Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | ZULHIJJAH 1438H...

13
Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | ZULHIJJAH 1438H | SEPTEMBER 2017 | EDARAN PERCUMA | Bil 183 MS/7 Tubuhkan Akademi Al- Q uran untuk OKU YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Haji Ahmad Bin Yaakob, Kelantan, berharap Kelantan bebas rasuah sehingga ke tahap sifar. Ini menjadikan Kelantan sebagai negeri pertama di Malaysia yang membuat kerahan kepada penjawat awam agar memberi sokongan padu dalam membenteras mungkar rasuah. Lihat muka 8 MS/4-5 Pemimpin Berjiwa Merdeka KEBAJIKAN RAKYAT TERPELIHARA MENARIK DI DALAM MB KETUAI LAFAZ IKRAR BEBAS RASUAH

Transcript of Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | ZULHIJJAH 1438H...

Page 1: Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | ZULHIJJAH 1438H ...upknkelantan.com/download/buletin_sept2017.pdfABDUL AZIZ BIN MOHAMED azix2010@gmail.com UNIT KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB) PENGEDAR

ZULHIJJAH 1438H |SEPTEMBER 2017 1

Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | ZULHIJJAH 1438H | SEPTEMBER 2017 | EDARAN PERCUMA | Bil 183

MS/7

Tubuhkan Akademi Al-Quran untukOKU

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Haji Ahmad Bin Yaakob, Kelantan, berharap Kelantan bebas rasuah sehingga ke tahap sifar. Ini menjadikan Kelantan sebagai negeri pertama di Malaysia yang membuat kerahan kepada penjawat awam agar memberi sokongan padu dalam membenteras mungkar rasuah.

Lihat muka 8

MS/4-5

Pemimpin Berjiwa MerdekaKEBAJIKAN RAKYAT TERPELIHARA

MENARIKDI DALAM

MB KETUAI LAFAZ IKRAR BEBAS RASUAH

Page 2: Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | ZULHIJJAH 1438H ...upknkelantan.com/download/buletin_sept2017.pdfABDUL AZIZ BIN MOHAMED azix2010@gmail.com UNIT KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB) PENGEDAR

ZULHIJJAH 1438H | SEPTEMBER 2017 ZULHIJJAH 1438H |SEPTEMBER 2017 2 3

Sidang RedaksiPENAUNGYB DATO’ HJ MOHD NASSURUDDINB. HJ. DAUDPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta

PENASIHATMD ASHARI MAMATPengarah Urusetia PeneranganKerajaan Negeri Kelantan

PENYELARASABD. RAHIM MUHAMMADPenolong Pengarah Penerbitan dan Dokumentasi

SUSUN ATURAHMAD KARIEMULLAH B. SAIPUL BAHRIN

WARTAWANNIK AZMAN NIK [email protected]

CHE MAZIAH BINTI [email protected]

JURUFOTOABDUL AZIZ BIN [email protected] KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB)

PENGEDARUNIT EDARAN UPKN

PERCETAKANUNIPRESSLot 140, Jalan Pencawang TNB Lundang,Off Jln Sultan Yahya Petra,15150 Kota Bharu, Kelantan.Tel: 09 743 4924Faks: 09 743 4925Email: [email protected]

ALAMAT SURAT MENYURATURUSETIA PENERANGAN KERAJAANNEGERI KELANTANPejabat Setiausaha KerajaanTingkat Atas, Blok 7 Kompleks Kota Darulnaim15503 Kota Bharu Bandar Raya Islam,Kelantan DarulnaimTel 09-7483529(DL), 09-7481957 samb, 7810Faks: 09-7433529

KEBERKATAN | KEMAKMURAN | KEBAJIKAN

Merakyatkan Membangun Bersama Islam

Website: [email protected] (Berita Adun)www.facebook.com/upknkelantan(sila email untuk sebarang pertanyaan)

Pena Pengarah

Moleknya Bertaubat,Jangan menambah beban untuk dipikul

diatas siraat.Bila seseorang berumur lebih 90 tahun

dan masih dibuat kira bicara, umum kata dia ni belum nyanyuk. Katanya dia nak berjuang membela negara dan rakyat untuk membanteras penyelewengan (yang dia sendiri pernah lakukan dulu), lalu kita katakan dia dah nak bertaubat dari kebobrokan zaman kekuasaanya. Itulah manusia yang paling beruntung – menginsafi silap diri dipenghujung usia dan bersedia membetulkannya. Tapi bila kelmarin katanya dia tak berhajatkan kepada satu pihak tertentu untuk puaknya memenangi PRU14, kemudian hari ini dia mengiktiraf pihak yang sama punya kekuatan untuk menafikan kemenangannya, anggapan yang mengatakan beliau belum nyanyok perlu dikaji semula, atau perlu didiagnos samaada dia diserang wabak mudah lupa yang pernah diisytiharkan semasa dia tak berapa tua benar dulu.

Ulama’ memberi garis panduan untuk bertaubat, ada 4 syarat. Pertama menyesal atas apa-apa kesalahan yang dilakukan. Kedua, bertaubat dengan taubat nasuha serta meminta ampun dari Nya. Ketiga tidak mengulangi lagi dan keempat, jika kesalahan itu melibatkan makhluk, manusia lain, maka hendaklah meminta maaf daripada mereka yang dizalimi.

Dia tegar mengulangi pembohongannya yang dibuatnya lebih 30 tahun yang lalu, semasa dia berumur 60’an. Sosok ini belum nak bertaubat rupanya, tetapi terus menambahkan dosanya mengkhianati manusia yang menjadi rakyatnya. Nampaknya belum terdetik dihati

kecilnya bahawa dia telah melakukan dosa besar membunuh rakyatnya serta dosa terhadap ar-Rahman kerana enggan menyempurnakan amanah memerintah negara dengan panduan Islam.

Lakonannya untuk membela rakyat rupanya sekadar camouflage supaya pengikut, pengkagum, mereka yang berkepentingan dan yang masih memirut kepadanya bersamanya, dengan harapan agar hajat dunianya yang tinggal sedikit lagi tak terpenuh itu tercapai. Sehingga saat ini makhluk ini belum memiliki ciri-ciri saorang yang beruntung akhiratnya, lebih dahsyat lagi para pengampunya yang pada satu masa dulu menjadikan maki hamun terhadap figura ini nasi makan air minum mereka, tetapi kini satelah mendapat sedikit dedak serta harapan seindah fatamorgana untuk dinikmati di satu masa nanti, lidah mereka pun tumbuh cabang.

Sakitnya hati, pilunya rasa, sedih dan hancur luluhnya perasaan rakyat yang ingatan mereka masih segar terhadap peristiwa pembunuhan rakyat mustadh’afiin yang dilakukan semasa dia memegang tampuk pemerintahan dulu. Kini dia masih istiqamah membohongi dirinya sendiri bahawa rakyatlah yang membunuh angkatan bersenjata yang menyerang walaupun kesan kematian mereka adalah kerana tembakan peluru. Sampai bila lidahnya mampu menipu akalnya bahawa peluru itu keluar dari hujung parang dan golok kerja kebun rakyat. Katanya kerana rakyat membunuh anggota angkatan bersenjata terlebih dahulu, maka tentera dan polis pun bertindak, sedangkan rakyat hanya sekadar bertahan dari rempuhan ketumbukan perang lebih 3500 anggota lengkap bersenjata automatik M16 dan berkereta kebal itu dalam rumah kayu usang dengan bilangan kurang dari 100 orang termasuk bayi, kanak-kanak dan wanita dan sebahagiannya bersenjatakan parang dan menatijahkan 14 orang gugur syahid, sementara ramai yang menderita rohani dan jasmani mereka sampai hari ini akibat peristiwa itu.

Dipalitkan pula kesalahan yang menyebabkan peristiwa berdarah itu kepada saorang manusia lain yang menjelaskan apakah batas-batas iman dan kufur, berasaskan al-Qur’an dan al-Hadis untuk dijadikan panduan hidup umat. Hanya Engkaulah yang menentukan apakah manusia ini saorang yang beruntung akhiratnya atau sebaliknya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Orang-orang yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat serta mengeluarkan zakat. Mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara mungkar. Dan bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Al-Hajj:41)

Apabila mengingati hari kemerdekaan, kita teringatkan kisah Rasulullah SAW yang memainkan peranan memerdekakan masyarakat Arab dan manusia umumnya daripada segala bentuk penjajahan. Hasil usaha Baginda SAW berjuang membebaskan tanah air daripada penjajahan jahiliah, maka Allah telah kurniakan dengan suatu pembukaan dan kemenangan yang besar di Kota Mekah. Firman Allah Taala:

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (Wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang nyata. (Al-Fath: 1)

Ayat ini menyentuh tentang kemerdekaan kota Mekah melalui peristiwa pembukaan kota Mekah yang menyaksikan berakhirnya amalan-amalan jahiliyah seperti perzinaan,

pelacuran, membunuh anak perempuan hidup-hidup, menzalimi golongan yang lemah dan berakhirnya budaya tipu menipu.

