Kandungan - jointforces.mil.myjointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce9.pdf · 24...

35

Transcript of Kandungan - jointforces.mil.myjointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce9.pdf · 24...

  • 3

    j o i n t f o r c e . m i l . m y

    BIL. TAJUK4 Kenali Markas AB - PEJABAT KETUA STAF

    FOKUS

    9 Mengimbau Memori Bersama ‘The Longest Service General’

    12 Penulis Tamu : Prediabetes ke Diabetes

    14 Bamiyan Menggamit Kenangan

    21 Comprehensive Agreement Mindanao

    22 Perbarisan dan Majlis Makan Malam Persaraan PAB Ke-4

    OPERASI & EKSESAIS

    24 Eksesais THAMAL Asean 2014

    25 Forum HADR DSA 2014

    26 Eksesais CARAT 2014

    27 Eksesais BERSAMA SHIELD 2014

    28 MPAT TEMPEST 25

    31 Eksesais COBRA GOLD 2014

    32-33 PURPLE FORCE PEOPLE

    KORESPONDEN36 Ops Global – MALBATT 850-1

    40 Ops Global – IMT-M9

    ARTIKEL

    45 Ruangan Celik IT - Cloud Storage

    46 Ruangan Agama - Puasa

    48 Ruangan Kesihatan - Penyakit Gusi

    50 Diari MK AB dan ATB 2 (Jan – Jun 2014)

    60 Info Staf

    63 Tahukah Anda

    Kandungan

  • 4 5

    P U R P L E F O R C E 9 j o i n t f o r c e . m i l . m y

    KENALI MK AB – PEJABAT KETUA STAF

    Pada 8 keluaran yang lepas, Purple Force telah selesai memaparkan artikel berkenaan bahagian-bahagian di MK AB bermula dari J1 hingga J9. Pada keluaran kali ini, ruangan Kenali Mk AB akan memaparkan artikel berkaitan Pejabat Ketua Staf Markas Angkatan Bersama yang mengandungi 3 sel di bawahnya.

    PEJABAT KETUA STAF

    Stuktur Organisasi

    Pejabat Ketua Staf diketuai oleh seorang Ketua Staf yang berpangkat Mejar Jeneral setaraf dengan dibantu oleh 2 orang pegawai berpangkat Mejar dan Kapten setaraf. Selain dari itu Pejabat KS turut dibantu oleh anggota seramai 4 orang anggota lain-lain pangkat yang terdiri dari 2 anggota TLDM dan 2 anggota dari TDM. Dibawah struktur organisasi Ketua Staf terdapat 3 bahagian iaitu Sekretariat, Kem dan Bahagian Hal Ehwal Awam.

    Organisasi Pejabat Ketua Staf

    Peranan Dan Fungsi Ketua Staf

    Ketua Staf berperanan sebagai penyelaras perkara-perkara operasi dan latihan bersama untuk ketiga-tiga Perkhidmatan assigned forced serta keselamatan keseluruhan MK AB. Ketua Staf MK AB merupakan ketua kepada staf-staf dalam MK AB yang berfungsi sebagai

    KETUA STAF

    PEMBANTU KETENTERAAN

    KETUA KERANI

    PENOLONG KETUA KERANI

    KERANI

    JURUIRING

    PESURUH KS

    PA (Awam)

    Mejar Jeneral/Setaraf

    1 x Mejar Setaraf 1 x Kanten Setaraf

    PESURUH KS

    PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA

    SEKRETARIAT

    HAL EHWAL AWAM

    PENGURUSAN PRESTASI

    KETUA STAFFKEM

    J1 - SUMBER MANUSIA J3 - OPERASI J5 - RANCANG

    J3 - TAKS OPS J6 - CIS

    J4 - LOGISTIKJ2 - RISIK

    J7 - EKSESAIS J9 - KESIHATAN

    (LT JEN)(LT KOL)

    (LT KOL)

    (LT KOL)

    (MEJ JEN)(LT KOL)

    (KOL) (MEJ JEN) Mejar Jeneral/Setaraf

    (BRIG JEN) (KOL)

    (BRIG JEN)(KOL)

    (BRIG JEN) (BRIG JEN)

    staf pusat bagi Pemerintahan Angkatan Bersama. Beliau juga bertanggungjawab untuk menyampaikan segala arahan dan keputusan Panglima Angkatan Bersama (PAB) kepada komponen-komponen Perkhidmatan yang ditugaskan di bawahnya serta pasukan-pasukan tetap di bawah pemerintahan MK AB.

    Ketua Staf bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut:

    • Bertanggungjawab mengawal, menyelaras dan mengkoordinasi segala perkara dan aspek operasi bersama, latihan bersama, pentadbiran dan logistik yang melibatkan MK AB dan assigned forces.

    • Menyelaras atur gerak assigned forced bagi pelaksanaan tugas operasi bersama dan latihan bersama termasuk operasi dan latihan gabungan.

    • M e n e n t u k a n a ra h a n d a n p e r i n t a h PA B diimplimentasikan bagi mencapai objektif dan matlamat yang disasarkan.

    • Menguatkuasakan segala arahan dan perintah PAB dan menentukan ianya dipatuhi serta dilaksanakan oleh bahagian di MK AB dan assigned forces.

    • Mengatur segala urusan pentadbiran dan keselamatan MK AB.

    • Bertanggungjawab kepada PAB berhubung perkara-perkara yang melibatkan ketiga-tiga perkhidmatan dalam MK AB. Merencana, menyelia, menyelaras dan mengemaskini segala strategic operasi dan eksesais bersama sejajar dengan peranan MK AB.

    • Melakasanakan fungsi-fungsi staf kepada PAB dalam pembangunan struktur angkatan dan keupayaan Pemerintah Angkatan Bersama.

    • Melaksanakan penyelarasan keupayaan gabungan aset ATM untuk operasi bersama dan latihan bersama.

    • Melaksanakan penyelarasan keupayaan logistik untuk Pemerintahan Angkatan Bersama dalam perkara-perkara gunasama ketiga-tiga perkhidmatan.

    • M e l a k s a n a k a n p e n ye l a ra s a n ke u p aya a n pemerintahan, pengawalan dan pembangunan serta hal-hal peperangan elektronik.

    • Melaksanakan pembangunan sumber manusia bagi meningkatkan moral dan tahap profesional anggota MK AB dan assigned forces.

    • Mengawal dan melaksana semua rancangan operasi bersama, sumber manusia dan logistik serta penguasaannya.

    • Merancang dan melaksana Pelan RANKON ATM dan MK AB.

    • Memantau pencapaian kesiagaan aset-aset yang

    diletakkan di bawah kawalan operasi MK AB.• Memantau struktur organisasi dan perjawatan MK

    AB sentiasa dipertingkatkan dan relevan dalam dunia ketenteraan masa kini.

    • Mengeluarkan perintah-perintah berhubung dengan pentadbiran, keselamatan, tatatertib dan kebajikan anggota MK AB.

    • Meneliti keperluan infrastruktur MK AB dan keperluan senggaraan aset-aset MK AB.

    • Memantau prestasi ABM MK AB dari semasa ke semasa bagi menentukan perbelanjaan dibuat dengan teratur dan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

    Ketua Staff MK AB, Mej Jen Datuk Baharum (dua dari kanan) bersama pegawai-pegawai kanan ATM.

    Majlis Penghantaran MALBATT antara aktiviti yang dikendalikan oleh Sekretariat MK AB.

    SEKRETARIAT

    Peranan dan Fungsi

    Bahagian Sekretariat MK AB berperanan sebagai bahagian yang mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di MK AB, sebagai point of contact bagi bahagian-bahagian KEMENTAH, MATM, Markas Perkhidmatan dan Agensi Luar yang berurusan dengan MK AB serta menyelaras keperluan Sekretariat bagi Forum PAB dan Mesyuarat Staf.

    Ketua Staf sedang diwawancara oleh Utusan Online.

    PAB sedang diwawancara oleh Media dalam dan luar negara semasa eksesais bersama.

    kenali Mk aB kenali Mk aB

  • 6 7

    P U R P L E F O R C E 9 j o i n t f o r c e . m i l . m y

    Kem Markas Angkatan Bersama (MK AB) bertanggungjawab di dalam membantu pengurusan MK AB dalam semua aspek terutama membantu Bahagian, Cawangan dan Sel dalam organisasi MK AB melaksanakan tugas-tugas operasi, latihan dan pengurusan sumber manusia secara total. Secara umumnya, Kem MK AB merupakan sebuah pertubuhan khusus yang diwujudkan bagi menampung dan menyokong Operational Level Command yang dikendalikan oleh semua Bahagian, Cawangan dan Sel (BCS) dalam organisasi MK AB. Pada peringkat awal penubuhan Kem MK AB, segala urusan dokumentasi adalah di bawah pengurusan Kem KEMENTAH, namun demikian urusan dokumentasi ini telah diambil alih sepenuhnya oleh Kem MK AB pada penghujung tahun 2008 termasuk pengurusan dokumentasi gaji LLP.

    Organisasi Dan Perjawatan

    Struktur organisasi Kem MK AB telah dikeluarkan serentak dengan wujudnya Markas Angkatan Bersama dengan waran perjawatan melalui FED (M) MK AB/1003/1/2007. Walau bagaimanapun, selaras dengan penyusunan semula waran perjawatan MK AB, maka waran perjawatan Kem MK AB yang baru adalah berdasarkan kepada FED(M)/MK AB/1000/1/2012 (PIND 1/2012). Struktur organisasi Kem MK AB adalah seperti berikut:

    Pegawai Memerintah

    Fleet Kenderaan

    Sel LogistikTadbir

    Leftenen Kolonel / Setaraf

    1 x Mejar / Setaraf7 x LLP

    1 x Mejar / Setaraf31 x LLP

    1 x Mejar / Setaraf7 x LLP

    Peranan Dan Fungsi

    Kem MK AB diletakan terus di bawah Ketua Staf dan bertanggungjawab di dalam membantu, menyelaras dan mengurus serta memberi perkhidmatan untuk pengurusan sumber manusia, aset, fasilitas dan keselamatan bagi MK AB dan BCS di dalam menjalankan tugas utama selaku organisasi Angkatan Bersama yang merangkumi aspek-aspek berikut:

    • Memperkukuhkan mekanisme Operasi Bersama.• Membangunkan Keupayaan Pemerintahan Angkatan

    Bersama.• Kepimpinan Berkualiti.• Mengharungi Cabaran Dimensi Ke 4 ATM (4D MAF).• Menyemarakan Budaya Kerja Bersama.

    Secara umumnya, tugas dan tanggungjawab Sel di Kem MK AB adalah seperti berikut:

    • Pejabat Tadbir. Menguruskan pentadbiran harian dan aspek kebajikan anggota termasuk dokumentasi peribadi staf dan hal-hal yang berkaitan dengan kewangan TKR/KSSKA.

    • Sel Logistik. Menguruskan perihal aset dan logistik yang dibekalkan bagi kegunaan dalaman disamping mengurus keperluan logistik semasa.

    • Fleet kenderaan. Mengatur dan mengurus keperluan kenderaan utiliti dan turus secara harian dan perancangan bagi BCS melaksanakan tugas utama mereka.

    HAL EHWAL AWAM

    AM

    Diawal kewujudan Markas Angkatan Bersama (MK AB) yang ditubuhkan secara interim pada 1 Dis 06, Bahagian ini dikenali dengan nama Bahagian Hal Ehwal Awam – J7 (BHEA-J7) dan BHEA-J7 terus digunapakai setelah JPA meluluskan perjawatan tersebut melalui Waran Perjawatan Bil. K77 tahun 2007 yang berkuatkuasa pada 16 Jul 07. Konsep bersama (jointness) yang bersifat tiga khidmat (tri services) telah diwujudkan untuk melaksanakan fungsinya dengan lebih berkesan dalam membantu Panglima Angkatan Tentera dalam aspek pemerintahan dan pengawalan operasi di peringkat tertinggi ATM.

    Bersesuaian dengan fungsi dan keperluan semasa, pada 1 Jun 2010, Panglima Angkatan Bersama ketika itu telah bersetuju agar BHEA-J7 ini distruktur semula daripada Bahagian Hal Ehwal Awam kepada Bahagian Operasi Informasi (Information Operations). Pengstrukturan ini dilaksanakan dengan menggunakan konsep improvised, improved dan ideal dengan matlamat agar ia berfungsi sebagai bahagian yang dapat menyalurkan maklumat/informasi untuk menyokong operasi dalam dan luar negara. Bahagian ini dibahagi-bahagikan kepada 4 komponen yang terdiri dari Sel Gerak Saraf, Sel Operasi Media, Sel CIMIC dan Sel MILDEC.

