran
4 hingga 5 tahun Bermain dengan perkataan seperti mencipta pantun sendiri,
menyebut atau mereka perkataan yang sama bunyi.
Menunjuk atau menamakan enam jenis warna.
Memadankan gambar-gambar lazim seperti kasut, stoking,
kaki, rambutan, durian ataupun pisang.
Melukis rajah manusia dengan dua hingga enam anggota
yang dapat dicam seperti kepala, kaki dan tangan. Dapat
menamakan ataupun memadan anggota yang dilukis dengan
anggotanya sendiri.
Melukis, menamakan, dan menjelaskan gambar yang biasa.
Menghafal angka hingga lima, meniru orang biasa.
Mengetahui nama jalan dan Bandar tempat tinggal.
Memiliki tumpuan perhatian lebih lama. Belajar melalui
pemerhatian dan mendengar orang dewasa serta melalui
penerokaan. Mudah terganggu.
Memahami sebahagian ataupun seluruh hubungan konsep,
fungsi, dan masa. Fungsi atau kegunaan objek disebut di
8/4/2019 an Awal Kanak - Kanak 4 - 6 Tahun (1)
15/20
samping menamakannya.
Pemahaman konsep berkaitan masa bertambah. Boleh
bercakap berkenaan semalam ataupun minggu lepas ( masa
lampau), hari ini, dan apa yang berlaku esok.
5 hingga 6 tahun Menceritakan semula daripada buku bergambar dengan tepat.
Menamakan beberapa huruf dan angka.
Mengira secara hafalan satu hingga sepuluh.
Mengasingkan objek mengikuti cirri seperti mengikut warna,
bentuk ataupun saiz.
.
e. Perkembangan Sosio - Emosi
Mereka memikir tentang diri mereka lebih dari tentang orang lain sehingga umur
mereka 7 hingga 8 tahun. Mereka selesa bermain dalam kumpulan tetapi kadang-
kandang memerlukan masa bermain bersendirian. Ramai kanak-kanak punyai
seorang kawan karib dan musuh permainan. Mereka lebih selesa bermain bersama
kanak-kanak yang sama jantina. Mereka selalu mengacum sesame mereka. Mereka
lakukan ini kerana 2 sebab; membantu mereka memahami peraturan dan mendapat
perhatian orang dewasa. Mereka tidak menyukai kritikan dan kegagalan. Paling baik
adalah untuk membuatkan mereka bersaing dengan diri sendiri, bukan dengan
kanak-kanak lain. Mereka boleh menolong untuk tugasan-tugasan mudah. Mereka
berkehendakkan kasih-sayang daripada ibu bapa. Mereka mula memahami
8/4/2019 an Awal Kanak - Kanak 4 - 6 Tahun (1)
16/20
perasaan dan kehendak orang lain. Mereka mungkin mula pandai bermain atau
menjaga kanak-kanak lebih muda. Bagi mereka, baik dan buruk adalah apa yang
ibu bapa dan guru mereka gariskan. Mereka mula memahami tentang kejujuran,
membina cita rasa jenaka dan mula berminat dengan irama-irama yang pelik.
Mereka akan kecewa jika kelakuan atau kerja sekolah mereka dikritik atau tidak
dipedulikan.
Lingkungan umur Bidang Kemahiran : Bantu Diri
4 hingga 5 tahun Memotong makanan yang mudah dengan pisau.
Contohnya: Timun, ubi kentang, dan kepingan tomato.
Mengikat tali kasut.
5 hingga 6 tahun Mengenakan pakaian dengan lengkap.
Mengikat reben.
Menggosok gigi tanpa bantuan.
Melintas jalan raya dengan selamat.
Lingkungan umur Bidang Kemahiran: Sosial
4 hingga 5 tahun Bermain dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
Bermain drama lebih mirip keadaan sebenar dengan
tumpuan perhatian pada perincian, masa dan tempat.
Bermain mengenakan pakaian.
Menunjukkan minat mengetahui perbezaan jantina.5 hingga 6 tahun Memilih rakan sendiri.
Bermain permainan meja yang mudah.
Bermain permainan berlawanan ataupun bersaing.
8/4/2019 an Awal Kanak - Kanak 4 - 6 Tahun (1)
17/20
Bersama kanak-kanak lain bermain secara bekerjasama
yang memerlukan kata sepakat dan menentukan tugas
dengan adil.
f. Perkembangan Kepintaran
Mereka boleh membezakan kiri dan kanan. Kemahiran bercakap dan menyatakan
kehendak mereka berkembang dengan amat pantas. Kejayaan di sekolah adalah
penting. Mereka bercakap tentang diri mereka dan keluarga kepada sesiapa sahaja.