Melalui sirah junjungan besar Nabi Muhammad SAW inilah, sewajibnya para pemimpin yang berjiwa merdeka membebaskan minda mereka daripada mentaliti yang hanya mengutamakan kepentingan diri sendiri. Sebaliknya keperluan rakyat mestilah diutamakan kerana ia adalah tanggungjawab yang terpundak dibahu setiap pemimpin.

Hayatilah sifat bertanggungjawab generasi yang ditarbiah oleh Rasulullah SAW. Sebagai contoh, Sayyidina Umar Al-Khattab merupakan seorang pemimpin yang sangat mengambil berat hal kebajikan rakyatnya. Pernah pada suatu malam, ketika meronda di sekitar kota, beliau terdengar suara tangisan anak-anak kecil.

Apabila diselidiki, beliau mendapati anak-anak tersebut menangis kerana kelaparan. Lalu beliau mengambil sendiri gandum di Baitul Mal dan memasak serta menghidangkannya kepada keluarga dhaif tersebut. Inilah contoh pemimpin yang mengutamakan kebajikan rakyat berbanding kepentingan dirinya sendiri.

Seharusnya para pemimpin yang ada pada hari ini juga di semua peringkat hendaklah mempunyai ciri-ciri yang telah ditunjukkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab. Para pemimpin bukan hanya pandai menjanjikan sesuatu kebajikan kepada rakyatnya sahaja, tetapi apa yang lebih penting ialah menepati segala janji yang telah diberikan.

Pemimpin dan rakyat yang berjiwa merdeka juga sudah tentu tidak meredhai sebarang bentuk penjajahan apatah lagi penjajahan ke atas hak asasi manusia. Saudara seaqidah di Rohingya umpamanya bukan setakat dijajah kampung halaman mereka tetapi diperlakukan seperti haiwan. Hal ini menuntut seluruh umat Islam dan mereka yang cintakan keadilan bangkit menyatakan bantahan dan menuntut pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMKELANTAN MENERAJUI PERUBAHANUSTAZ DATO’ BENTARA KANANMenteri Besar Kelantan

Perutusan Menteri Besar Kelantan Sempena Hari Kebangsaan ke-60

Page 3: Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | ZULHIJJAH 1438H ...upknkelantan.com/download/buletin_sept2017.pdfABDUL AZIZ BIN MOHAMED azix2010@gmail.com UNIT KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB) PENGEDAR

ZULHIJJAH 1438H | SEPTEMBER 2017 ZULHIJJAH 1438H |SEPTEMBER 2017 4 5

KOTA BHARU - Setelah Negara mencapai kemerdekaan yang berusia 60 tahun, sewajarnya kepimpinan berjiwa merdeka membebaskan minda mereka daripada mentaliti yang hanya mengutamakan kepentingan diri sendiri.

Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad B. Yakob berkata, sebaliknya keperluan rakyat mestilah diutamakan kerana ia adalah tanggungjawab yang terletak dibahu setiap pemimpin.

Menurutnya, dengan mengambil

iktibar sifat bertanggungjawab generasi yang ditarbiah oleh Rasulullah SAW sebagai contoh, Sayyidina Umar Al-Khattab merupakan seorang pemimpin yang sangat mengambil berat hal kebajikan rakyatnya dan perlu dihayati.

“Pernah pada suatu malam, ketika meronda di sekitar kota, beliau terdengar suara tangisan anak-anak kecil.

Apabila diselidiki, beliau mendapati anak-anak tersebut menangis kerana kelaparan. Lalu beliau mengambil

sendiri gandum di Baitul Mal dan memasak serta menghidangkannya kepada keluarga daif tersebut.

“Inilah contoh pemimpin yang mengutamakan kebajikan rakyat berbanding kepentingan dirinya sendiri,” katanya dalam kenyataan perutusan sempena Hari Kebangsaan ke-60.

Beliau berkata, seharusnya para pemimpin yang ada pada hari ini juga di semua peringkat hendaklah mempunyai ciri-ciri ditunjukkan Khalifah Umar Al-Khattab.

“Para pemimpin bukan hanya pandai menjanjikan sesuatu kebajikan kepada rakyatnya sahaja, tetapi apa yang lebih penting ialah menepati segala janji telah diberikan.

“Apabila mengingati hari kemerdekaan, kita teringatkan kisah Rasulullah SAW yang memainkan peranan memerdekakan masyarakat Arab dan manusia umumnya daripada segala bentuk penjajahan.

“Hasil usaha Baginda SAW berjuang membebaskan tanah air daripada penjajahan jahiliah, maka ALLAH SWT telah kurniakan dengan suatu pembukaan dan kemenangan,”

katanya.Justeru, pemimpin dan rakyat yang

berjiwa merdeka bagi beliau juga sudah tentu tidak meredai sebarang bentuk penjajahan apatah lagi ke atas hak asasi manusia.

“Saudara seaqidah di Rohingya umpamanya bukan setakat dijajah kampung halaman mereka tetapi diperlakukan seperti haiwan,” katanya.

Hal ini katanya, menuntut seluruh umat Islam dan mereka yang cintakan keadilan bangkit menyatakan bantahan dan menuntut pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

PEMIMPIN BERJIWA MERDEKA KEBAJIKAN RAKYAT TERPELIHARA

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan ditemui ketika berucap serta menyempurnakan Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-60 Peringkat negeri Kelantan di Padang USM, Kubang Kerian. Pelbagai acara dan persembahan turut disajikan semasa majlis berkenaan berlangsung.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar Kelantan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ADUN, ADR serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

Page 4: Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | ZULHIJJAH 1438H ...upknkelantan.com/download/buletin_sept2017.pdfABDUL AZIZ BIN MOHAMED azix2010@gmail.com UNIT KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB) PENGEDAR

ZULHIJJAH 1438H | SEPTEMBER 2017 ZULHIJJAH 1438H |SEPTEMBER 2017 6 7

Exco Pembangunan Wanita Keluarga dan Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan, YB Hjh Mumtaz Md. Nawi bersama pasukan ziarah DUN Demit yang terdiri dari kalangan Penghulu, Muslimat, Jabatan Amal, Ameerah dan juga Briged, telah bersama-sama menjayakan Jelajah “Warga Berlian” DUN Demit. Sebanyak 75 buah rumah di 15 mukim terpilih telah berjaya diziarahi dalam program tersebut.

Warga Berlian yang disasarkan bagi program jelajah kali ini adalah warga emas yang berumur 70 tahun ke atas. Dalam program jelajah kali ini, YB Hjh Mumtaz turut berkesempatan bertemu dengan Warga Berlian istimewa yang berusia 120 tahun, namun masih kuat melakukan kerja-kerja ringan, malah masih mampu bercucuk tanam.

Senyuman terpapar pada raut wajah mereka menerima kunjungan ini. Alangkah bahagianya hati mereka bila melihat keprihatinan diberikan terhadap mereka.

YB Hjh Mumtaz turut merakamkan jutaan terima kasih kepada mereka yang banyak membantu dalam menjayakan Jelajah Warga Berlian DUN Demit

kali ini. Sesungguhnya hanya Allah s.w.t. sahaja mampu membalas segala pengorbanan yang diberikan oleh mereka.

Semoga ini akan memberikan motivasi untuk golongan muda mendekati dan menyantuni warga emas terutamanya warga berlian di dalam komuniti dan kejiranan mereka.

JELAJAH WARGA BERLIAN DUN DEMIT

KOTA BHARU - Semua pihak yang berhasrat untuk menjalankan aktiviti pertanian di atas tanah kerajaan negeri perlu mendapatkan kebenaran dan kelulusan awal daripada pihak berkuasa khususnya Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ). Ia adalah bagi mengelak menanggung rugi jika hasil pertanian mereka dimusnahkan, kata YAB Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan, Haji Ahmad Bin Haji Yakob.