    Namun begitu, melalui Penyelarasan Semula Perjawatan (FED M) dan pengstrukturan semula organisasi MK AB pada 24 Oktober 11, Bahagian J7 ini telah distruktur semula tanpa melibatkan perjawatan. Bahagian ini telah distruktur semula dan diletakkan terus di bawah Ketua Staf MK AB dengan nama Sel Hal Ehwal Awam.

    Struktur Organisasi

    Diawal penubuhannya, HEA ini diketuai oleh seorang Pengarah (berpangkat Lt Kol KPA setaraf) dan didokong oleh dua pegawai iaitu PS 2 Sel Domestik/Bencana Alam dan PS 2 Sel Luar Negara/PBB yang turut dianggotai oleh 5 x anggota LLP.

    Melalui pengstrukturan semula pada 24 Okt 11, HEA kekal di ketuai oleh seorang Pengarah yang berpangkat Lt Kol (KPA) dan designasi 2 x PS 2 telah diselaraskan semula iaitu terdiri dari 1 x PS 2 Media dan 1 x PS 2 Audio Visual dan dibantu oleh 5 x LLP.

    PENGARAH

    Leftenen Kolonel/Setaraf

    Organisasi Pejabat Sekretariat

    Pegawai Staf 2 Operasi

    Penyelia Operasi

    Staf Koordinasi (Ops)

    Pegawai Staf 2 Koordinasi

    Ketua Kerani

    Penyelia Persuratan

    Staf PersuratanPenyelia Pengurusan Fail

    Fail Pengurusan Fail

    KEM MK AB

    Ujian Kemahiran Asas (UKA) dikendalikan oleh Kem MK AB setiap 6 bulan.

    Struktur Organisasi

    Bahagian Sekretariat diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Lt Kol setaraf. Di bawahnya terdapat 2 Pegawai Staf 2 berpangkat Mejar setaraf dan buat masa ini perjawatan tersebut disandang oleh pegawai TLDM. Anggota LLP pula adalah seramai 8 orang terdiri daripada 3 anggota TDM dan 4 anggota TLDM.

    Bahagian Sekretariat MK AB berfungsi secara terus di bawah Ketua Staf MK AB. Bahagian Sekretariat bertanggungjawab merancang, menyelaras dan mengendalikan segala aspek pentadbiran semua Bahagian MK AB, Markas Perkhidmatan dan Agensi-agensi luar yang berhubung kait dengan MK AB. Justeru Bahagian Sekretariat juga berfungsi sebagai Koordinator dan perantara dalam menyelaras dan mengkoordinasi keperluan antara bahagian di MK AB serta menentukan semua surat dan kawat diterima didaftarkan dan diedarkan melalui first sighting dan mengkoordinasi keperluan PAB dan KS seperti yang diarahkan. Sel Pengurusan Fail telah diwujudkan untuk menguruskan semua dokumen persuratan dan fail secara berpusat di MK AB. Justeru semua pentadbiran dokumen persuratan dan fail dikendalikan oleh Sekretariat.

    Penasihat Pertahanan AS melakukan Kunjungan Hormat ke atas Ketua Staf MK AB

    Petugas media turut dibawa ke lokasi operasi misi di luar negara untuk membuat liputan.

    kenali Mk aB kenali Mk aB

  • 8 9

    P U R P L E F O R C E 9 j o i n t f o r c e . m i l . m y

    MENGIMBAU MEMORI BERSAMA ‘THE LONGEST SERVING GENERAL’ YBHG LEFTENEN JENERAL DATO’ ABU BAKAR BIN MD SAID TUDMPenulis & Foto : Hal Ehwal Awam dan Koleksi Peribadi

    Lt Jen Dato’ Abu Bakar bin Md Said TUDM, Panglima Angkatan Bersama ke-4 merupakan ‘the longest General serving in MK AB’. Merupakan salah seorang ‘pioneer group’ semasa interim penubuhan MK AB pada 2006 sehinggalah 2014. Beliau yang akan bersara wajib dari perkhidmatan pada awal tahun 2015 adalah salah seorang Panglima yang sentiasa ceria dan jarang marah.

    Berpewatakan lembut, peramah dan ceria serta sangat mengambil berat kebajikan pegawai dan anggota di bawah naungannnya. Begitulah gambaran kepada Yang Berbahagia Leftenen Jeneral Dato’ Abu Bakar bin Md Said TUDM yang merupakan Panglima Angkatan Bersama ke-4. Beliau yang akan bersara wajib mulai tahun 2015 merupakan ‘the longest serving General’ di Markas Angkatan Bersama. Gelaran tersebut sinonim dengan YBhg Dato’ Abu Bakar memandangkan beliau telah berkhidmat di Markas Angkatan Bersama semasa berpangkat Brigadier Jeneral dan semasa MK AB masih di peringkat interim penubuhannya iaitu pada tahun 2006 sehinggalah Markas ini telah berdiri sama tinggi dengan perkhidmatan ATM yang lain di tahun 2014. Pelbagai jawatan yang telah beliau sandang di MK AB, bermula dengan AKS J4, Ketua Staf dan yang terakhir Panglima Angkatan Bersama. Khidmat bakti beliau sentiasa di tagih lantaran ciri-ciri kepimpinan dan kesabaran beliau menyebabkan beliau kekal menabur bakti di dalam profesion ketenteraan sehingga menjangkau kepada 39 tahun .

    CARTA ORGANISASI MK AB – HEA

    PS 2 Portal

    PS 2 MediaPS 2 Audio Visual

    1 x Leftenen Kolonel (KPA)

    2 x Juruvideo/Jurugambar

    1 x Jurugambar

    2 x Juruvideo/Jurugambar

    Penyelia Urus Tadbir

    PERANAN

    Sel Hal Ehwal Awam berperanan untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan segala aktiviti perhubungan awam yang melibatkan MK AB. HEA juga berperanan menyampaikan penerangan aktiviti-aktiviti operasi, latihan dan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat awam melalui agensi media massa dan media sosial disamping mengekalkan hubungan yang baik diantara anggota tentera dengan pihak media massa.

    Sidang Media adalah antara aktiviti yang dikendalikan oleh Sel Hal Ehwal Awam.

    Pengarah

    Diantara tugas dan tanggungjawab HEA adalah seperti berikut:

    • Merancang, menyelaras dan melaksanakan semua aktiviti perhubungan awam MK AB.

    • Sebagai ‘one stop information centre’ bagi MK AB.• Mengkoordinasikan semua program liputan media

    dan memastikan bahan2 seperti gambar dan visual disimpan sebagai arkib.

    • Menasihati PAB dan semua staf MK AB di dalam semua aspek serta aktiviti perhubungan awam.

    • Bertindak sebagai jurucakap PAB khasnya dan MK AB amnya.

    • Membuat pemantauan ke atas rencana, berita dan penerbitan yang disiarkan oleh media serta membekalkanpelbagaibahanfotografi/audiovisualkepada agensi media untuk tujuan perang saraf dan

    gerak saraf.• Menjalin dan mengekalkan hubungan baik diantara

    tentera dengan pihak media.• Tugas-Tugas Tambahan• Selain daripada tugas-tugas utama, Sel ini juga

    telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan beberapa tugas seperti berikut:

    • Ahli Jawatankuasa Kandungan Portal MK AB bagi memastikan dan menentukan isi kandungan portal sentiasa dikemaskini.

    • Ahli Jawatankuasa Pemantauan Media dan Siber BSPP.

    • Menerbitkan Buletin Purple Force setiap 6 bulan sekali.

    • Admin bagi laman Facebook dan twitter MyJointforce.

    Peranan serta tanggungjawab HEA adalah sama penting dengan BCJ yang lain di MK AB, walaupun HEA adalah sebuah sel yang kecil, namun HEA telah berjaya mempromosikan MK AB khasnya dan ATM amnya di peringkat dalam dan luar negara. Peranan ATM di dalam misi kemanusiaan di luar negara sering mendapat liputan media dan penerimaan yang baik di kalangan masyarakat di Malaysia.

    Taklimat kepada petugas media.

    MK AB dan Media berpisah tiada.

    kenali Mk aB FOkUS

  • 10 11

    P U R P L E F O R C E 9 j o i n t f o r c e . m i l . m y

    Lt Jen Dato’ Abu Bakar bin MD Said TUDM dilahirkan pada 2 Januari, 1955 di Kampong Umbai, Melaka dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Dang Anum, Merlimau, Melaka. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, beliau telah ditawarkan untuk meneruskan pengajiannya di Maktab Tentera Diraja (MTD) sehingga tahun 1974. Seusai tamat pengajian di MTD, beliau telah meneruskan bidang ketenteraan dengan menyertai Latihan Pegawai Kadet di MTD dan telah menamatkan latihan tersebut dengan cemerlang pada 31 Oktober, 1974. Di atas kecemerlangan dan keberanian yang ditunjukkan, telah melayakkan beliau terpilih untuk menjadi juruterbang di dalam perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Memulakan

    kerjaya sebagai juruterbang dengan mengikuti latihan penerbangan di Sekolah Penerbangan TUDM, Kuala Lumpur pada Januari, 1976. Tamat kursus penerbangan, beliau telah ditempatkan di TUDM Labuan dan bertugas di No 5 Skuadron sebagai Juruterbang Skuadron (Squadron Pilot). Selain dari mengikuti kursus kursus Jurulatih Pesawat Helikopter di TUDM Alor Setar, Kedah pada tahun 1980, beliau juga dihantar berkursus di Itali pada 1990 bagi mengikuti kursus juruterbang pesawat Agusta A109C. Selain dari kursus-kursus penerbangan, beliau juga mengikuti kursus-kursus lain seperti kursus staf (staff college) di Bandung Indonesia dan di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT). Beliu juga pernah berkursus di Australia bagi melengkapkan Kursus Pengajian Pertahanan Strategik.

    Sepanjang penglibatan awal beliau sebagai Squadron Pilot, beliau pernah terlibat secara langsung di dalam beberapa siri operasi peperangan menentang pengganas komunis di Sabah, Sarawak dan sempadan Malaysia/Thailand. Komitmen dan kebolehan menjalankan tugas yang diamanahkan sebagai squadron pilot, beliau telah diberi kepercayaan oleh TUDM untuk menyandang tugas sebagai Juruterbang Peribadi Sultan Johor. Beliau bertugas sebagai juruterbang peribadi Almarhum Sultan Johor selama 9 tahun iaitu mulai 1982 hingga 1991. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Latih di Markas Tentera Udara, Pengarah Perancangan dan Pembangunan di Markas ATM, Panglima Pendidikan Udara dan Panglima Markas 2 Divisyen Udara di Labuan. Beliau juga telah ditukarkan untuk kali kedua di Markas ATM sebagai Ketua Pengarah di Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan (BOLP). Pada akhir tahun 2006 beliau adalah merupakan antara staf pertama (Pioneer) ditukarkan ke Markas Angkatan Bersama (MK AB) sebelum penubuhan rasmi MK AB.

    Sebagai ‘the longest serving General’, kita dapat saksikan perjalanan karier beliau di Markas Angkatan Bersama dengan mendaki setangga demi setangga sehingga ke puncak jaya dimana bermula dengan jawatan sebagai Asisten Ketua Staf J4 di MK AB pada tahun 2008 dan pada 7 September 2010, beliau telah dinaikkan pangkat

    serta menjawat jawatan sebagai Ketua Staf MK AB. Pada 19 September 2013, secara rasmi, beliau telah dinaikkan ke pangkat Leftenen Jeneral dan menjawat jawatan Panglima Angkatan Bersama yang ke-4 setelah memangku jawatan tersebut selama tiga bulan.

    Lt Jen Dato’Abu Bakar bin Md Said TUDM juga aktif dalam aktiviti sukan dan merupakan pemegang Handicap 10 dalam sukan golf. Beliau juga merupakan Penaung Sukan Sepak Takraw TUDM selama beberpa tahun yang telah membawa pasukannya disegani sama ada di dalam ATM atau peringkat nasional. Dalam kehidupan rumahtangga, beliau yang telah berumahtangga dengan Datin Ayuseekin binti Roslan dikurniakan dengan 5 cahaya mata perempuan dan 7 cahaya mata lelaki sebagai penyeri rumahtangga.