Ketika bermain, mereka belajar menggunakan perkataan-perkataan yang tepat dan
bahasa yang mereka belajar di sekolah. Mereka mula memahami masa dan hari
dalam seminggu. Mereka menyukai irama-irama dan lagu-lagu pelik dan jenaka.
Tempoh tumpuan mereka semakin panjang. Mereka boleh mengikuti cerita-cerita
yang lebih panjang. Mereka boleh belajar huruf dan perkataan. Selalunya pada
umur 6 tahun, mereka sudah bolehmembaca ayat-ayat mudah.
g. Perkembangan Bahasa
Pengetahuan memahami perkembangan bahasa dan komunikasi perlu diketahui oleh
semua guru. Perkembangan bahasa dan komunikasi adalah media pengantara yang
digunakan oleh guru dan kanak-kanak di pra sekolah. Kefahaman dan pertuturan
kanak-kanak berbeza mengikut kumpulan umur.pengetahuan ini penting untuk guru-
guru memahami cara berinteraksi dengan kanak-kanak. Pengajaran akan lebih
8/4/2019 an Awal Kanak - Kanak 4 - 6 Tahun (1)
18/20
berkesan dengan mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan tahap keupayaan
yang sesuai dengan tahap keupayaan kanak-kanak berbahasa dan berkomunikasi.
Lingkungan umur Bidang Kemahiran: Sosial
4 hingga 5 tahun Bermain dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
Bermain drama lebih mirip keadaan sebenar dengan
tumpuan perhatian pada perincian, masa dan tempat.
Bermain mengenakan pakaian.
Menunjukkan minat mengetahui perbezaan jantina.
5 hingga 6 tahun Memilih rakan sendiri.
Bermain permainan meja yang mudah.
Bermain permainan berlawanan ataupun bersaing.
Bersama kanak-kanak lain bermain secara bekerjasama
yang memerlukan kata sepakat dan menentukan tugas
dengan adil.
Rumusan
Kesimpulannya, pengetahuan bagi mengenali kanak-kanak dalam pelbagai aspek
dapat memberi panduan kepada guru dan ibu bapa. Di samping itu, ia dapat membantu
meningkatkan perkembangan kanak-kanak ke tahap yang seterusnya melalui aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan di tadika.
8/4/2019 an Awal Kanak - Kanak 4 - 6 Tahun (1)
19/20
BIBLIOGRAFI
Abi. 2009. Perkembangan Kanak-kanak 4 tahun. Diperoleh pada 3 September 2010Dari http://www.orangekid.biz/2008/index.php?option=com_content&view= article&id=82:perkembangan-kanak-kanak-4-tahun-sambungan&catid=54:umur-3-4-tahun&Itemid=83
Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003) early childhood. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka
Perkembangan Fizikal Dan Kognitif Kanak-kanak. Diperoleh pada 23 September 2010dari http://www.scribd.com/doc/4853347/Perkembangan-Fizikal-dan- Kognitif-Kanak-kanak.
Piaget, J. 1930. The Childs Conception of The World. New York: InternationalUniversities Press
Putri Zabariah Megat A. Rahman, Bustam Kamri & Raja Hamizah Raja Harun (2005) ,Tadika
Berkualiti. Kuala Lumpur: PTS Profesional
Spodek, B.S., Saracho, O.N.& Davis, M. 1987. Fondation of Early ChildhoodEducation. New Jersey: Prentice Hall. Inc.
http://www.orangekid.biz/2008/index.php?option=com_content&view=%20article&id=82:perkembangan-kanak-kanak-4-tahun-sambungan&catid=54:umur-3-4-tahun&Itemid=83http://www.orangekid.biz/2008/index.php?option=com_content&view=%20article&id=82:perkembangan-kanak-kanak-4-tahun-sambungan&catid=54:umur-3-4-tahun&Itemid=83http://www.orangekid.biz/2008/index.php?option=com_content&view=%20article&id=82:perkembangan-kanak-kanak-4-tahun-sambungan&catid=54:umur-3-4-tahun&Itemid=83http://www.scribd.com/doc/4853347/Perkembangan-Fizikal-dan-%20Kognitif-http://www.orangekid.biz/2008/index.php?option=com_content&view=%20article&id=82:perkembangan-kanak-kanak-4-tahun-sambungan&catid=54:umur-3-4-tahun&Itemid=83http://www.orangekid.biz/2008/index.php?option=com_content&view=%20article&id=82:perkembangan-kanak-kanak-4-tahun-sambungan&catid=54:umur-3-4-tahun&Itemid=83http://www.orangekid.biz/2008/index.php?option=com_content&view=%20article&id=82:perkembangan-kanak-kanak-4-tahun-sambungan&catid=54:umur-3-4-tahun&Itemid=83http://www.scribd.com/doc/4853347/Perkembangan-Fizikal-dan-%20Kognitif-8/4/2019 an Awal Kanak - Kanak 4 - 6 Tahun (1)
20/20