Beliau berkata, perkara ini perlu dipatuhi bagi mengelakkan berlaku konflik antara pengusaha tanah dan pihak berkuasa khususnya PTJ apabila tanaman itu terpaksa dimusnahkan bagi memberi laluan kepda projek pembangunan yang telah dirancang sebelum ini.

“Sepatutnya dapatkan kelulusan dahulu kerana jika penduduk tanam getah secara tak sah, kami tak tahu dan ia sekali gus mengganggu perancangan PTJ di sesetengah tempat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Publisiti dan Penyertaan Awam, Draf Laporan Pemeriksaan Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Kelantan 2040 di Kompleks Kota Darul Naim.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan bahawa kira-kira

100 penduduk Kampung Peralla, Tanah Merah mendesak kerajaan negeri supaya membatalkan hasrat menjadikan kawasan kebun getah seluas 250 hektar di kawasan milik kerajaan negeri itu sebagai tapak perlombongan emas.

Penduduk mendakwa kebun itu yang telah diusahakan sejak 2011 dengan bayaran premium RM18,000 bagi setiap 2.5 hektar kian terancam apabila kerja perlombongan sejak awal tahun menyebabkan 100 pokok getah ditebang setakat ini dengan bayaran pampasan RM10 bagi setiap batang pokok.

Ditanya mengenai isu ini, beliau berkata, kerajaan negeri mengambil perhatian terhadap perkara itu dan berjanji untuk menyiasat punca sebenar kejadian.

PATUT DAPAT KELULUSAN SEBELUM TANAM GETAH

TUBUHKAN AKADEMIAL-QURAN UNTUK OKU

akan datang, kita dapat membangun Akademi al-Quran kerana pada masa ini belum cukup infrastruktur, dan masih kekurangan pakar,” katanya.

Tambah beliau lagi, terdapat enam jilid al-Quran, tiga jilid untuk mu’jam dan tiga jilid Braille dalam bahasa Arab, jadi beliau berharap akan ada inisiatif untuk persatuan itu menterjemahkan tulisan Braille berkenaan dalam bahasa Melayu.

“Kerajaan negeri juga sudah mengadakan perbincangan dengan banyak pihak termasuk badan bukan kerajan (NGO), Jabatah Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK), Majlis Agama Islam dan Adat Isitiadat Kelantan (MAIK) supaya inisiatif bagi membuka peluang kepada universiti.

“Contohnya Universiti Sains Islam

Malaysia (USIM), mereka ada pelajar yang mahir Braille untuk menjalankan kajian dan kaedah yang lebih terperinci bagi menjayakan agenda ini, sebab terdapat ramai golongan cacat penglihatan, tapi kita mahu mereka bukan sekadar boleh baca al-Quran, tapi faham tafsir,” katanya. Dalam masa yang sama, beliau turut memberi sokongan terhadap World #QuranHour dan mencadangkan supaya persatuan membawa ahlinya untuk membawa al-Quran Braille dibacakan di Masjid Muhammadi pada 9 Zulhijah nanti.

“Saya cukup menghargai usaha Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) kerana menganjurkan program penyatuan umat melalui gelombang bacaan al-Quran secara serentak dalam masa satu jam,” katanya.

KOTA BHARU – Kini Kerajaan Negeri dalam usaha ke arah melaksanakan cadangan membina Akademi al-Quran khususnya untuk orang kelainan upaya (OKU) terutama yang cacat penglihatan.

Bercakap selepas melancarkan Majlis Penyerahan Mu’jam Quran Braille, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Kelantan, YB Hajjah Mumtaz Md Nawi berkata, usaha berkenaan sudah pun dibentangkan dalam sidang DUN dan seterusnya masih membuat kajian untuk pelaksanaannya. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Persatuan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM), Ismawati Ramli yang diadakan di Bazar Buluh Kubu,

Dalam ucapanya, beliau berkata, Kerajaan negeri kini sedang mengkaji dan setakat ini kita lihat Yayasan Islam Kelantan (YIK), walaupun tanpa kelas khas, tetapi sudah berjaya menerusi kelas pintar OKU sebagaimana adanya Faiz Ibrahim dan Mohd Qayyim Nizar Sarimi.

“Ini merupakan satu penemuan awal dan inisiatif yang kita boleh mulakan, jadi sekiranya ada bajet bersesuaian, kita percaya pada masa

Page 5: Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | ZULHIJJAH 1438H ...upknkelantan.com/download/buletin_sept2017.pdfABDUL AZIZ BIN MOHAMED azix2010@gmail.com UNIT KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB) PENGEDAR

ZULHIJJAH 1438H | SEPTEMBER 2017 ZULHIJJAH 1438H |SEPTEMBER 2017 8 9

GUA MUSANG - Bangunan baharu Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) yang bernilai RM 8.4 juta menjadi mercu tanda Bandar Baru Gua Musang. Bangunan tiga tingkat itu dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk ‘basement parking’, dewan serbaguna, bilik mesyuarat termasuk bilik khas untuk ahli majlis MDGM.

Perasmiannya disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan, YMM Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra. Hadir sama YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Haji Ahmad B.

Yakob, Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Haji Mohd Amar B. Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Haji Mohd Faudzi Che Mamat, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Abdullah Ya’kob dan anggota-anggota Exco Kerajaan Negeri.

Yang Dipertua MDGM, En. Zainal Abidin Yusuf berkata, bangunan tersebut menjadi pemangkin kepada pembangunan Gua Musang.

Katanya, bangunan baru terbabit memberi suasana yang lebih kondusif kepada kakitangan MDGM menjalankan tugas harian.

“Projek pembinaannya bermula

pada 2014 tertangguh akibat faktor cuaca termasuk banjir besar dan struktur tanah yang berbatu.

“Namun pada 20 April lalu bangunan ini berjaya diduduki. Bangunan ini diharap menjadi pemangkin kepada kemajuan serta pembangunan Gua Musang,” katanya pada program berkenaan.

Perasmiannya disempurnakan oleh Pemangku Raja dengan menandatangani plak bangunan baharu itu. Selepas itu baginda berkenan melawat pejabat baru sambil beramah mesra bersama kakitangan MDGM

BANGUNAN BARU PEMANGKIN PEMBANGUNAN GUA MUSANG

KOTA BHARU- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Kelantan istimewa kerana membabitkan semua ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, kaedah itu merupakan yang pertama di Malaysia.

“Ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan Kelantan akan melafazkan ikrar,” katanya selepas menyaksikan IBR pemimpin kerajaan Kelantan diketuai Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad B. Yakob bertempat di Kota Bharu.

Turut menandatangani IBR Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Haji Mohd Amar B. Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato’ Haji Mohd Faudzi Che Mamat dan anggota-anggota Exco.

Datuk Dzulkifli berkata, usaha bersungguh-sungguh itu menunjukkan komitmen kerajaan negeri begitu tinggi dalam menangani isu jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

“Sokongan penuh dibuktikan kerajaan negeri terhadap usaha SPRM untuk menangani gejala rasuah bagi memastikan gejala itu dapat dibendung.

“Syukur dan terima kasih kepada Kelantan dan kepimpinannya

kerana sudi menerima kami untuk melaksanakan IBR,” ujarnya.

Menurutnya juga setakat ini hanya Selangor belum menyertai IBR.

Dalam ucapan lain, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, berharap Kelantan bebas rasuah sehingga ke tahap sifar. Ini menjadikan Kelantan sebagai negeri pertama di Malaysia yang membuat kerahan kepada penjawat awam agar memberi sokongan padu dalam membenteras mungkar rasuah.

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan, Menteri Besar Kelantan dan seluruh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri turut menurunkan tandatangan di atas poster GERAH SPRM bagi menyatakan sokongan penuh kepada Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) yang telah dilancarkan oleh SPRM.

MB KETUAI LAFAZ IKRAR BEBAS RASUAH

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad B. Yakob mengetuai lafaz ikrar bersama-sama dengan Ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan Kelantan.

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Haji Ahmad B. Yakob, mengiring Pemangku Raja Kelantan, YMM Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra bagi menyempurnakan majlis

perasmian Bangunan baharu Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) .