    PANTUN UNTUK PANGLIMA

    Tinggi bukit gilang gemilangAir laut tenang-tenangan

    Budi sedikit tidakkan hilangIa menjadi kenang kenangan

    Tenanglah tenang air di lautSampan kolek mudik ke tanjungHati terkenang mulut menyebutBudi yang baik rasa nak junjung

    Raut wajah damai dan tenangTiada terkalam kasih dijunjungJasa baktimu tetap dikenangBudi baikmu tetap disanjung

    Semoga tautan kasih kami akan kekal utuh menjadi Selingkar Kenangan pada Dato dan Datin. Selaut kasih, selangit kasturi, seharum setanggi, sejambak bunga terima kasih, Titipan Kasih Buatmu... Dato’ Abu Bakar bin Md Said dan Datin Ayuseekin Roslan serta keluarga.

    FOkUS FOkUS

  • 12 13

    P U R P L E F O R C E 9 j o i n t f o r c e . m i l . m y

    Pencegahan Diabetes

    Banyak komplikasi jangka panjang yang berkait dengan diabetes , seperti penyakit jantung dan kerosakan saraf, boleh bermula semasa peringkat prediabetes lagi.

    Keadaan adalah lebih teruk sekiranya kita menghidapi prediabetes sebagai sebahagian dari “sindrommetabolik” (metabolic syndrome). Sindrom metabolik yang merupakan kumpulan beberapa penyakit membawa risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit jantung koronari atau penyakit angin ahmar (strok).

    Sindrom Metabolik:

    Kegemukan badan yang tertumpu dibahagian abdomen (ukur lilit pinggang tinggi)Pre diabetes atau diabetesTekanan darah tinggiparas triglycerides tinggiparas HDL rendah

    Malangnya ramai di kalangan masyarakat percayadengan pendapat yang mengatakan diabetes tidak boleh dicegah. Lebih teruklagi, ramai terpengaruh dengan pendapat yang menyarankan agar pesakit tidak makanubat dan melawan saja penyakit tanpa berbuat apa-apa. Pendapat-pendapat ini adalah tidak tepat.

    Sebenarnya banyak kajian menunjukkan diabetes boleh dicegah sekiranya dilakukan dengan betul dari peringkat awal,terutamanya di peringkat prediabetes. Sekiranya tiada langkah positif diambil seperti mengubah cara hidup serta tidak memakan ubat, diabetes akan tidak terkawal dan akan menyebabkan banyak komplikasi.

    Komplikasi Diabetes:

    Penyakit jantung koronariSerangan angin ahmarButaKerosakan buah pinggangMudah dijangkiti penyakit berjangkitKerosakan sarafAmputasi anggota

    Perubahan gaya hidup kepada yang lebih sihat adalah amat berfaedah walaupun kita tidak mempunyai diabetes atau pun masaalah berat badan, dan bertambah penting apabila kita telah menghidapi prediabetes atau diabetes.

    Gaya hidup sihat:

    Melakukan senamanBerhenti merokokMengurangkan pengambilan karbohidrat seperti gula, manisan dan nasiMengurangkan pengambilan makanan yang berkalori tinggiMengurangkan berat adan

    Dua kajian perubatan yang besar: the Finnish Diabetes Prevention Study dan the Diabetes Prevention Program, berjaya menunjukkan bahawa pelan makanan yang berkalori rendah beserta dengan pengurangan pengambilan lemak, dan aktiviti fizikal menghasilkanpenurunan sebanyak 58% jumlah prediabetik yang merosot menjadi pesakit diabetic dalam tempoh 4 tahun berikutnya. Hasil ini dapat dilihat meskipun penurunan berat badan hanya sedikit iaitu hanya 5 ke 10 peratus berat badan asal.

    Aktiviti fizikal yang dilakukan sekadar berintensitisederhana, samada senaman aerobicatauresistance (weight) training, dilakukan secara berstruktur, kerap dan berterusan sekurang-kurangnya 150 mini tseminggu. Hasilnya ialah kesan insulin bertambah, paras glukos dan kolesterol menurun, tekanan darah lebih baik dan kesemua ini mengurangkan risiko penyakit jantung. Didapati juga mereka yang melakukan kedua-dua jenis senaman ini mendapat keputusan yang lebih baik dari hanya melakukan salah satu sahaja.

    Senaman berstruktur dapat menurunkan sebanyak 0.7% dari paras gula purata (HbA1c), dan kesannya bertambah apabila digabungkan dengan penjagaan pemakanan. Sekiranya setelah perubahan cara hidup dilakukan dan paras gula masih tinggi, barulah ubat-ubat seperti metformin dan lain lain memainkan peranan tambahan untuk mengawal gula dan mengelakkan diabetes.

    PENCEGAHAN BERKESAN MELALUI PENUKARAN CARA HIDUP

    PREDIABETES KE DIABETES –

    Penulis : Kol (Dr) Rosman bin Ab Rahman (IPP TUDM)Foto : Sumber Google

    Melalui kelaran kali ini, Buletin PF mem-perkenalkan ruangan baru iaitu Penulis Tamu dengan menjemput tokoh-tokoh tentera untuk menyumbangkan artikel berbentuk pengetahuan atau akademik untuk perkongsian bersama dengan pembaca.

    Sebelum seseorang menghidap penyakit diabetes, paras glukos dalam darah akan meningkat lebih dari biasa semasa berpuasa atau selepas makan, tetapi belum cukup tinggi untuk di diagnos sebagai diabetes. Keadaan ini dipanggil Prediabetes. Ianya merupakan permulaan kemerosotan kawalan gula dalam badan kita dan sekiranya langkah sewajarnya tidak diambil, boleh bertambah buruk menjadi diabetes (kencing manis).

    Dianggarkan 50 - 70% daripada prediabetik akan merosot menjadi pesakit diabetic dalam tempoh kurang 5 tahun. Prediabetes memberi amaran awal serta peluang untuk menukar masa depan kita– samada hidup dengan diabetes atau tidak.

    Oleh kerana prediabetes dan diabetes boleh berlaku tanpa disedari, adalah penting kita menjalani pemeriksaan kesihatan untuk tahu paras gula kita. Risiko untuk mendapat prediabetes dan diabetes bertambah dengan bertambahnya umur kita. Oleh itu kita disarankan untuk kita menjalani saringan selewat-lewatnya apabila berumur 40 tahun dan setiap 2 tahun selepas itu. Sekiranya kita mempunyai faktor risiko

    Risiko Diabetes -Ujian Saringan Lebih Awal

    Orang dewasa yang berat lebih (BMI > 25) dan mempu-nyai risiko tambahan:• Tiadaaktivitifizikal• Keluarga terdekat yang disahkan diabetic• Perempuan yang melahirkan anak > 9 lb atau didi-

    agnos dengan diabetes semasa mengandung• Tekanan darah tinggi ( >140/90 atau makan ubat

    untuk darah tinggi)• HDL < 0.90 mmol/L atau triglyceride > 2.82

    mmol/L) • Perempuan yang ada polycystic ovarian syndrome• Pesakit jantung.

    untuk menghidap diabetes, lebih baiklah kita jalani ujian ini lebih awal dan dengan lebih kerap.

    Ujian yang diperlukan ialah ujian darah setelah ber-puasa tidak kurang dari lapan jam; dan kemudian 2 jam selepas minum minuman glukos 75 gm. Keputusan ujian akan dinilai seperti di bawah:

    Pre-diabetes:Darah berpuasa (FBS): 6.1 – 6.9 mmol/L.Darah 2 jam (2HPP): 7.8 – 11.0 mmol/L

    Diabetes:Darah berpuasa (FBS): > 7.0 mmol/L.Darah 2 jam (2HPP): > 11.0 mmol/L

    Di dalam ATM, saringan gula berpuasa dijalankan setiap kali anggota menjalani pemeriksaan PULHEEMS.

    PenUliS TaMU PenUliS TaMU

  • 14 15

    P U R P L E F O R C E 9 j o i n t f o r c e . m i l . m y

    3 ISAF perlu melalui beberapa latihan penyesuaian. Semua pegawai dan anggota perlu didedahkan kepada keadaan sekitar, prosedur keselamatan dan tatacara penugasan di sini. Antara latihan yang dijalankan adalah Stand To, Latihan Menembak, L a t i h a n M e m a n d u , P ro s e d u r Percakapan Radio, 9 Liner and MIST, Contact Drill dantaklimat keselamatan.

    Sumbangan Bakti

    MALCON 3 ISAF telah menyambung usaha-usaha yang dilakukan oleh MALCON 2 ISAF dengan meneruskan mengelolakan sumbangan bakti ke p a d a m a sya ra k a t Wi l aya h Bamyan, Afghanistan khususnya di bidang kesihatan. Program ini telah memberikan impak yang tinggi terhadap peningkatan tahap kesihatan penduduk setempat . P rogram-program yang te lah dijalankan adalah:-

    BAMIYAN MENGGAMIT KENANGAN

    Penulis & Foto: Lt Kol Nordin bin Mohd Yusof (Komander MALCON 3 ISAF) – J5

    Coretan Pengalaman kali ini membawa pembaca untuk melihat kembali sumbangan MALCON ISAF kepada rakyat Afghanistan melalu coretan pengalaman Komander Malcon 3 ISAF, Lt Kol Nordin bin Mohd Yusof.

    Lt Kol Nordin dilahirkan pada 20 Mei 1959 di Taiping Perak. Menyertai perkhidmatan tentera pada 10 Jul 1978 dan ditauliahkan sebagai pegawai di dalam Kor Artileri Diraja pada tahun 1979. Telah menjawat beberapa jawatan di unit dan markas dan jawatan sekarang ialah sebagai PS 1 RANKON Darat di J5, MK AB sekembalinya beliau dari bertugas di Afghanistan (4 Mei 2011 hingga 5 Mei 2012).

    Penugasan sebagai anggota misi di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu atau North Atlantic Treaty Organisation(NATO) memang bukan impian bagi diri ku yang menghampiri menamatkan perkhidmatan di dalam Angkatan Tentera. Namun, takdir menentukan segalanya. Pada 4 Ogos 2011, aku telah dihubungi oleh Pegawai Staf dari MKTD – OPLAT menyatakan aku telah dilantik sebagai Komander Malaysian Contingent (MALCON) 3 International Security Assistance Force (ISAF) di Afghanistan dan mengarahkan aku melapor ke 8 RRD Para, Kem Terendak, Melaka pada keesokan harinya bagi menjalani Force Integration Training (FIT). Berita ini memeranjatkan aku kerana aku tidak pernah dimaklumkan atau menerima sebarang Perintah Amaran.Sebagai anggota tentera yang taat, tanpa banyak soal aku terus melapor diri setelah mendapat kelulusan dari Ketua Cawangan Bantuan Tempur, Markas Medan TD. Sesungguhnya aku merasa amat bangga kerana seorang Pegawai dari Rejimen Artileri Diraja telah dilantik sebagai Komander bagi sebuah kontinjen dari ATM. Aku telah mewujudkan moto MALCON 3 ISAF iaitu: Come Devotion leave(Datang - Bakti - Pergi/Tinggal).

    Kami telah diberi Latihan Penyesuaian atau Force Integration Training (FIT) selama 2 bulan. Semasa menjalani latihan FIT, Anggota MALCON 3 ISAF telah dilatih dengan berbagai latihan seperti Pertolongan Cemas, memandu, Menembak, Kawad Menyelamatkan VIP, Contact Drill, taklimat perisikan/keadaan semasa di Afghanistan, Sistem Komunikasi dan Improvised Explosive Device (IED) untuk melengkapan diri kami bagi menghadapi situasi bertugas di Afghanistan.