Page 6: Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | ZULHIJJAH 1438H ...upknkelantan.com/download/buletin_sept2017.pdfABDUL AZIZ BIN MOHAMED azix2010@gmail.com UNIT KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB) PENGEDAR

ZULHIJJAH 1438H | SEPTEMBER 2017 ZULHIJJAH 1438H |SEPTEMBER 2017 10 11

KOTA BHARU : Hasil dari Inisiatif pihak kerajaan negeri untuk rakyat, maka lahirlah projek Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) bertempat di Badang. Ia dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Projek RMMK Badang dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan diuruskan oleh anak syarikatnya, Binaraya PKINK Sdn Bhd dan dijangka siap sepenuhnya serta diserahkan kepada pembeli yang layak pada Januari 2019.

RMMK Badang yang mengandungi 162 unit kos rendah, 108 unit sederhana rendah dan 64 unit kos sederhana dibangunkan sebanyak 3 blok (334 unit) dengan berkeluasan 4.92 ekar itu mempunyai kos pembangunan kasar kira-kira RM49 juta.

Ia dilengkapi dengan sebuah dewan

serbaguna, masjid, 5 unit kedai, 9 unit gerai dan Pusat Asuhan Kanak-kanak serta mempunyai 440 ruang meletak kenderaan.

RMMK Badang adalah satu daripada 4 RMMK yang dibina oleh PKINK.

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Bin Yakob meluangkan masa hampir sejam melawat tapak pembinaan Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) bertempat di Badang.

Menteri Besar Kelantan tiba di tapak pembinaan RMMK Badang pada jam 3 petang dengan diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr. Wan Zawawi Wan Ismail.

Turut hadir pada sesi lawatan itu ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Haji Mohd Amar Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, YB Dato’ Haji Abdul Fattah Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa

Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, YB Dato’ Haji Anuar Tan Abdullah, Pengerusi Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, YB Dato’ Dr. Fadzli Hassan, Adun Kijang, Wan Ubaidah Omar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (HEK) Kumpulan, Mazli Zakuan Mohd Noor, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (P&P) Kumpulan, Mohd Asri Sulaiman, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Nik Kamil Amirah Ab Rahman, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perumahan Kelantan, Mohd Azri bin Abd Rahman dan Pengurus Besar Binaraya PKINK Sdn Bhd, Hadzori Umar.

Beliau diberi taklimat oleh Pengarah Projek Dan Pembangunan LZNAR Sdn Bhd, Dato’ Muhd Ali Sinna Yusof dan Muhammad Al Amin Ibrahim mengenai perkembangan projek RMMK yang secara keseluruhannya telah bermula pada Januari 2017.

LAWATAN KE LOKASI PROJEK RMMK

KUALA KRAI – Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang kini mengalami perubahan dari struktur pengurusan komited dalam usaha memajukan industri air terutamanya dalam membekal air terawat untuk rakyat Kelantan.

Sehubungan itu, setiap projek pembangunan tersebut, AKSB sangat komited dalam mencari idea kreatif dan mengetengahkan inovasi terbaru terutamanya membabitkan kaedah ekstraksi air tanah dan juga sistem rawatan air yang berkaitan dengannya.

Revolusi dan transformasi ini telah dilaksanakan sejak beberapa tempoh sebelumnya yang mana dalam Projek Rancangan Malaysia (RMK) ke-9 lagi

satu Inovasi Baru telah diperkenalkan membabitkan kaedah pengambilan air tanah iaitu melalui pembinaan Horizontal Collector Well (HCW)atau dikenali sebagai Telaga Jejari serta penggunaan konsep Riverbank Infiltration System (RBF).

HCW dan RBF telah digunakan secara meluas di Eropah namun masih baru bagi industri air di Malaysia. Kaedah ini membantu pengeluaran air yang banyak dalam satu kawasan tanah yang sempit, penjimatan kos pembinaan dan proses rawatan yang lebih mesra alam.

Inovasi ini terbukti berhasil dan mendapat pengiktirafan daripada pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) apabila AKSB

mendapat anugerah Kettha Industrial Award pada tahun 2013.

Kejayaan tersebut menjadi titik tolak dan membuktikan bahawa teknologi yang sedang dibangunkan ini sangat sesuai untuk diteruskan dan diaplikasikan dalam projek pembangunan yang akan datang. Kini AKSB telah mempunyai 13 HCW yang telah siap dan beberapa lagi sedang dalam pembinaan.

Penggunaan sistem rawatan tanpa bahan kimia ini menyumbangkan kepada penjimatan kos operasi dan pengurusan sisa enapcemar kerana sisa enapcemar yang terhasil tidak lagi termasuk di dalam ketegori “Sisa Buangan Berjadual”.

AKSB Tingkatkan Bekalan Air Terawat Untuk Rakyat

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Dato’ Haji Hanifa Ahmad bersama lapan penerima cek pada Majlis Penyampaian Cek Runding Harga Tanah untuk Projek

Loji Rawatan Air Tualang (2), Kuala Krai.

Page 7: Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | ZULHIJJAH 1438H ...upknkelantan.com/download/buletin_sept2017.pdfABDUL AZIZ BIN MOHAMED azix2010@gmail.com UNIT KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB) PENGEDAR

ZULHIJJAH 1438H | SEPTEMBER 2017 ZULHIJJAH 1438H |SEPTEMBER 2017 12 13

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan sibuk melayan tetamu yang datang berhari raya di kediaman beliau. Kelihatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan penduduk sekitar hadir memeriahkan suasana jamuan hari raya di kediaman beliau baru-baru ini.

YB Hjh Mumtaz binti Md. Nawi, Exco Pembangunan Wanita Keluarga dan Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan merangkap ADUN Demit, bersama pasukan ziarah DUN Demit yang terdiri dari kalangan Penghulu, Muslimat,Jabatan Amal, Ameerah dan juga Briged, telah bersama-sama menjayakan Jelajah (Warga Berlian) DUN Demit. Sebanyak 75 buah rumah di 15

mukim terpilih telah berjaya diziarahi dalam program tersebut.

YB Dato’ Haji Dr. Ramli Bin Mamat, menghadiri Majlis Meraikan Sukarelawan Perubatan Ijtima’ Kelantan 2017 di Syam Restoran. Ribuan terima kasih kepada PAPISMA Kelantan, Kor Medik dan Penyelamat, Musmed, Pusat Perubatan An-Nisa dan semua sukarelawan yang berganding tenaga memastikan Unit Kecemasan Ijtima Kelantan 2017 beroperasi dengan jayanya.

YB Dato’ Haji. Anuar Tan Abdullah hadir ke majlis makan tengahari anjuran Persatuan Bola Sepak Cina Kelantan. Dikesempatan itu satu majlis penyampaian cek kepada Pengerusi Persatuan Bola Sepak Cina Kelantan sumbangan daripada Kerajaan Negeri Kelantan yang disampaikan oleh beliau.

YB Dato’ Haji. Abdul Fattah Mahmood hadir merasmikan Pelancaran Bandar Tanah Merah Ke Arah Bandar Bersih di perkarangan Pasar Besar Tanah Merah. Pelancaran ini melibatkan beberapa pihak, iaitu kakitangan Majlis Daerah Tanah Merah, ,Polis, Jabatan Amal Malaysia Tanah Merah, Rela, Skuad Cakna

Bersih MDTM, penghulu dan lain-lain.

YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan ketika mengiringi YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan bagi merasmikan Laman Mural Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubur. Laman berkenaan diadakan bagi mencantikkan lagi kawasan persekitaran di samping menarik orang ramai dan pelancong ke kawasan tersebut.

Turut bersama adalah Dato’ Tengku Kaya Perkasa Pengarah UPEN dan Ketua Jajahan Tumpat.

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan ,ketika mengadakan pertemuan bersama Sekretariat Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera Malaysia (KERABAT) bertempat di bilik mesyuarat AMMK, Kota Darulnaim.

YB Dato’ Haji Che Abdullah Mat Nawi, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan pagi ini bersama remaja berkayak dalam Program Kembara Merdeka 2017, Berkayak

Merentasi Sungai Pulau Melaka.

Lensa

YB Mejar (B) Dato’Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan ketika mempersembahkan persembahan silat sempena Majlis Perasmian Program Bina Ummah Pulau Kundur seterusnya merasmikan Pusat Aktiviti Kayak Pulau Kundur yang terletak dalam DUN Kijang.

YB Hjh Mumtaz binti Md. Nawi Exco Pembangunan Wanita Keluarga dan Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan merangkap ADUN Demit, mewakili YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan menyampaikan sumbangan segera kepada keluarga mangsa Bot Fiber di Kuala Dungun.

YB Dato’ Haji Mohd Amar B. Nik Abdullah Timbalan Menteri

Besar Kelantan menyampaikan sumbangan projek IKS negeri

Kelantan kepada pengusaha-pengusaha yang layak disamping

Sumbangan cek Skim Az-ziwaaj DUN Panchor

YB Dato’ Takiyudin Hasan merasmikan Cakna Rakyat Bunut Payong yang berlangsung di Taman Rekreasi Lembah Sireh Kota Bharu. Turut hadir YB Dato’ Dr Ramli Mamat. Cakna Rakyat yang bertema Melayu tradisional menampilkan suasana perkampungan Melayu Lama dengan peserta memakai pakaian Melayu Kelantan.

YB Dato’ Hj Hanifa Bin Ahmad, merasmikan cakna rakyat DUN Pengkalan Pasir di Padang Mini Stadium MDPM

Lensa

YB Dato’ Haji Che Abdullah Mat Nawi,selaku ADUN Wakaf Bharu mengadakan Majlis Rumah Terbuka Eidul Adha di ABE Residence Taman Mimi Wakaf Bharu. Majlis yang dihadiri orang ramai turut dihadiri oleh tetamu VIP, YAB

Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan

Page 8: Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | ZULHIJJAH 1438H ...upknkelantan.com/download/buletin_sept2017.pdfABDUL AZIZ BIN MOHAMED azix2010@gmail.com UNIT KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB) PENGEDAR

ZULHIJJAH 1438H | SEPTEMBER 2017 ZULHIJJAH 1438H |SEPTEMBER 2017 14 15

KOTA BHARU – Seramai 270 orang graduan menerima Diploma masing-masing daripada Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan, Haji Ahmad Yakob pada Majlis Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) kali ke-19 di Balai Islam baru lalu.

Antara bidang pengkhususan yang terbabit ialah Diploma Usuluddin, Diploma al-Syariah, Diploma al-Dakwah Wal Qiadah, Diploma Dakwah Dengan Media, Diploma Kewangan Islam, Diploma Perbankan Islam, Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan, Diploma Tahfiz al-Quran, Diploma Qiraat dan Tarannum, Diploma Bahasa Arab, Diploma Pengajian Islam dan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Secara Islam.

Berucap pada majlis tersebut Menteri Besar berkata, dunia pendidikan adalah suatu pelaburan yang sangat penting dalam sesebuah negara. Percapaian yang dijana melalui sistem pendidikan berkesan akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.

“Proses pendidikan merupakan

kaedah yang sangat berkesan bagi membentuk dan mengembangkan minda dan rohani ke arah mengenali diri dan mencapai tahap kehidupan bermasyarakat yang sejahtera.

Kerana itulah Islam sangat mengutamakan serta memartabatkan ilmu pengetahuan dan golongan yang berilmu. Kita sedar bahawa ilmu yang bermanfaat untuk manusia ialah ilmu wahyu yang disepadukan dengan keperluan kehidupan kerana ilmu yang berlandaskan wahyu dapat menjamin kejayaan di dunia dan akhirat,” katanya.

Katanya, melalui perkembangan tamadun ilmu itulah lahirnya ramai para ulamak yang terkemuka. Mereka berusaha membangunkan ummah dengan ilmu dan pada masa mereka pelbagai teori ilmu dicetuskan sehingga dunia Islam digeruni oleh Barat.

Rentetan itu tambahnya, Kerajaan Negeri melalui KIAS berusaha menyediakan sistem pendidikan bagi memenuhi tuntutan syarak dan dapat memenuhi keperluan hidup di dunia dan akhirat supaya lepasan KIAS menjadi golongan yang mampu mencorak tamadun ummah

di samping dapat meletakkan dirinya pada kedudukan yang sesuai dalam masyarakat.

“Agenda pembangunan ilmu-ilmu Islam turut diberi perhatian sewajarnya oleh pihak Kerajaan Negeri dan kita akan memperuntukkan sejumlah kewangan demi menjayakan kursus Diploma Tasawwur Islam di KIAS bagi semua pegawai-pegawai negeri gred 41 ke atas.

Budaya ilmu ini sebenarnya telah dijadikan salah satu tonggak pembangunan negeri dalam segenap bidang, baik pentadbiran, ekonomi dan undang-undang. Apabila budaya ilmu ini diwujudkan dalam pentadbiran ianya memberi kesan yang baik dan dapat meningkatkan kualiti kerja serta hasil yang memuaskan kepada negeri,” katanya.

Tambahnya, kita ingin menjadikan negeri ini sebagai model dalam pentadbiran ala Khulafah Al-Rasyidin yang amat mementingkan agenda pembangunan ilmu-ilmu tasawwur Islam dan juga pendidikan moden. Agenda ilmu pada hakikatnya merupakan agenda yang boleh merubah sesebuah negeri atau negara

itu menjadi semakin membangun dan maju.

“Sesungguhnya Islam telah berjaya mengubah wajah Negara Andalus suatu ketika dahulu daripada sebuah negara yang mundur dan miskin kepada satu tahap ketamadunan yang tinggi dan dikagumi oleh dunia. Orang Islam Andalus telah menyedarkan masyarakat Barat dari tidur yang lena seterusnya membawa mereka ke zaman kemajuan dan peradaban.

Kerajaan Negeri turut memperuntukkan RM 2 juta kepada KIAS melalui Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) bagi meneruskan program pembangunan dan pengurusan operasi harian. In sya Allah peruntukan ini akan dipertingkatkan daripada semasa ke semasa khasnya dalam usaha KIAS menuju Kolej Universiti nanti,” tambahnya.

Katanya lagi, menerusi YAKIN juga, Kerajaan Negeri telah berjaya memeteraikan kerjasama dengan beberapa buah negara luar untuk tujuan pembangunan pendidikan di peringkat pengajian tinggi. Kerjasama akademik dengan Negara Turki sedang giat diusahakan dan Kerajaan Negeri telah menaja 10 orang pelajar bagi melangsungkan pengajian perubatan di sana.

“Kerajaan Negeri juga sedang membuat hubungan kerja dengan beberapa institusi pengajian tinggi seperti di Indonesia dan Qatar. Ini termasuklah kerjasama akademik dengan Universiti Islam Madinah yang telah dimaterai perjanjiannya pada Januari lalu.

Dari segi infrastruktur pendidikan, Kerajaan Negeri telah berjaya mewujudkan hostel kediaman pelajar

Kelantan di Mesir iaitu Wisma Sultan Muhammad V dan Wisma Tengku Mahkota Kelantan yang telah sempurna dirasmikan oleh YMM Pemangku Raja Kelantan pada Januari tahun ini,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, beliau yakin dengan kemampuan KIAS pada hari ini akan menempatkan KIAS sebaris dengan IPTA/IPTS lain bahkan lebih baik lagi yang mana sehingga kini KIAS mempunyai 12 program Diploma, 2 program peringkat Sarjana Muda dengan KUIN Kedah, 1 program di peringkat Sijil dan setelah mendapat kelulusan MQA, KIAS akan memulakan 4 program baru iaitu peringkat diploma; Diploma Pengajian Ilmu Turath dan Diploma Al-Quran Wal Qira’at sementara di peringkat Sarjana; Sarjana Muda Pengurusan Pentadbiran dan Sarjana Muda Bahasa Arab.

MAJLIS ISTIADAT Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra

Page 9: Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | ZULHIJJAH 1438H ...upknkelantan.com/download/buletin_sept2017.pdfABDUL AZIZ BIN MOHAMED azix2010@gmail.com UNIT KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB) PENGEDAR

ZULHIJJAH 1438H | SEPTEMBER 2017 ZULHIJJAH 1438H |SEPTEMBER 2017 16 17

JANGAN ADA IDEOLOGI KONTRA DENGAN PANCASILA – PEMERINTAH INDONESIAOleh : Azhar Che Lah

DALAM Simposium Nasional dengan tema “Mengamankan Pancasila dari Ancaman PKI dan Ideologi Lain” di Jakarta tidak lama dulu, Letjen TNI (Purn) Kiki Syahnakri mengatakan, komponen bangsa perlu dipersatukan untuk mencegah Komunisme, membangun kesedaran bangsa bahawa PKI telah melakukan pemberontakan berkali kali.

Menurutnya, ideologi yang bertentangan dengan Pancasila tidak pantas hidup di Indonesia. Saat ini telah beredar ideologi-ideologi lain yang bertentangan dengan Pancasila di Indonesia khususnya Marxisme, Leninisme dan Komunisme. Kalau dibiarkan tanpa usaha serius maka kedepan Pancasila dan NKRI hanya akan tinggal nama.