    Selesai menjalani latihan FIT semua anggota MALCON 3 ISAF telah diberi cuti sebelum berangkat ke Afghanistan kecual i Kumpulan P e n d a h u l u a n ya n g te r p a k s a berangkat lebih awal. Kumpulan P e n d a h u l u a n b e r a n g k a t k e Afghanistan pada 5 Okt 11 dengan menaiki penerbangan komersial, manakala Kumpulan Induk telah berangkat pada 26 Okt 11 dengan menggunakan pesawat C 130 TUDM. Misi kontinjen Malaysia adalah melaksanakan bantuan kemanusiaan dalam aspek perubatan dan kesihatan dalam usaha pembinaan semula keupayaan dan pembangunan semula wilayah Bamiyan, Afghanistan. Bagi menjayakan misi ini, Tim Kesihatan Awam, Tim Latih Perubatan, Tim

    Perubatan dan Tim Pergigian akan digerakan ke Pusat-Pusat Perubatan Kerajaan bagi melaksanakan bantuan kemanusiaan kepada penduduk tempatan. Disamping itu, tim-tim ini akan melaksanakan Pendidikan Kesihatan, latihan dan Mentoring sebagai capacity building kepada Staf Perubatan di Hospital-hospital Daerah, Pusat-Pusat Kesihatan Comprehensif, Pos-Pos Kesihatan, Pusat Latihan Perubatan, Pasukan Keselamatan seperti Afghanistan National Police (ANP), Pasukan Afghanistan National Army (ANA) dan National Defence Security (NDS).

    1 Nov 2011 merupakan tarikh keramat buat MALCON 3 ISAF, pada tarikh ini Kumpulan Induk Pertama terdiri daripada 6 pegawai dan 16 LLP selamat mendarat di Lapangan Terbang Bamiyan tepat jam 1123 waktu tempatan. Kumpulan ini diiringi oleh Kol Abdul Razak binAhmad TUDM, Pengarah Operasi Global, J2 MK AB dan beberapa staf MK AB serta Cawangan OPLAT MK TD.

    Kontinjen MALCON 3 ISAF kemudian memasuki Kiwi Base disambut penuh tradisi dengan Tarian Hakka dari CRIB 19, Tentera New Zealand bagi mengalu-alukan kedatangan kami. Sebagai menghargai tradisi ini, MALCON 3 mempersembahkan Silat Seni Gayung. Acara Serah Terima Tugas disempurnakan dengan menandatangani Sijil Serah Terima Tugas antara Komander MALCON 2 ISAF dengan Komander MALCON 3 ISAF dan diikuti dengan penyerahan Pedang Kuasa Komander. Upacara gilang-gemilang turut dihadiri oleh para jemputan dari NZPRT, European Union Police (EUPOL), ANP, Regional Training Center (RTC) dan wakil Ministry of Public Health (MoPH).

    Sebelum memulakan tugas dan menyusuri bakti murni ini, MALCON

    1. P rogram Lat ihan Petugas Kesihatan Tempatan. Diantara program yang telah d i j a l a n ka n s e p e r t i ku r s u s p e r t o l o n g a n c e m a s b a g i pekerja sukarelawan kesihatan dan pasukan kese lamatan Afghanistan. Kursus kesihatan kepada Pelajar Kolej Perbidanan khususnya golongan wanita. Tujuan kursus ini adalah bagi melatih prinsip pertolongan cemas, merawat pesakit patah tulang dan menahan pendarahan. Manaka la program lat ihan kepada Pasukan Keselamatan Afghan i stan ada lah untuk melatih anggota mereka dengan pengetahuan dan kemahiran di dalam memberi pemulihan jantung dan pernafasan serta memberi pertolongan cemas kepada pesak i t d i tempat kejadian.

    2. Pemasangan Sistem Solar . Memantau pemasangan alat So la r Pane l o leh Syar ikat tempatan (BAMICA) ke atas 10 buah klinik yang terpilih di sekitar Daerah Bamiyan Tengah. Projek ini adalah kesinambungan dari usaha MALCON 2 ISAF.Semua Pusat Kesihatan Komprehensif (PKK) di dalam Wilayah Bamiyan

    COReTan PenGalaMan COReTan PenGalaMan

  • 16 17

    P U R P L E F O R C E 9 j o i n t f o r c e . m i l . m y

    syarahan perancang keluarga dan kempen kebersihan diri.

    8. Kempen Kesihatan Melalui Stesyen Radio. Selain dari membuat kempen kesihatan di sekolah-sekolah, hospital dan jabatan-jabatan kerajaan, Tim Perubatan turut membuat kempen kesihatan kepada seluruh penduduk Wilayah Bamiyan melalui siaran radio.Kempen ini telah dibuat melalui Stesyen Radio iaitu Paywand Radio Station. Siaran dibuat dalam bahasa Dari, Dr MALCON 3 ISAFdibantu Jurubahasa berjaya menjayakan siaran ini .Siaran ini s iarkan selama 6 minggu. Topik yang sampaikan berkisarkan penyakit Thyphoid Fever,Brucel losis , Family Planning, Clean Water/ Waterborne Diseases, Domestic Violence dan Women’s Health.

    9. Program Derma Darah. Derma darah merupakan sesuatu yang asing dan tidak pernah dibuat di wilayah ini. Sekiranya pesakit memerlukan darah, pihak hospital akan meminta darah dari kaum keluarga terdekat untuk memberi darah kepada pesakit secara Blood Transfusion. Bagi membantu Tabung Darah Hospital Wilayah Bamiyan, MALCON 3 ISAF telah mengadakan program derma darah dengan kerjasama dan sokongan yang padu dari Komandan RTC bagi menjayakan

    tidak mempunyai kuasa elektrik atau jika ada pun tidak mencukupi bagi menyalakan lampu pada waktu malam.Dengan adanya alat ini, maka PKK boleh beroperasi pada waktu malam.

    3. Program penambahbaikan Kua l i t i A i r . Kese lu ruhan penduduk Wilayah Bamiyan menggunakan air sungai dan telaga yang kotor untuk minum, memasak , membasuh dan sebagainya. Justeru, MALCON 2 ISAF telah mencipta Sistem Penapis Air yang mampu menapis dan menghasilkan air yang bersih dan selamat air untuk di minum. Sistem ini menggunakan bahan yang mudah didapati seperti tong(bekas), batu kasar, batu halus dan kayu arang. Sistem ini telah dijadikan model penapis a i r un tuk d igunakan o leh semua wilayah di Afghanistan. Bagaimanapun, penapis air yang dicipta oleh MALCON 2 ISAF hanya sesuai pada musim panas sahaja. Justeru, MALCON 3 ISAF telah membuat penambahbaikan terhadap penapis air. Satu kaedah tempat penyimpanan penapis air dicipta bagi mengelak air menjadi beku pada musim sejuk dengan menggunakan bahan seperti papan lapis, alluminium foil dan fibre.

    4. Sumbangan Field Water Test Kit kepada MoPH. Bagi membantu Kementerian Kesihatan Awam (MoPH) Bamiyan untuk membuat pemeriksaan tahap kualiti air sungai dan perigi di kawasan penempatan, MALCON 3 ISAF telah menyumbangkan satu set Field Water Test Kit kepada MoPH. Maj l i s Penyampaian telah disempurnakan di Pejabat Gabenor. Madam Dr Habiba S a ra b i , G a b e n o r Wi l aya h Bamiyan telah hadir menerima sumbangan tersebut bagi pihak MoPH yang disampaikan oleh Komander MALCON 3 ISAF bagi pihak Angkatan Tentera Malaysia. Gabenor amat berterima kasih di atas sumbangan, komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh kerajaan Malaysia dan terutamanya MALCON selama ini.

    5. Seminar Maternal Child Health (MCH). Seminar ini melibatkan ramai Pengarah dan wakil dari agensi pelaksana pembangunan semula Wilayah Bamiyan dan p e n d e r m a s e p e r t i U n i te d State Agency International Development (USAID), United Nat ion Ass istance Miss ion Agency (UNAMA), UNICEF, World Health Organisation (WHO), International Community Red Cross/Cresent (ICRC), Ministry of Public Health (MoPH), JICA, AADA dan Hospital Daerah. Objektif seminar ini adalah untuk memberi makluman kepada semua yang terlibat keadaan tahap kesihatan penduduk, masalah dan cabaran yang dihadapi serta pelan tindakan yang perlu diambil bagi mengatasi isu yang dibangkitkan.Seminar ini juga merupakan sebahagian dari langkah capacity building kepada MoPH dan agensi yang terlibat.

    6. Penyerahan Penapis Air, Kotak Pertolongan Cemas dan Kerusi Serbaguna Pergigian Medan. Usaha Tim Kesihatan Awam dan Tim Pergigian merekacipta dan membina tempat penyimpanan p e n a p i s a i r ya n g m a m p u menahan air dari membeku di musim sejuk, menyediakan kotak-kotak Pertolongan Cemas dan Kerusi Serbaguna Pergigian Medan tidak sia-sia. Satu majlis penyerahan peralatan ini kepada MoPH telah disempurnakan di perkarangan Kem MALCON.Majlis ini disempurnakan oleh Mr Mohammad Asif Mubaligh, Timbalan Gabenor Wilayah Bamyan.

    7. P r o g r a m L a d y D o c t o r s Outreach Program. Program ini melibatkan aturgerak doktor wanita ke hospital dan pusat-pusat kesihatan yang terpencil bagi memenuhi permintaan masyarakat tempatan yang mahukan perkhidmatan doktor wanita bagi merawat pesakit-pesakit wanita tempatan. Diantara program yang dijalankan adalah memberi bantuan memeriksa dan merawat pesakit di Hospital Daerah Yakawlang dan Hospital Daerah Pan jab d i samp ing mengadakan syarahan/promosi kesihatan kesihatan kepada Pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Perempuan yang berhampiran,

    program ini. Seramai 41 orang rekrut ANP, 4 anggota ANA dan 10 anggota MALCON 3 secara sukarela telah mendermakan darah mereka.

    10. Perkhidmatan Pergigian dan Syarahan. Tim pergigian telah memulakan tugas pertama dengan memberi perkhidmatan pergigian kepada penduduk di Bandar Nayak, Yakawlang.Tim Pergigian yang diketuai oleh Kol Dr Kamal dibantu Kapt Dr Naili dan beberapa staf pergigian telah membuka sebuah Klinik Pergigian Sementara di Bilik Kecemasan di Hospital Daerah Yakawlang.Bi l ik Kecemasan terpaksa digunakan kerana di hospital ini tidak mempunyai Bilik Rawatan Pergigian yang khusus dan kerusi untuk doktor merawat pesakit. Tim pergigian juga menganjurkan KursusClinical Dental Basic Training Course selama 10 minggu kepada 7 orang pembantu pergigian dari Daerah Waras, Panjab, Yakawlang, Sayghan dan Bamian Tengah. Dengan adanya kursus seperti ini , dapat membantu MoPH Wilayah Bamiyan mewujudkan perkhidmatan pergigian di setiap Hospital Daerah dan klinik gigi swasta pada masa hadapan.Ini merupakan julungkalinya kursus seperti ini dilaksanakan oleh sebuah PRT di seluruh Afghanistan.

    11. Merekacipta Kerusi Pergigian Medan. PW I Zamri bin Adenan bersama SSjn Bakri bin Bakar telah berjaya mencipta Kerusi Perg ig ian Medan merawat pesakit gigi. Kerusi ini merupakan alternatif kepada kerusi pergigian yang sedia ada.Daya usaha ini d ibuat adalah berdasarkan kepada pemerhatian terhadap beberapa hospital daerah di Bamiyan yang tidak mempunyai kerusi pergigian yang sempurna.Mereka hanya menggunakan meja atau kerusi biasa untuk merawat pesakit gigi. Kerusi ini telah dibuat oleh seorang tukang di bandar Bamiyan dengan kos USD400. Kerusi ini seterusnya dihadiahkan kepada Hospital Daerah Yakawlang dan Panjab. Majlis penyerahan kerusi ini dilakukan bersama dengan Majlis Penyerahan Penapis Air, Kerusi Serbaguna Pergigian Medan dan Kotak Pertolongan Cemas kepadaMoPH yang disempurkan oleh Timbalan Gabenor.

    AKTIVITI RIADAH

    Bagi menghilang rasa tekanan (stress) dan merehatkan minda, MALCON 3 ISAF telah mengadakan beberapa aktiviti riadah ke beberapa tempat yang cantik dan menarik seperti Tasik Band E Amir, The Great Buddha, Shahr E Gholghala, Red City(Shahr E Zohak) dan Bagram Airfield.

    Tasik Band E Amir. Tasik Band E Amir adalah merupakan sebuah tasik semula jadi yang amat cantik dan menarik sekali mata memandang.Airnya biru di waktu musim panas dan putih diseputi salji waktu musim sejuk serta dikelilingi oleh bukit-bukit yang menarik seperti berada di Grand Canyon, USA.Tasik merupakan salah

    COReTan PenGalaMan COReTan PenGalaMan

  • 18 19

    P U R P L E F O R C E 9 j o i n t f o r c e . m i l . m y

    satu tasik yang cantik dan menarik di dunia.