Sebelumnya, dalam seminar nasional bertema “Menghadapi Kebangkitan PKI dan Menyikapi Propaganda Komunis di Indonesia” di Universitas Muhammadiyah Surakarta, Alfian Tanjung, menyatakan PKI, memutarbalikkan fakta bahawa umat Islam yang membunuh PKI, betapa bahayanya ideologi Komunis, PKI menggunakan teori syaitan iaitu mereka tidak diketahui tetapi dampaknya luar biasa.

“Ada sepuluh langkah mengapa Komunis bangkit, iaitu kemunculan kumpulan studi sebagai komposisi gerakan mahasiswa kiri, kemunculannya sistematik dengan isu kerakyatan, penataan gerakan dengan landasan kritik auto kritik yang diwujudkan dengan organisasi tanpa bentuk, muncul secara terbuka seperti Parti Rakyat Demokratik (PRD), buku “Aku Banggga Jadi Anak PKI” dan “Anak PKI Masuk Parlimen”, kata Alfian.

Dalam pengajian rutin bulan suci Ramadhan 1437 H bertemakan “Mengungkap Bangkitnya PKI dan Pemutar Balikan Fakta Sejarah”, diselenggarakan Takmir Masjid Istiqlal Mandiri Center, Jawa Tengah, Mayjen (Purn) Kivlan Zein menyatakan, PKI merupakan musuh yang nyata bagi umat Islam, akan tetapi munculnya PKI jarang dianggap oleh masyarakat banyak yang

mengatakan permasalahan Komunis hanya menghabiskan waktu dan tenaga sahaja.

PKI menginginkan negara meminta kepada orang-orang PKI, jika negara meminta maaf bererti negara salah besar, kerana fakta yang sebenarnya adalah orang-orang PKI lah yang pertama kali membunuh dan membantai para TNI dan ulamak Islam.

“Untuk menghadapi bangkitnya PKI, kita harus memasang mata dan telinga di desa, dengan harapan mempermudah pengawasan terhadap munculnya lambang-lambang atau orang-orang PKI,” kata mantan Kakostrad.

Komuniti Komunisme juga ternyata tidak menyerah dalam menyosialisasikan ideologi yang bertentangan dengan Pancasila, misalnya dengan membentuk NGO yang sedang melakukan kelas tertutup tentang pendidikan teori Marxisme, bertujuan untuk mempengaruhi mahasiswa mengikuti gerakan kiri Sosialis.

Kumpulan pendukung Komunisme selalu berpendapat PKI adalah parti yang pro rakyat dan konsisten untuk membela kepentingan rakyat sejak masa kepemerintahan Soekarno hingga saat ini. Buruknya citra PKI disebabkan adanya pihak yang merasa terancam dengan eksistensi PKI yang dekat dengan rakyat dan mampu menggalang simpati masyarakat, sehingga mereka memutarbalikkan fakta sejarah dan akhirnya PKI diidentikkan dengan pemberontak.

Dalam kehidupan bangsa Indonesia, keadilan sosial bagi seluruh rakyat Indonesia merupakan kepercayaan bagi komunis dan mungkin juga bagi sistem khilafah atau beberapa fahaman yang mencuba untuk mengantikan Pancasila.

Perkara ini hampir menjadi kepastian jika Komunisme telah menyusup ke dalam setiap pemikiran masyarakat. Mengingati sejarah lalu maka bukan tidak mungkin jika sekarang dan masa mendatang akan lahir kembali di tangan yang berbeza dengan nafas yang berbeza.

Mereka akan berkata lantang bahawa mereka tidak akan membahayakan sesiapa

pun tetapi sejarah membuktikan bahawa idea ini selalu mendatangkan bahaya.

Falsafah dasar komunis adalah materialisme. Kehidupan beragama akan lambat laun tersingkir dan mungkin budaya-budaya yang memiliki nilai-nilai luhur juga akan musnah dengan sendirinya bila kita mengizinkan Komunisme untuk tampil di panggung Indonesia.

Komunis menyatakan bahawa setiap orang akan memperoleh hasil sesuai kemampuannya. Sekilas itu nampak benar tetapi harus diingat bahawa setiap orang tidak lahir dalam keadaan sama. Kita tidak bisa mengingkari fakta adanya perbezaan itu. Dan perbezaan inilah yang akan dihilangkan oleh komunis. Sedangkan pada sisi lain, kita faham bahawa perbezaan adalah anugerah Tuhan yang harus disyukuri.

Dalam menanamkan persamaan kelas ideologi ini akan menggunakan logika pembenaran yang besar kemungkinan akan diterima masyarakat umum seperti persamaan hak dan kewajipan.

Sejarah bangsa Indonesia membuktikan bahawa pergerakan ideologi ini selalu berakhir pada kekerasan dan pembunuhan. Revolusi-revolusi di negara-negara lain yang diawali oleh ideologi ini juga diawali dengan kekerasan.

Para penganut faham komunis menyakini bahawa komunis adalah satu-satunya cara untuk mengubah tatanan dunia. Sekali pun ideologi ini telah usang ditelam zaman tetapi harus selalu waspada bahawa ideologi ini akan dapat berkembang ketika kita lengah dan terpesona dengan propaganda-propaganda apa lagi jika anggotanya menggunakan dalil dari ayat al-Quran.

Maka di sinilah letak pentingnya untuk mengetahui dan mewaspadainya kerana Parti Komunis Indonesia (PKI) bekerja berdasarkan atas program maksimum dan program minimum. Program maksimum adalah program ideologi yang berlaku secara universal iaitu membentuk sistem ideologi dan politik dengan cara revolusi.

Sedangkan program minimum adalah

program yang menyangkut kepentingan praktis bagi pengembangan ideologi dan perluasan pengaruhnya. Kedua program ini saling berkait dan berhubungan satu sama lain secara ideologi dan gerakannya.

Di Indonesia program maksimum komunis adalah mendirikan kekuatan politik dan menanamkan ideologi Komunisme kepada masyarakat. Program minimum pada tempoh tertentu adalah usaha menghidupkan kembali PKI, konsolidasi organisasi dan tindakan memperluas pengaruhnya ke seluruh lapisan masyarakat dengan strategi front persatuan.

Proses percapaian kedua program itu menurut istilah komunis disebut “masa transisi”. Awal atau akhir masa transisi itu, sulit untuk dikatakan kerana ciri pokok dari setiap gerakan yang dilakukan selalu tertutup dan rahsia.

Dalam pemikiran pendukung komunis dan PKI, ideologi bangsa Indonesia terbahagi kepada tiga golongan:

1. Golongan progresif (PKI)2. Golongan tengah (tidak memusuhi

komunis)3. Golongan kepala batu (anti

komunis)Komunis lebih mengsasarkan golongan

masyarakat yang masih lemah ketahanan ideologinya, khususnya kumpulan pemuda, pemimpin-pemimpin organisasi pemuda, mahasiswa yang berjiwa liberal, perwira-perwira muda angkatan bersenjata.

Itulah taktik dan teknik komunis dalam rangka mengembangkan dan melaksanakan program minimumnya dengan program front persatuan dan parlementer yang pernah dilakukan oleh bekas PKI maupun organisasi-organisasi massanya. Pada tempoh ini PKI sengaja menghentikan tindakan-tindakan kekerasan kerana fokus kegiatannya menggalang, merangkul dan membujuk organisasi massa untuk berpihak kepada PKI.

Maka untuk membendung bangkitnya kembali bahaya gerakan komunis ini, maka pemerintah mengharamkan sebarang bentuk ideologi Komunisme. Menyedari lahirnya gejala tersebut hampir sama dengan gejala perubahan masyarakat yang tengah berangkat dari masyarakat agraris menuju masyarakat industri.

Mengapa pertautan beberapa gejala dalam perubahan masyarakat ini patut diperhatikan? Oleh kerana komunis memanfaatkan situasi dan kondisi serta

momentum yang tepat, berganti-ganti wajah setiap waktu, sebagai usaha pencapaian tujuannya. Parti komunis bisa hancur, runtuh atau diharamkan, namun Komunisme dan sistemnya tetap ditawarkan oleh para pengikutnya kepada masyarakat bila-bila masa.

Golongan yang anti komunis menganggap bahawa ideologi kiri seperti Sosialisme, Marxisme dan Komunisme bertentangan dengan nilai-nilai Pancasila. Manakala Soekarno konseptor Pancasila pernah menyatakan bahawa Pancasila sangat dekat dengan ideologi kiri. Bagi Soekarno, kiri tidak hanya anti imperialisme, namun juga menghendaki suatu masyarakat yang adil, tanpa Kapitalisme dan tanpa penindasan manusia terhadap manusia lain.

Menurut Soekarno, unsur utama Pancasila adalah keadilan sosial. Lima sila dalam Pancasila dapat diperas menjadi tiga prinsip, iaitu sosio-nasionalisme, sosio-demokrasi dan Ketuhanan. Sosio-nasionalisme menolak faham Kapitalisme.

Segolongan berpendapat bahawa usaha pihak pemerintah untuk menjauhkan faham Komunisme dari masyarakat yang khuatir hingga melakukan penarikan buku-buku berhaluan kiri dari peredaran hingga membabitkan tentera dan polis merupakan usaha yang berlebihan. Lagi pun, usaha seperti ini malah menjauhkan sikap kritis masyarakat. Masyarakat seolah-olah dilarang untuk berfikir, mengambil tahu dan mengkaji secara akademik.

Masyarakat seperti di arah kepada kebodohan. Hal ini mengindikasikan bahawa isu Komunisme yang diangkat ke permukaan merupakan bentuk pemaksaan paradigma. Tentunya hal ini bertentangan dengan kebebasan berpendapat masyarakat yang diatur oleh konstitusi.

Pada akhirnya, isu atau propaganda apa pun yang muncul di tengah masyarakat, sebaiknya bersikap secara kritis. Akan lebih baik jika isu yang dimaksudkan telah terlebih dahulu dikaji secara akademik, sehingga pendapat-pendapat yang dikeluarkan sebagai bentuk reaksi nantinya dapat dipertanggungjawabkan landasan berfikirnya.

Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu menegaskan undang-undang melarang segala bentuk penyebaran ajaran Komunisme, Marxisme dan Leninisme di Indonesia.

“Apa pun berbau komunis dilarang, itu ada dasar hukumnya, ada UU-nya,” kata Ryamizard.

Hal itu disebutkan termaktub dalam UU 27/1999 tentang Perubahan Kitab Undang-Undang Hukum Pidana yang berkaitan dengan keamanan negara.

Dalam UU 27/1999 tersebut, pada fasal 107, usaha dengan lisan, tulisan maupun media apa pun menyebarkan atau mengembangkan ajaran Marxisme, Komunisme, Leninisme dalam segala bentuk dan wujudnya dipidana dengan pidana paling lama 20 tahun penjara.

Untuk itu, Menteri Pertahanan mengingatkan agar rakyat mematuhi undang-undang tersebut demi menjaga keamanan dan ketenteraman masyarakat. Menurutnya, provokasi tentang kebangkitan komunis justru dapat membuat terjadinya keresahan masyarakat.

Pihaknya akan bekerja sama dengan sesiapa sahaja untuk mempertahankan Pancasila di nusantara. Ia meminta rakyat tidak memprovokasi anak-anak mereka untuk menyebarkan simbol-simbol parti komunis kerana hal itu melanggar hukum dan bida dipindanakan.

Ia menegaskan, Pancasila merupakan ideologi yang sesuai di Indonesia, seperti ideologi komunis di China maupun liberal di Amerika Syarikat kerana setiap negara memiliki ideologi yang sesuai untuk dikembangkan.

Ia meminta rakyat Indonesia menatap masa depan bangsa dan tidak perlu mengungkit-ungkit masa lalu berhubung dengan PKI kerana hal itu justru dapat menimbulkan terjadinya perpecahan di Indonesia.

“Yang dulu-dulu sudahlah kenapa kok di kutak-kutik lagi, kan sudah lama, diungkit-ungkit lagi, itu ngak baik, ngak baik,” kata Ryamizard.

Soekarno berpendapat bahawa kekuasaan ekonomi dan politik seharusnya berada di tangan kaum tertindas, yakni kaum buruh dan petani, agar perjuangan menghapuskan Kapitalisme dan imperialisme di Indonesia dapat dituntaskan.

Page 10: Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | ZULHIJJAH 1438H ...upknkelantan.com/download/buletin_sept2017.pdfABDUL AZIZ BIN MOHAMED azix2010@gmail.com UNIT KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB) PENGEDAR

ZULHIJJAH 1438H | SEPTEMBER 2017 ZULHIJJAH 1438H |SEPTEMBER 2017 18 19

KOTA BHARU - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) terus kekal bebas daripada sebarang kegiatan rasuah dan terbukti hingga kini apabila tiada kakitangannya dikesan terbabit dengan jenayah itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, pihaknya mementingkan ketegasan dan ketelusan dalam segala urusan serta sering menasihati lebih 1,000 kakitangannya termasuk 21 anak syarikatnya, supaya bertugas dengan penuh integriti dan menjauhi unsur rasuah.

“Sebanyak 21 anak syarikat

ini terlibat dalam urusan hartanah dan perkhidmatan yang bernilai jutaan ringgit, oleh itu kita sentiasa menekankan aspek ketelusan dan betapa pentingnya integriti dalam setiap bidang tugas yang dilakukan terutama yang membabitkan kewangan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengetuai majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kakitangan PKINK bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, YB. Dato’

Haji Hanifa B. Ahmad dan Timbalan Pengarah SPRM Kelantan Rostam Abu Hassan.

Datuk Dr Wan Zawawi berkata sebelum ini PKINK pernah mengadakan Ikrar Integriti Korporat (CIP) pada 2011 dengan SPRM serta menubuhkan Bahagian Integriti dan Perundangan PKINK.

Selain itu, PKINK juga sentiasa mengadakan kempen kesedaran anti rasuah dengan meletakkan kain rentang atau sepanduk di kawasan premisnya supaya kakitangan agensi itu sedar akan akibat buruk gejala rasuah.

PKINK TETAP UNGGUL BEBAS RASUAH

YB Dato’ Hj Che Abdullah Mat Nawi telah menyampaikan ucapan motivasi dihadapan pelajar dalam Parlimen Tumpat sempena Program Motivasi Perdana Pecutan Terakhir untuk Calon-calon Peperiksaan PT3, SMU, SPM & STAM. Teringat kenangan semasa bergelar pelajar dulu, pesanan seorang guru bahawa saat peperiksaan semakin hampir ini sebagai tahun dan hari-hari terpenting dalam kehidupan kita meninggalkan kesan yang hebat kepada dirinya. YB Dato’ juga mengingatkan pelajar agar sentiasa berfikiran positif

walaupun berbagai perkara negatif datang seterusnya mengingatkan guru-guru dan ibubapa agar sentiasa memberi motoivasi untuk anak-anak. YB Dato’ sangat menekankan bahawa “The Power Of Motivation“ sangat penting dalam pecutan akhir sebelum menghadapi peperiksaan. Majlis motivasi ini diadakan di Dewan Bunga Raya Pantai Sri Tujuh anjuran Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) dengan kerjasama Khalifa Legacy Training & Consultancy yang turut menampilkan Che Faizal Amir bin Che Mat (Dai Faizal).

MOTIVASI PERDANA PECUTAN TERAKHIR

Page 11: Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | ZULHIJJAH 1438H ...upknkelantan.com/download/buletin_sept2017.pdfABDUL AZIZ BIN MOHAMED azix2010@gmail.com UNIT KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB) PENGEDAR

ZULHIJJAH 1438H | SEPTEMBER 2017 ZULHIJJAH 1438H |SEPTEMBER 2017 20 21

TUMPAT- Penantian puluhan tahun kini berakhir, dan menjadikan hari bersejarah kepada komuniti Siam dan Penganut Buddha apabila YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Haji Ahmad Yakob menyampaikan Warta Kerajaan Negeri Kelantan kepada 9 daripada 12 Wat di Tumpat sebagai tapak rekreasi dan kebudayaan.

Sebelum ini, permohonan pernah diajukan ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir Kelantan, namun tiada usaha bagi mewartakan tapak wat Siam di negeri tersebut.

Bagaimanapun penantian sejak berpuluh tahun masyarakat Siam dan penganut Buddha menjadi kenyataan apabila sembilan tapak wat diwartakan kerajaan negeri.

Warta berkenaan di bawah tajuk rekreasi dan kebudayaan menjamin keadilan sosial dan kebebasan menjalani aktiviti keagamaan dan kebudayaan komuniti Siam dan Buddha pada masa akan datang.