    The Great Buddha. The Great Buddha adalah merupakan kawasan bukit yang diukir patung Buddha pada abad ke 6 masihi.Sebelum kedatangan Islam, kawasan ini adalah merupakan kawasan penganut Buddha.Tempat ini merupakan sebuah kawasan tumpuan persinggahan pedagang yang menggunakan laluan Silk Road.Bagaimanapun, patung ini telah dimusnahkan oleh pihak Taliban pada tahun 2001 semasa pemerintahan mereka. Patung-patung ini sedang dalam proses pembaikan semula oleh pihak UNESCO dan dibayai oleh kerajaan Jepun.

    Shahr E Gholghala (City of Scream). Sebuah bukit yang didiami oleh

    penduduk beragama Islam pada kurun ke 6. Pada tahun 1221 tentera Genghis Khan telah menakluki kawasan ini dan melakukan pembunuhan dengan kejam semua penduduknya sebab itu bukit ini dinamakanCity of Scream.

    Shahr E Zohak (City of Zohak). Shahr E Zohak (City of Zohak) juga dikenali sebagai Red City merupakan kota diatas pergunungan yang diperintah oleh seorang Maharaja bernama Zohak pada kurun ke 5 masihi. Dikenali juga sebagai Red City kerana tanah dan batu-batan di pergunungan ini berwarna merah.

    CABARAN DAN PENGAJARAN

    Sesungguhnya tempoh 6 bulan berada di bumi Bamiyan memberi banyak kenangan pahit manis, cabaran dan pengajaran bagi setiap

    warga MALCON 3 ISAF. Cabaran dan pengajaran ini sudah pasti menjadi ingatan abadi terpahat di hati di setiap anggota untuk dikenang hingga akhir hayat yang tidak mungkin boleh dilupakan.Banyak sekali cabaran dan pengalaman yang diperolehi melalui misi di sini.Tidak mungkin dapat diungkapkan sepenuhnya hanya mereka yang merasainya sahaja boleh merasakannya.Ianya terlalu mahal nilainya. Cuma apa yang digambarkan ini, difikirkan boleh dikongsi bersama pembaca. Antara cabaran boleh dirumuskan:

    • Cabaran Ancaman Keselamatan. W a l a u p u n k a w a s a n tanggungjawab MALCON 3 dianggap paling selamat di Afghanistan, namun ancaman keselamatan terhadap anggota dan konvoi MALCON tetap ada.Setiap pergerakan anggota MALCON di luar kem sentiasa harus berwaspada dan mesti dilakukan secara berkumpulan, ka lau berkenderaan mest i sekurang-kurangnya 2 buah kenderaan serta diiringi oleh anggota Tim Keselamatan dan Elemen Komunikasi .Senjata sentiasa berada ditangan.

    • Keadaan Cuaca. Musim sejuk (salji) disini memang terlalu ekstrem sehingga suhu mencecah -30 darjah.Angin yang kuat menambahkan lagi kesejukan. Berbeza dengan negara baratkerana kedudukan Bamiyan yang tinggi dari aras laut. Pergerakan ke kawasan tanggungjawab turut terbatas dan sukar akibat cuaca terlalu sejuk dan salji tebal. Perjalanan akan terhalang oleh salji tebal dan anggota terdedah kepada risiko cold Injury.

    • Rasa Tidak Selamat. Kejadian letupan bom di Afghanistan biasa berlaku pada hari Jumaat, maka perasaan rasa tidak selamat ketika menunaikan sembahyang jumaat di Masjid (sunni) Bandar Bamiyan sent iasa bermain di benak penulis. Atas faktor keselamatan, hanya sebahagian anggota yang pergi bersembahyang, sebahagian lagi anggota akan

    tinggal di dalam kem. 3 anggota akan berkawal di kenderaan dan masjid bagi menentukan keselamatan anggota yang sedang menunaikan sembahyang jumaat.

    • Memandu Di atas Jalan yang Licin. Pada musim sejuk, salji dan ais akan melitupi jalaraya dan sangat membahayakan pergerakan kenderaan diatas jalan terutamanya semasa menurun bukit. Pemandu harus cekap dan berhati-hati. Keseluruhan anggota MALCON 3 baru pertama kali merasa situasi tersebut dan tidak berpengalaman langsung memandu kenderaan di atas jalan yang bersalji dan berais.

    • Bertugas Sepanjang Masa. Misi disini adalah selama 6 bulan, sepanjang hari selama 6 bulan adalah tugas.Tiada cuti dan anggota juga tidak dibenarkan ke luar kem kecua l i ke luar bertugas. Bersukan sepert i bola tampar, sepak takraw dan Ping Pong, bersenam di Bilik J imnasium dan menonton televisyen adalah aktiviti harian di sini jika tidak keluar bertugas. Dunia MALCON 3 ISAF hanya di dalam kem yang sekangkang kera luasnya (yang dikelilingi oleh guni pasir dan kawat berduri), di atas jalanraya, di hospital/klinik

    dan di bazaar (untukmembelibahan makanan).

    • Jiwa Tak Keruan. Bentuk muka bumi, kering dan tandus yang jauhberbezadenganMalaysia.Muka bumi disini bergunung-ganang, tiada pokok (hanya di kawasan tepi sungai atau lembah) dan kering kontang saujana mata memandang.Pemandangan ini membuat hati dan fikiran menjadi tak keruan.Ini ditambah pula dengan keadaan jalanraya yang tidak sempurna dan berdebu di waktu musim panas dan licin di musim salji.Jalan antara bandar adalah jalan tanah merah, sempit dan melalui di celah-celah bukit, gunung dan curam yang dalam dan membahayakan.

    • Kejutan Budaya terhadap Persekitaran. Kejutan budaya (Cu l tu re Shock) te rhadap kemunduran negara Afghanistan terutamanya Bamiyan. Keadaan rumah dibina di celah dan lereng bukit atau gunung yang usang diperbuat daripada tanah liat bercampur rumput-rumpai.Tidak tersusun, kelihatan hodoh dan seolah-olah berada di zamanpremitif. Di Bandar Bamian, masih ada orang tinggal di dalam gua. Kemana sahaja anggota MALCON pergi tidak kira samada di bandar atau di kampung pemandangan tetap sama. Anak-kecil kecil kelihatan comot, rambut kusut m a s a i t i d a k b e r s i ka t d a n berpakaian kotor serta berbau. Ini membuat hati rasa tersentuh dan sedih mengenangkan kedaifan penduduk disini.

    • Kejutan Budaya terhadap Cara Menghidang Makanan. Kejutan budaya juga terhadap

    c a ra p e n d u d u k te m p a t a n yang menghidang makanan kepada tetamu. Hidangan Roti Nan (makan utama penduduk) letakkan diatas lantai sahaja tanpa pinggang dan orang yang menghidang makanan akan berjalan ditepi-tepi makanan. Hanya kuah dihidang di dalam mangkuk.

    • K e r e n a h S i k a p O r a n g Afghanistan. Kebanyakan orang-orang disini mengambil mudah terhadap sesuatu perkara, lambat bertindak, tidak menepati waktu , te r l a lu mengharap bantuan orang luar dan tiada daya usaha membaiki sesuatu.Kehadiran mesyuarat atau apa-apa aktiviti tidak mengikut waktu yang ditetapkan dan selalu lewat.Barang atau peralatan yang diberi tidak dijaga dengan baik.

    KESIMPULAN

    Berdasarkan kepada pemerhatian selama 6 bulan di bumi Bamiyan. Seluruh warga MALCON 3 ISAF dan MALCON yang pernah bertugas disini sudah pasti mempunyai seribu satu macam pengalaman yang ditimba dan memberi banyak pengajaran yang berharga untuk dikongsi bersama antaranya:

    • Bersyukur. Bersyukur kepada A l l a h S u b h a n a h u wat a a l a h dilahirkan kita di bumi bertuah bernama Malaysia. Dengan muka bumi yang indah menghijau, sungai yang mengalir nyaman dan suhu yang selesa serta tanaman dan ternakan hidup segar bugar. Keselamatan dan keamanan ra kya t s e n t i a s a te r j a m i n . Seandainya ditakdirkan kita dilahirkan di sini, sudah pasti kita hidup dalam serba kekurangan,

    COReTan PenGalaMan COReTan PenGalaMan

  • 20 21

    P U R P L E F O R C E 9 j o i n t f o r c e . m i l . m y

    daif dan keselamatan yang tidak boleh dipastikan apatah lagi keamanan dan kemakmuran yang tidak tahu bila akan dirasai.

    • Hargai Pembangunan dan Kemajuan Negara. Rakyat Malaysia juga mesti bersyukur dengan pembangunan dan kemajuan yang dicapai oleh negara selama ini.Rakyat boleh memiliki rumah batu bertingkat dan mewah, gedung perniagaan besar, berkereta besar/mewah dan berbaga i kemewahan . Berbanding disini berumahkan tanah liat, menggunakan air sungai untuk masak, minum, makan ala kadar untuk mengalas perut dan berbagai kemiskinan.

    • H a r g a i K e a m a n a n d a n Kemakmuran Negara. Setiap warga Malaysia mesti menghargai keamanan dan kemakmuran yang dikecapi o leh negara selama ini. Rakyat boleh pergi kemana sahaja dan melakukan apa sahaja tanpa rasa takut dan bimbang atas keselamatan diri, keluarga dan harta benda. Disini, semuanya berada dalam keadaan kebimbangan, keresahan dan ketakutan. Pembunuhan, letupan bom dan serangan akan berlaku di mana-mana dan bila masanya, tanpa mengira siapa mangsanya samada anak kecil, orang tua dan perempuan.

    • Rakyat Perlu Bersatu padu . Rakyat yang berbilang kaum mesti terus hidup bersatupadu, berto lenrans i dan bers i fat menerima (acceptance) serta menghormati budaya dan adat resam setiap kaum.Janganlah bertelagah sesama sendir i .Hidupkan semangat 1Malaysia agar rakyat hidup aman bahagia. Pertelingkahan akan membawa negara ke arah kehancuran, akhirnya rakyat akan hidup m e n d e r i t a . Ke k a l k a n d a n perkukuhkan ikatkan perpaduan yang telah terjalin sekian lama.Agar negara terus makmur dan sejahtera. Disini semasa pendudukan Soviet Union , seluruh rakyat telah bersatu tidak kira apa etnik telah bersatu

    hati di bawah satu nama iaitu Muhajidin, berjaya menghalau keluar tentera Soviet Union. Namun, setelah itu , mereka berpecah belah dan berperang sama sendiri atas dasar setiap etnik berlumba untuk menguasai atau memerintah negara atau wilayah. Akhirnya begini lah jadinya Negara Afghanistan hari ini.

    • Anggota MALCON Perlu Tabah.Anggota yang akan melaksanakan misi seperti ini mesti tabah dan kuat semangat menghadapi cabaran yang d inyatakan . Sanggup menerima apa jua cabaran samada secara fizikalmahupun mental. Anggota juga harus mempunyai sikap yang positif terhadap apa jua tugas dan cabaran yang mendatang.

    • Penjagaan Kesihatan. Bamiyan adalah sebuah daerah tanah tinggi dengan ketinggian lebih 9,220 kaki (2,800 meter) dari aras laut, lapisan udara adalah nipis dan kurang kandungan oksigen. Ini membuat seseorang itu, kadangkala sukar bernafas. Cuaca yang terlalu ekstrem sejuknya, maka cara pakaian dan pemilihan jenis pakaian adalah penting. Kaki dan jari kaki juga perlu sentiasa bersih dan kering bagi mengelak dari terkena frost bite.Angota perlu banyak makan dan minum bagi mengekalkan tahap suhu badan.Kesabaran yang menempuhi musim sejuk yang panjang amat diperlukan terutamanya bagi MALCON yang berkhidmat pada bulan Oktober hingga April.

    • K a w a l T e k a n a n . A n g g o t a mesti pandai mengawal dan menghilangkan tekanan (Stress). Setiap anggota mempunyai tekanan yang berbeza, makasetiap anggota perlu bertolak ansur dan memahami perasaan anggota yang lain. Kekalkan semangat setiakawan dan ikatan silaratulrahim.