Sebagaimana Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang telah diamanahkan merancang dan mengawasi kegiatan serta pembangunan masjid di negeri ini, Majlis Sangha Kelantan telah diamanahkan sebagai badan yang bertanggungjawab mengawasi kegiatan dan pembangunan wat-wat di seluruh Kelantan.

Keharmonian dan toleransi yang sangat baik di antara kaum dan agama di Kelantan ini diharapkan dapat

menjadi contoh kepada dunia yang skeptik dengan Islam.

Dalam Majlis tersebut, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan menyerahkan sijil pewartaan atas nama Majlis Sangha Negeri Kelantan kepada wakil wat terbabit.

Beliau berkata, dengan pewartaan itu kawasan berkenaan tidak boleh diganggu gugat untuk sebarang tujuan.

“Apabila cukup syaratnya, contohnya menjadikan wat berkenaan sebagai tempat kemasyarakatan kerajaan negeri akan menimbang untuk diwartakan.

“Kerajaan negeri berbuat demikian bagi menjaga kepentingan masyarakat Kelantan pelbagai bangsa dan agama,” katanya pada program berkenaan di Wat Pikulttong, sempena pemukiman Menteri Besar di parlimen Tumpat.

Hadir sama wakil-wakil rakyat, Ketua Jajahan Tumpat, Rosnazli Amin, Royale Thai Konsulate General Kota Bharu Mr. Paitoon Songkaew, ADUN Kelaboran YB En. Mohd Zaki Ibrahim dan pemimpin dari masyarakat pelbagai kaum.

Ketua Majlis Sangha Negeri Kelantan, En. Phra Phisansammanakit dalam ucapannya berterima kasih kepada pihak yang terlibat yang menjayakan majlis tersebut. Katanya, proses mewartakan tanah wat ini mengambil masa yang lama melibatkan kerjasama dari banyak pihak.

Inisiatif ini lebih serius dan bersungguh-sungguh semasa Allahyarham YAB Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa menjadi Menteri Besar Kelantan, yang mempunyai hubungan baik dan mesra dengan Majlis Sangha Negeri Kelantan khususnya En. Phra Than Tit dan Phra Vicarnvutthikum yang menjawat jawatan Ketua Majlis Sangha. Sehinggalah legasi ini diteruskan oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Haji Ahmad Yakob.

IMPIAN WARTA WAT SIAM JADI KENYATAAN

KOTA BHARU - Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) bercadang menambah pusat rawatan hemodialisis bagi menampung pertambahan pesakit saban tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif NKF, Chua Hong Wee berkata, setakat penubuhan sejak 1969, NKF berpusat di Kuala Lumpur dan mempunyai 27 pusat dialisis di seluruh negara.

“Penumpuan lebih akan diberikan di Kelantan kerana pusat dialisis yang sedia ada di negeri ini dilihat masih lagi berkurangan dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

“Pusat dialisis NKF Kelantan beroperasi di Sri Cemerlang dan bercadang untuk menambah satu lagi pusat dialisis di negeri ini pada tahun hadapan,” katanya baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO, YB. Dato’ Dr. Haji Ramli B. Mamat.

Beliau berkata, seramai 40,000 pesakit kegagalan fungsi buah pinggang kekal yang mendapat rawatan dialisis di seluruh negara dan seramai 7,000 pesakit baharu disahkan pada setiap tahun.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,600 pesakit kurang kemampuan yang mendapatkan rawatan hemodialisis bersama NKF melalui subsidi NKF, tanggungan majlis agama negeri masing-masing atau persendirian.

“Tahun ini, dianggarkan pendapatan NKF berkurangan selepas perbelanjaan RM18.2 juta sumber rawatan dialisis dan operasi umum, namun menyelamat nyawa melalui pendidikan dan pencegahan awal serta rawatan kepada pesakit menjadi misi utama yayasan,” katanya.

Dalam pada itu, NKF juga melalui

Pasukan Pemeriksaan Kesihatan Bergerak memberi perkhidmatan kepada orang ramai bagi mengesan penyakit buah pinggang.

“Kemudahan van dan bas direka khas di bawah Unit Jabatan Pendidikan Awam NKF ini bertujuan memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, ujian air kencing, glukosa dan kolesterol.

“Bagi yang mempunyai masalah obesiti juga boleh mendapatkan sesi kaunseling dan mengetahui indeks jisim badan mereka melalui unit ini,” katanya.

SARAN TAMBAH PUSAT HEMODIALISIS

Page 12: Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | ZULHIJJAH 1438H ...upknkelantan.com/download/buletin_sept2017.pdfABDUL AZIZ BIN MOHAMED azix2010@gmail.com UNIT KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB) PENGEDAR

ZULHIJJAH 1438H | SEPTEMBER 2017 ZULHIJJAH 1438H |SEPTEMBER 2017 22 23YB Dr Yusnan, ADUN Melor menghadiri perjumpaan bersama Masyarakat Siam dan menyampaikan ucapan serta mengagihkan beras Skim Al It'aam kepada penerima-penerima di Kampung Aril.

默罗区州议席尤斯南出席于甘榜阿烈斯举行的会见泰裔居民活动,会上,他除发表演说也分派白米予当地裔居民。

Bahasa Cina Sebutan Versi Melayu Penterjemahan 默罗区州议员尤斯南 Mò luō qū zhōu yìyuán yóu

sī nán

YB Dr Yusnan, ADUN Melor

出席 Chūxí

menghadiri

于甘榜阿烈斯 yú gān bǎng ā liè sī

Di Kampung Aril

会见泰裔居民 huìjiàn tài yì jūmín perjumpaan bersama Masyarakat Siam

发表演说 fābiǎo yǎnshuō

menyampaikan ucapan

分派白米 fēnpài báimǐ mengagihkan beras

மக்களுடன் தலைலம ‘Pemimpin Bersama Rakyat’

Tamil Sebutan Versi Melayu Penterjemahan க்கர் பிதிநிதி Makkal Prathinithi Wakil Rakyat

கிரந்தான் ாநிய அசு துணை எஸ்க்ககா

Kelantan Manila Arasu Thunai Exco

Timbalan Exco Kerajaan Negeri Kelantan

முதிலக்ளுக்கு Muthiyavar Warga Emas

உதவி ததாணக

Uthavi Thogai Sumbangan

‘Tanah Merah’ பகுதி இந்திக்ளுடன் சந்திப்பு. இந்நிகற்வு ‘Dewan Orang Ramai Ladang Kerilla’ இய் நடந்தது. அந்நிகற்விய் கயந்துதகாை்ட மக்கள் பிரதிநிதி தகரலான Dr. யுஸ்னன் யூகசாப், (கிளந்தான் மாநில அரசு துணை எஸ்க்ககா), ாம்று் டுன் ‘Gual Ipoh’ கம்பாண்லார ்திய. லன் யூகசாப் பின் லான் முஸ்தபா.

அங்கக லந்துர்ர முப்பது முதியவரக்ளுக்கு கிரந்தான் ாநிய அசு உதவி ததாணக அரித்தாக்ர்.

m

Page 13: Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | ZULHIJJAH 1438H ...upknkelantan.com/download/buletin_sept2017.pdfABDUL AZIZ BIN MOHAMED azix2010@gmail.com UNIT KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB) PENGEDAR

ZULHIJJAH 1438H | SEPTEMBER 201724

Tahun Ke-26 | ISSN 1311-6891 | REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 2016 | EDARAN PERCUMA | Bil 174

Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | ZULHIJJAH 1438H |SEPTEMBER 2017 | EDARAN PERCUMA | Bil 183

YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan ketika mengiringi YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan ke Majlis Perasmian Penutup Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2017 yang diadakan di Pantai Geting, Tumpat.

Sebanyak 8 buah negara dan 200

peserta telah mengambil bahagian di dalam penganjuran pada kali ini.

Dalam ucapan alu-aluannya, Dato’ Md Anizam menzahirkan penghargaan kepada semua peserta dan petugas yang sentiasa komited melaksanakan program-program bagi menarik seramai mungkin kemasukan pelancong ke negeri Kelantan.

Turut hadir bersama adalah

Timbalan Exco Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Kelantan, Ketua Polis Negeri Kelantan, Wakil Rakyat daripada Satun, Thailand, Ketua Jajahan Gua Musang, Ketua Penolong Setiausaha Kebudayaan dan Pelancongan, Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Kelantan dan dif-dif jemputan.

Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2017