    • M e n g a d a p t a s i k a n D i r i . Anggota MALCON mesti cepat mengadaptasikan diri terhadap

    keadaan persekitaran, budaya, adat resam, cara hidup, cuaca dan sikap penduduk tempatan. Sekiranya ini dapat diatasi, tugas utama akan dapat dilaksanakan dengan baik dan berjaya. Anggota MALCON juga akan diterima dengan baik dan dipercayai oleh masyarakat tempatan.

    Penugasan sebagai anggota M A LCO N b a g i m i s i b a n t u a n kemanusiaan di bumi Bamiyan merupakan suatu pengalaman yang amat berharga dan bermakna bagi setiap warga MALCON 3 yang tidak mungkin dapat dilupakan hingga ke akhirhayat.Perbezaanyangketaradari segi bentuk muka bumi, cuaca, budaya, adat resam dan banyak lagi adalah pengalaman dan cabaran yang tiada ternilai harganya.Segala akitviti yang dipaparkan di dalam rencana ini merupakan gambaran sebenar yang dilaksanakan oleh setiap anggota MALCON 3 ISAF. Apa jua aktiviti yang dilaksanakan adalah sumbangan bakti suci dan murni demi mencapai misi yang digariskan oleh Markas Angkatan Bersama(MK AB) dan daya usaha MALCON 3 ISAF mengikut keadaan keperluan semasa. Pengorbanan jiwa raga warga MALCON 3 ISAF amat tinggi.Meninggalkan kaum keluarga yang tersayang, ancaman keselamatan yang tidak menentu, mengharungi setiap lembah, bukit, gunung-ganang dan juram yang dalam serta menahan kesejukan yang amat menyusuk ke tulang demi menyempurnakan misi yang dipikul. Sekian,

    Khuda Hafiz

    THE COMPREHENSIVE AGREEMENT ON THE BANGSAMORO (CAB)

    President Aquino expressed his gratitude to the IMT during his speech. He said that the IMT led by Malaysia along with other member countries were integral in creating the peaceful environment that proved conducive to the negotiations. The Filipino people will forever be indebted to Malaysia, whose presence illuminated every step of the peace process. Malaysia’s role in forging this agreement is significant, given that theBangsamoro forms the nexus of bloodlines that links Malaysia and the Philippines. On CAB, he said that this agreement stands as a testament to how far trust and earnestness can move humanity forward; it shows how righteousness, reason, and goodwill are themightiest of instruments in ending conflict;itprovesthatthesearchforcommongroundisinfinitelymoreproductive than hegemonic ambition.

    In his speech, Dato’ Sri Mohd Najib stressed that Malaysia will remain as a partner for peace. Malaysia would continue to assist the Bangsamoro with the development and help to build institutions, strengthen education and improve agriculture. The Prime Minister also mentioned that this agreement secures the rights of the Bangsamoro people and the sovereignty of the Philippines. It is Malaysia’s hope that the people of the Bangsamoro will work alongside the GPH and the MILF to ensure its success. He also thanked the Malaysian contingent in the IMT which has contributed to the lasting peace in Mindanao. Malaysia is honoured to have played its part in this process.

    Presidential Adviser on the Peace Process Teresita Quintos Deles expressed hopes that the highly acclaimed CAB will create a big difference in the lives of people, especially those in conflictcommunities.“We’vealwayssaidthatsigningapeaceagreement is a big achievement, but it only marks another stage,we hope that itwill find itsway not just into the lawbut also into the lives of people,” pointing out that the bigger challenge that lies ahead is delivering the commitments on the ground. Deles added that the CAB should also translate into food on the table, better health, as well as market-related jobs, enabling people to lead better lives and determine their own future.

    The CAB serves as the basis for the Bangsamoro Basic Law (BBL) which was drafted by the Bangsamoro Transition Commission (BTC) and was submitted to the President. The draft law will be presented to the Congress for scrutiny and passage, and subjected to a plebiscite in the proposed Bangsamoro territory.Once theBBL is ratified, an enhancedBangsamoro autonomous region will be established, replacing the current Autonomous Region in Muslim Mindanao (ARMM).

    The signing of CAB is part of the ongoing GPH and MILF peace process. It is not concluding the formal negotiations but serves as the most critical part of implementing the agreements made by both parties until its eventual conclusion in 2016. Thispeaceprocessisveryuniquebecauseitattemptstofulfilthe agreements even in an environment of the has-yet-to-be finalizedorconcludedpeaceagreement.TheComprehensiveAgreement on the Bangsamoro will be fully concluded in the form of an Exit Agreement in 2016, at the same time that President Aquino ends his Presidency. It is this Exit Agreement, then, that will bear witness to the success of the GPH and MILF peace process. In the meantime, the signing of CAB was a historicandsignificantstepforwardforthesustainablepeaceand development in Mindanao.

    Penulis&Foto:LtKdrMohamedShafiebinMohamedTahirTLDM(IMT-M9)

    Malacanang Palace, 27 Mac - Following 17 years of hard negotiations, the Government of the Philippines (GPH) and the Moro Islamic Liberation Front (MILF) finally signed theComprehensive Agreement on the Bangsamoro (CAB) on 27 March2014.Thefive-pagedocumentwassignedinMalacañangPalace by the GPH and MILF panel members in the presence of more than 1,000 guests from various sectors of society. President Benigno Simeon Aquino III and Malaysia Prime Minister Dato Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak werepresent to witness the historic signing along with Presidential Adviser on the Peace Process Teresita Quintos Deles and Chairman of MILF, Al Haj Murad Ebrahim.

    The CAB puts together all the agreements signed by both parties; the Framework Agreement on the Bangsamoro (FAB), thefourAnnexesandtheAddendum,theCeasefireAgreementof 1997, the Tripoli Agreement in 2001 and the Declaration of Continuity of Negotiations in 2010, among others.

    The main contents of CAB are as follows:

    • Reiterates the principles of the negotiation, namely:

    • recognition of the justness and legitimacy of the cause of the Bangsamoro people, their aspiration for meaningful autonomy through a democratic process.

    • the aim of finding a solution to the BangsamoroQuestion with honor, justice and dignity.

    • the aim to end thefightingbetween thegovernmentand the MILF and promote peace and stability.

    • the recognition of the responsibilities of the Parties to protect and enhance the rights of the Bangsamoro people and all other inhabitants, correct historical injustice, and equitably diffuse wealth and political power.

    • Reiterates the commitment to all signed documents.• Thanks all those who played important roles in the process.• Provides the principles of implementation; mutual respect

    for the right to one’s identity, continuing dialogues and consultations leading to the establishment of a Bangsamoro government that will protect individual and collective rights. Most importantly is to ensure the integrity of the whole process.

    In the CAB, it was acknowledged that the Parties express their gratitude to the very important role performed by Malaysia, as the Third-Party Facilitator and the Head of Mission of the International Monitoring Team (IMT) together with other member countries namely Indonesia, Brunei, Japan, Norway and previously the European Union and Libya.

    COReTan PenGalaMan FOkUS

  • 22 23

    P U R P L E F O R C E 9 j o i n t f o r c e . m i l . m y

    Penulis: HEAJurufoto: Arkib HEA

    Kuala Lumpur, 1 Jul 14 - Sempena Persaraan Panglima Angkatan Bersama, Yang Berbahagia Lt Jen Dato’ Abu Bakar bin Md Said TUDM, beberapa acara rasmi sempena persaraan beliau telah diadakan. Upacara Perbar isan Persaraan bel iau telah diadakan pada 27 Jun 2014 bersamaan hari Jumaat bertempat di Padang Kawad KEMENTAH.

    UPACARA PERBARISAN & MAJLIS MAKAN MALAM

    SEMPENA PERSARAAN PANGLIMA AB KE-4

    FOkUS FOkUS

    Perbarisan yang terdiri dari 40 pegawai dan 76 anggota lain-lain pangkat diketuai oleh Leftenan Kolonel Mahadzer bin Amin TUDM selaku Ketua Perbarisan. Upacara Perbarisan turut dihadiri oleh Mej Jen Datuk Baharom bin Hamzah Ketua Staf MK AB, Asisten Ketua Staf dari semua BCJ dan Pegawai-pegawai Kanan serta warga MK AB. Majlis Makan Malam Perpisahan

    juga telah diadakan seminggu sebelum Perbarisan Perpisahan iaitu pada 20 Jun 2014 bertempat di Wisma Perwira MK ATM. Majlis Makan Malam Perpisahan yang dihadiri oleh semua pegawai-pegawai MK AB bersama isteri telah berlangsung dengan suasana harmoni dan penuh kekeluargaan.

  • 24 25

    P U R P L E F O R C E 9 j o i n t f o r c e . m i l . m y

    DSA 2014FORUM HUMANITARION ASSISTANCE AND DISASTER RELIEF (HADR)Penulis : Mej Sahhidan bin Arshad TUDM (HEA)Photo : Jurugambar HEA

    Kuala Lumpur, 15 April - Bersempena dengan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia ke 14 (DSA), satu forum Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana atau Humanitarian Assistance And Disaster Relief (HADR) dengan tema “Pengalaman dan Cabaran HADR” telah dianjurkan oleh Markas Angkatan Bersama, ATM yang melibatkan kerjasama antara MK AB dan jawatankuasa induk DSA. Pengelolaan forum HADR ini bersempena dengan DSA 2014 telah dipertanggungjawabkan kepada J9 yang mana telah dipengerusikan oleh AKS J9, YBhg Brig Jen Dato’ Dr Samsudin bin Hj Suirman. Konsep forum adalah untuk berkongsi pengalaman dan cabaran di dalam mengurus HADR dan melibatkan industri pertahanan di dalam merekacipta produk baharu yang berkaitan dengan HADR. Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Datuk Abdul Rahim bin Bakri telah menyempurnakan Upacara Pembukaan Forum HADR, pada jam 0830 pagi bertempat di Dewan Kuala Lumpur (Aras 5), Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Forum ini turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai tertinggi ATM, Timbalan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, En Ogu Salim bin Omar dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) CP Dato’ Seri Salleh bin Mat Rasid serta pegawai-pegawai ATM, PDRM, agensi-agensi keselamatan, IPTA dan badan-badan kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan.

    Forum HADR yang pertama kali diadakan ini melibatkan 4 orang penceramah dari pelbagai agensi di dalam negara dan 5 orang penceramah pelbagai agensi dari luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Republik China serta badan bukan kerajaan antarabangsa ‘Doctors Without Borders’ yang berpusat di Hong Kong. Penceramah-penceramah tersebut telah menekankan isu-isu berkaitan HADR serta cabaran yang dihadapi menerusi perkongsian dan pengalaman. Seramai 175 peserta dari dalam dan luar negara pelbagai agensi hadir di dalam forum HADR yang dilaksanakan hari ini.

    Selain untuk berkongsi pengalaman, forum HADR ini diadakan bagi mewujudkan peluang untuk meningkatkan kerjasama dan kolaborasi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR) di antara angkatan tentera negara-negara peserta, pemain-pemain industri pertahanan dan agensi-agensi kerajaan serta bukan kerajaan di dalam dan luar negara. Forum HADR ini adalah juga merupakan platform untuk peserta membincangkan isu-isu dan cabaran yang berkaitan dengan misi bantuan kemanusiaan dan bencana khususnya yang melibatkan bencana alam semulajadi dan bencana angkara manusia serta pelan jangka panjang pengurusan misi bantuan kemanusiaan tersebut.

    Diantara objektif Forum ini adalah seperti berikut:

    • Berkongsi pengalaman dan cabaran dalam misi bantuan kemanusiaan dan

    • bencana alam dari perseptif Malaysia.• Meningkatkan kerjasama dan kolaborasi diantara agensi-agensi

    yang terlibat• dalam misi bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR) samada di

    dalam dan luar negara.• Sebagai platform komunikasi dan bertukar-tukar pandangan serta

    idea dalam • pengurusan misi bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR).• Untuk meningkatkan pengetahuan berkenaan teknologi dan

    peralatan terkini• yang diaplikasikan bersama bagi meningkatkan misi bantuan

    kemanusiaan dan bencana (HADR).

    MALAYSIA-THAILAND BERGABUNG DALAM

    EKSESAIS THAMAL ASEAN 2014

    Chachoensao, Thailand 5 Mei – Malaysia dan Thailand julung-julung kalinya bergabung menganjurkan Eksesais Bantuan Kemanusiaan dan Bencana atau Humanitarian and Disaster Relief (HADR) yang telah berlangsung dengan jayanya di Daerah Chachoengsao, Thailand berjarak lebih kurang 80 kilometer dari bandar Bangkok mulai 26 April hingga 2 Mei yang lalu. Eksesais yang dinamakan THAMAL ASEAN Humanitarian and Disaster Relief Exercise 2014 (THAMAL AHEx 14) telah disertai oleh 8 negara Asean terdiri dari Malaysia,Thailand, Brunei, Filipina, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Laos serta melibatkan 1,551 anggota tentera. Manakala terdapat 5 negara bukan ASEAN seperti Kanada, China, Perancis, Jepun dan Amerika Syarikat turut hadir sebagai pemerhati.

    Ekoran dari kejadian bencana alam yang berlaku yang mengakibatkan kemusnahan dan kematian dalam jumlah yang besar maka negara-negara ASEAN telah bersepakat untuk menandatangani perjanjian ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER) serta mengadaptasi Prosedur Operasi Standard SASOP (Standard Operating Procedure for Regional Standby Arrangements and Coordination of Joint Disaster Relief and Emergency Response Operations) sebagai panduan dalam mengkoordinasi plan tindakan sekiranya berlaku sebarang bencana alam. Diantara objektif Eksesais THAMAL AHex 14 diadakan adalah:

    • Untuk Membina persefahaman antara negara-negara ASEAN dalam menangani bencana alam yang sering berlaku dan menggunakan kerangka kerja AADMER yang telah berjaya dibuktikan dalam latihan-latihan sebelum ini seperti latihan THAMAL JCEx 2011, AHX 2011, THACAM JCEx 2012, ADMM PLUS HADR and MM 2013 sehingga AHEx 2014 yang akan memberi pelbagai manfaat kepada negara yang turut serta.

    • Mengeratkan perhubungan antara negara-negara ASEAN terutama dalam perhubungan ketenteraan negara-negara ASEAN, agensi-agensi kemanusiaan antarabangsa (IHO) dan pelbagai agensi keselamatan yang lain.

    • Meningkatkan keupayaan dalam kapasiti keupayaan kerjasama antarabangsa dalam tindakbalas apabila berlaku sesuatu bencana alam kepada negara anggota atau serantau.

    ATM menghantar 115 orang peserta dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan TD, TLDM dan TUDM termasuk Markas Angkatan Bersama dan Pasukan SMART. Kontinjen Malaysia diketuai oleh Panglima Markas 4 Divisyen Infantri, Mejar Jeneral Dato’ Abu Muslim bin Ismail yang juga merangkap Timbalan Pengarah Eksesais THAMAL kali ini. Eksesais selama 7 hari ini dilaksanakan dalam bentuk Pos Kawalan Pemerintah atau Command Post Exercise (CPX) dan Latihan Medan atau Field Training Exercise (FTX) yang melibatkan aktiviti Hospital Medan Tahap 1, Building Collapse, Crossing River dan Evacuation Camp. Selain daripada dua fasa utama latihan tersebut, satu demonstrasi khas juga telah dilakukan pada hari terakir latihan pada 2 Mei 2014 sebagai acara penutup yang turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera iaitu Jeneral Tan Sri Datuk Sri Doktor Zulkifeli bin Mat Zin serta Panglima Angkatan Tentera Thailand dan pegawai-pegawai kanan yang lain.

    Agensi-agensi antarbangsa yang lain yang turut terlibat adalah, UNOCHA(UnitedNationOfficefortheCoordination of Humanitarian Affairs), AHA Centre (ASEAN Humanitarian Centre), IFRC (International Federation of Red Cross), WFP (World Food Program), WHO (World Health Organization), ECHO (EuropeanCommunityHumanitarianOffice).

    Penulis : Mej Sahhidan bin Arshad TUDM (HEA)Foto : Jurugambar HEA

    OPeRaSi & ekSeSaiS OPeRaSi & ekSeSaiS

  • 26 27

    P U R P L E F O R C E 9 j o i n t f o r c e . m i l . m y

    Eksesais BERSAMA SHIELD 2014 (BS 14)

    Eks BS14 adalah merupakan Eks Gabungan Bersama yang dilaksanakan setiap tahun secara Field Training Exercise (FTX) di tahap taktikal antara ATM bersama Angkatan FPDA iaitu Australia, New Zealand, Singapura dan United Kingdom mulai 22 Mei hingga 4 Jun 2014. Eksesais ini dilaksanakan di kawasan latihan FPDA iaitu ruang udara dan perairan Semenanjung Malaysia dan Singapura termasuk Laut China Selatan.

    Pelaksanaan eksesais adalah berpandukan kepada Schedule of Events (SOE) dan dikawal oleh EXCON dan Staf Pelaksanaan Eks bertempat di Combined Joint Operation Centre (CJOC), MK IADS, Pangkalan Udara Butterworth. Tujuan Eks BS14 adalah untuk melatih ketumbukan pertahanan negara-negara FPDA dalam melaksanakan Operasi dan Eks Gabungan Bersama dalam situasi pelbagai ancaman (multi-threats) untuk mempertahankan Malaysia dan Singapura bagi meningkatkan saling khidmat (interoperability) dan memperkukuhkan lagi hubungan profesional.

    Objektif-objektif eksesais telah dibahagikan kepada objektif utama dan objektif sokongan seperti berikut:

    Objektif Utama.

    • Melatih Tentera Darat, Laut dan Udara negara-negara FPDA dalam melaksanakan Operasi Gabungan Bersama di peringkat taktikal dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia dan Singapura.

    • Menambahbaik dan mengesahkan doktrin dan prosedur saling khidmat di antara Tentera Darat, Laut dan Udara negara-negara FPDA di dalam senario gabungan bersama.

    • Mempertingkatkan tahap profesionalisma dan nilai latihan peserta-peserta disamping memperkukuhkan lagi hubungan profesional.

    Eks BS14 dilaksanakan dalam bentuk Field Training Exercise (FTX) tahap taktikal dimana Markas Eks BS14 ditempatkan di Markas IADS, PU Butterworth. Latihan medan dilaksanakan di PU Butterworth, PU Kuantan, PU Subang, PU RSAF di Singapura, Pulau Tioman termasuk ruang udara dan perairan Semenanjung Malaysia, Singapura dan Laut China Selatan.

    Eks BS14 dilaksanakan dalam empat fasa seperti berikut:

    Fasa 1: Persediaan. Fasa ini dilaksanakan mulai 22 hingga 25 Mei 14 merangkumi latihan di pelabuhan, bengkel serta Taklimat Utama Eks (MEB). Aktiviti ini bertempat di Multinational Operations and Exercises Centre (MOEC), Pangkalan Tentera Laut Singapura, Changi.

    Fasa 2: Latihan. Fasa ini dilaksanakan mulai 26 Mei hingga 1 Jun 2014. Dalam fasa ini kapal dan pesawat melaksanakan tugas mengikut SOE dan gabungan Air Tasking Order (ATO)/Flying Programme (FlyPro) yang telah ditetapkan semasa MEB. Aktiviti Land Away dan bermalam di Changi Air Base dan PU Kuantan dilaksanakan melibatkan 2 x Hawk TUDM dan 2 x F16 RSAF. Serangan udara oleh pesawat FPDA ke atas Merchung dipertahankan oleh unit GBAD dari pelbagai arah, aras ketinggian dan kelajuan untuk memberi latihan yang menyeluruh kepada unit GBAD.

    Fasa 3: WAREX. Fasa ini dilaksanakan pada 2 dan 3 Jun 14 dimana kapal dan pesawat membuat tugas mengikut SOE dan senario dalam melaksanakan Tactical Free Play.

    Fasa 4: Recovery. Post Exercise Debrief (PXD) dilaksanakan pada 4 Jun 2014 di Singapura dan dihadiri oleh semua wakil dari unit terlibat. Aktivitinya adalah taklimat balas/perbincangan antara elemen Maritim, Udara, GBAD, Logistik dan Eksekutif bagi mengupas pengajaran dan cadangan penambahbaikan. Taklimat balas utama diberikan oleh staf Markas IADS, diikuti ucapan balas dari semua wakil negara FPDA dan ucapan penutup oleh Komander IADS.

    Penulis&Foto:MejMahadzerbinMoidinTUDM(J7)

    COOPERATION AFLOAT

    READINESS AND TRAINING (CARAT) 2014

    Lumut, 16 Jun - CARAT 2014 adalah merupakan latihan tahunan dua hala antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan United States Forces (USF) yang dipersetujui di bawah Program Perjanjian Latihan Bersama Malaysia dan Amerika. Ia juga adalah latihan berskala penuh yang meliputi Latihan Medan dan Latihan Pos Pemerintahan. CARAT 2014 ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dan saling khidmat dalam perancangan dan pelaksanaan operasi bersama dan gabungan di antara kedua-dua Angkatan Tentera.

    Upacara Pembukaan Cooperation AfloatReadiness and Training (CARAT) 2014 telah

    Penulis : Mej Sahhidan bin Arshad TUDM (HEA)Foto : Jurugambar HEA

    disempurnakan oleh Panglima Pemerintahan Armada, Yang Berbahagia Laksamana Madya Dato’ Abd Hadi bin A. Rashid pada 16 Jun 2014 jam 9.30 pagi bertempat di Auditorium Zain, PUSTAKMAR, Pangkalan TLDM Lumut, Perak. CARAT 2014 telah diadakan mulai 16 Jun 2014 sehingga 21 Jun 2014 bertempat di sekitar kawasan Lumut, Manjung, dan Perairan Selat Melaka. Turut hadir adalah Commander Destroyer Squadron Seven (COMDESRON 7), Kepten Fred w. Kacher, Pegawai-pegawai Kanan USF dan Pegawai-pegawai Kanan ATM.

    Eksesais kali ini merangkumi pelbagai eksesais termasuk Diving Excercise (DIVEX), Explosive Ordnance Disposal (EOD), Bridge Simulator Training, Damage Control and Fire Fighting Training, Medical Symposium (MEDSYM), Community Service (COMSERV), Engineer Community Assistance Programme (ENCAP) dan Force Protection Training.

    OPeRaSi & ekSeSaiS OPeRaSi & ekSeSaiS

  • 28 29

    P U R P L E F O R C E 9 j o i n t f o r c e . m i l . m y

    – TEMPEST EXPRESS 25 (MPAT – TE 25)

    Port Dickson, 12 Jun - Staff Planning Multinational Planning Augmentation Team - Tempest Express 25 (MPAT TE 25) atau Tim perancang pelbagai negara telah dilaksanakan di Pusat Pengaman Malaysia (PPM) Port Dickson, Negeri Sembilan mulai 12 Jun 2014. Markas Angkatan Bersama (MAB) dan Pusat Peperangan Bersama (PESAMA) telah dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan bengkel ini bagi pihak ATM. Brigadier General William F. Seymour dari Sekretariat MPAT turut hadir sepanjang bengkel berlangsung.

    Bengkel yang merupakan program kerjasama multinasional yang dianjurkan oleh USPACOM menerusi pelaksanaan Staff Planning Workshop (SPW) bertujuan untuk memudahkan penubuhan sebuah Multinational Task Force HQ bagi operasi ketenteraan membantu pihak awam (Military Operations Other Than War) serta kontinjensi pada skala kecil (Small Scale Contingencies).

    Sebanyak 24 negara Asia dan rantau Pasifik terlibat dengan menghantar peserta ke workshop ini. Seramai 70 peserta antarabangsa dan 55 peserta dari Malaysia yang terdiri dari peserta ATM, PDRM dan Pertubuhan Antarabangsa (ICRC dan OCHA) telah menyertai workshop yang dianjurkan di Pusat Pengaman Malaysia dari 12 hingga 20 Jun 14. ATM telah terlibat aktif di dalam bengkel MPAT - TE semenjak tahun 2001 (MPAT

    Penulis : Mej Sahhidan bin Arshad TUDM (HEA)Foto : Jurugambar HEA

    OPeRaSi & ekSeSaiS OPeRaSi & ekSeSaiS

    M U L T I N A T I O N A L P L A N N I N GSTAFF PLANNING WORKSHOP

    - TE 2) menerusi penglibatan pegawai-pegawai ATM sebagai peserta seminar. Seminar MPAT – TE 25 adalah merupakan penganjuran kedua ATM bersama USPACOM (penganjuran pertama pada 2006). Seminar ini juga bertujuan memanifestasikan komitmen ATM di dalam program Visit Malaysia Year 14 (VMY 14).

    MPAT - TE 25 telah dilaksanakan dalam bentuk worksyop menggunakan Multinational Standing Operating Procedures (MNF - SOP) bagi perancangan dan tindakan di antara tentera, agensi-agensi

    A U G M E N T A T I O N T E A M

    kerajaan dan Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa. Perancangan workshop telah dilaksanakan menerusi Initial Planning Conference (IPC) dari 24 hingga 26 Sep 13 dan Final Planning Conference (FPC) dari 11 hingga 13 Mac 14. MPAT - TE 25, telah menggunakan senario Peace Keeping Operation (PKO) di Democratic Republic of Congo (DRC) dan Non – Combatant Evacuation Operation (NEO) di Central African Republic (CAR).

    Objektif utama penganjuran worksyop MPAT – TE 25 adalah untuk meningkatkan pencapaian misi operasi PBB oleh Troop Contributing Countries di samping meningkatkan keupayaan multinational force di dalam menangani sesuatu krisis khususnya di dalam operasi keamanan dan NEO. Selain dari itu, workshop ini juga bertujuan untuk meningkatkan keupayaan, keberkesanan tindak balas dan saling khidmat multinational force (MNF) di dalam operasi keamanan dan NEO, meningkatkan perancangan dan pelaksanaan atur gerak trup ATM di dalam operasi keamanan dan NEO serta menguji kesesuaian MNF SOP khususnya bagi operasi keamanan.

    ATM telah mendapat banyak manafaat dari penganjuran workshop ini menerusi perancangan pelaksanaan workshop secara bersama selain menjadi platform kepada peserta-peserta ATM meningkatkan keupayaan di dalam perancangan operasi secara bersama dengan peserta-peserta antarabangsa menerusi satu kaedah perancangan menggunakan Multinational Force Standing Operating Procedure (MNF SOP). Workshop selama 10 hari ini telah berjaya dilaksanakan dan telah berupaya memenuhi objektif yang digariskan.

  • 30 31

    P U R P L E F O R C E 9 j o i n t f o r c e . m i l . m y

    EKSESAIS COBRA GOLD 2014

    Phitsanulok, Thailand – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) buat kali ke empat menyertai Eksesais Cobra Gold 14 (CG 14) sebagai peserta masuk Cobra Gold bertempat di Phitsanulok Thailand yang bermula 24 Januari sehingga 22 Februari 2014. Eksesais Cobra Gold adalah latihan ketenteraan terbesarpelbagainegaradiAsiaPasifikbersamaenamnegara lain iaitu Thailand sebagai peneraju bersama Amerika Syarikat dan Singapura, Indonesia, Korea Selatan serta Jepun. Pelbagai latihan dan aktiviti CG 14 akan dilaksanakan di Wilayah Phitsanulok, Thailand seperti Command Post Exercise (CPX), Humanitarian Civic Assistance (HCA) yang merangkumi projek kejuruteraan dan bantuan khidmat kesihatan serta seminar. Tentera Pembebasan Rakyat China buat pertama kalinya akan menyertai CG 14 sebagai pemerhati.

    Sebahagian besar anggota ATM terlibat di dalam CPX yang diketuai oleh Kol Shamsuri bin Alias TUDM, Pengarah J5 MK AB dan ditempatkan di Kem Akatosarot, Phitsanulok dan Pattaya mulai 9 Februari 2014. Manakala bagi projek bantuan awam kejuruteraan atau Engineering Civic Assistance – ENCAP adalah merupakan projek jiwa murni yang dijalankan secara bersama oleh negara terlibat. Seramai 10 anggota ATM yang diketuai oleh Kapt Nor Fizal bin Fadzil dari 9 Skn RAJD telahmemulakantugas pada 25 Januari 2014 yang lalu. Projek ENCAP yang dilaksanakan pada kali ini ialah membina sebuah bangunan serba guna di sebuah sekolah rendah di lokasi 1 di Ban Sala Fai Kup, Sukhotai.

    Penulis & Foto : Lt Kol Salawati binti Yahaya (HEA)

    OPeRaSi & ekSeSaiS OPeRaSi & ekSeSaiS

    STAFFEX PRA-EKSESAIS PAHLAWAN 2014

    Kuala Lumpur, 3 Mac – Staff Exercise (STAFFEX) ke-2 Markas Angkatan Bersama (MK AB) telah dilaksanakan dari 3 hingga 7 Mac 2014 bertempat di Pusat Simulasi Olah Perang (PSOP) ATM. Eksesais ini melibatkan anggota MK AB dan dari ketiga-tiga perkhidmatan ATM sebagai persiapan awal sebelum melaksanakan Eksesais Pahlawan (EP) 15/14, bila mana MK AB akan diuji sepenuhnya sebagai training audience. Kesinambungan dari eksesaias yang lepas, tujuan STAFFEX ini diadakan adalah untuk memahirkan lagi pegawai staf MK AB dalam merancang Operasi Bersama di peringkat operasional sebagai persediaan untuk menghadapi EP 15/14. Objektif utama eksesais ini adalah untuk :

    • Memilih COA terbaik melalui pendekatan Table Top Exercise (TTX).

    • Menggubal CONOP untuk Campaign Plan EP 15/14.• Menghasilkan OPLAN, SP PLAN dan OpO untuk FTX EP 15/14

    berpandukan RANKON LEMBING BARAT.

    Penulis & Foto : Lt Kol Salawati binti Yahaya (HEA)

    Peserta eks sedang merangka strategi

    PTD sempat meluangkan masa melihat perjalanan eks

    AKS dan Pengarah J2 bersama Staf PESAMA

    PAT sedang menanggalkan toha semasa Majlis Penutup Eks

    Peserta eks sedang berbincang

    Dep Air Commander memberi taklimatSidang Media adalah antara aktiviti yang dikendalikan oleh Sel Hal Ehwal Awam.

  • p u r p l e f o r c e

    p e o p l e

  • 34 35

    P U R P L E F O R C E 9 j o i n t f o r c e . m i l . m y

    Bagi Tim Khidmat Kesihatan (CHE) yang diketuai oleh Mej (Dr) Mohd Yazid bin Abdullah terlibat sepenuhnya di sekitar daerah Phitsanulok dan Sukohotai mulai 10 Feb sehingga 22 Feb 2014. Upacara pembukaan CG 14 diadakan pada 11 Februari 2014 di Kem Akatosarot, Phitsanulok, Thailand oleh Timbalan Panglima Angkatan Tentera Thailand bersama Duta Amerika Syarikat ke Thailand.

    Eksesais CG 14 seperti kebiasaannya menganjurkan Program Bantuan Kemanusiaan atau Humanitarian Civic Assistance (HCA) di sepanjang eksesais berlangsung. Program HCA ini telah dilaksanakan di sekitar kawasan Phitsanulok dan Sukhotai, Thailand. HCA pula terbahagi kepada dua program iaitu Engineering Civic Assistance Program (ENCAP) dan Community Health Engagement (CHE). Di antara objektif utama aktiviti CHE adalah untuk meningkatkan keupayaan operasi bersama tim perubatan ketika melaksanakan perkhidmatan kesihatan, meningkatkan taraf kesihatan serta kesedaran penjagaan kesihatan penduduk setempat serta berkongsi pengalaman menguruskan perubatan kecemasan semasa bencana iaitu Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR). Di samping itu juga secara tidak langsung aktiviti ini juga dapat membantu menjana pembangunan sosial dan kesihatan di kalangan komuniti Thailand terpilih selain mengeratkan perhubungan professionalism di antara pasukan keselamatan yang mengambil bahagian.

    Program CHE ini telah dilaksanakan mulai 10 Feb 14 sehingga 22 Feb 14 dan terbahagi kepada tiga aktiviti utama iaitu :

    • Medical Dental Civic Assistance Program (MEDCAP).• Community Medical Readiness Training (MEDRETE).• Medical Symposium.

    Kumpulan CHE telah dikumpulkan di Phitsanulok untuk taklimat tugasan dan persiapan pentadbiran. Kemudian pergerakan ke satu lokasi ke lokasi berlainan adalah secara berkumpulan dengan menggunakan kenderaan yang telah disiapkan serta menginap di hotel-hotel yang berhampiran.

    Taklimat MDCAP dan MEDRETE Rawatan Perubatan Rawatan Pergigian

    Aktiviti MEDRETE

    Masyarakat tempatan

    Program Bantuan Rawatan Pergigian (Medcap)

    MEDCAP adalah satu aktiviti interaksi bersama komuniti tempatan di samping dapat memberi bantuan rawatan dan konsultasi perubatan. Ia juga bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan penduduk setempat. Walaupun dengan peralatan dan ubat-ubatan yang terhad, perkara ini dapat diatasi dengan sikap tolong-menolong yang tinggi di kalangan

    Simposum Perubatan (Medical Symposium)

    Simposium perubatan ini telah berlangsung selama 2 hari di Ruean Phae Royal Park Hotel, Phitsanulok pada 14 Feb 14 hingga 15 feb 14. Majlis ini telah dirasmikan oleh Lt. Gen Theerayut Sasiprapa, General of Royal Thai Army Surgeon dan juga telah dihadiri oleh Maj Gen Roger Mathews, Deputy Commanding US Army Pacific. Hari pertama simposium ini berkaitan agenda ‘Emerging and Infectious Disease Threats in a Constant Changing Environment’ telah disampaikan oleh Pakar-pakar perubatan Thailand, Amerika Syarikat, China dan Jepun termasuk wakil daripada United Nations (UN) manakala hari kedua simposium berkaitan agenda ‘Medical Logistics in Support of Humanitarian Assistance Disaster Relief (HADR)’ telah disampaikan oleh wakil-wakil daripada semua negara anggota.

    Tujuan utama simposium ini diadakan adalah untuk membentangkan dan berkongsi pengalaman serta ilmu tentang cabaran penyakit berjangkit masa kini di samping keperluan logistik perubatan ketika bencana di dalam negara sendiri ataupun penglibatan kepada negara luar yang memerlukan. Kerana majoriti negara-negara di sini telah banyak pengalaman maka konsep HADR yang telah dibentangkan nampak menyentuh menyeluruh pada konsep seperti dalam peperangan, gempa bumi, banjir besar, tsunami, ribut besar, kejadian bencana reaktor nuklear dan sebagainya.

    Kumpulan CHE 8 Negara

    Medical Symposium

    negara anggota. Lokasi perlaksanaan program MEDCAP semasa eks CG 14 ini adalah seperti berikut :

    • Ban Salakabhub School di Sukhotai pada 13 Feb 14.• Wat tatakien School Di Phitsanulok pada 18 Feb 14.• Ban Tabagngam School di Phitsanulok pada 20 Feb

    14.

    Latihan Kesedaran Perubatan Komuniti (Medrete)

    MEDRETE pula adalah satu aktiviti taklimat kesihatan dan pengajaran secara teori dan praktikal mengenai kesedaran berkaitan penyakit berjangkit, kawalan vektor pembawa penyakit, keselamatan pekerja serta pelbagai topik tentang penyakit-penyakit kronik. Program ini telah dihadiri oleh pasukan sukarelawan kesihatan setempat, para petani, pegawai tadbir daerah dan kampung, guru-guru, serta para jururawat awam. Secara purata bilangan penduduk yang hadir dalam lingkungan 50-80 orang. Lokasi perlaksanaan program MEDRETE semasa eks CG 14 ini adalah seperti berikut :

    • Ban Salakabhub School di Sukhotai pada 12 Feb 14.• Wat tatakien School Di Phitsanulok pada 17 Feb 14.• Ban Tabagngam School di Phitsanulok pada 19 Feb

    14.

    OPERASI & EKSESAIS OPERASI & EKSESAIS

  • 36 37

    P U R P L E F O R C E 9 j o i n t f o r c e . m i l . m y

    KORESPONDEN MALBATT 850-1

    Marakah, 25 Jan – Kontinjen MALBATT telah menganjurkan aktiviti gotong royong di taman permainan sebagai salah satu program kemasyarakatan bagi mendekatkan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan diantara masyarakat sekitar Marakah dan MALBATT.

    Kem Kawkaba, 9 Jan - Setelah 12 bulan kontingen MALCOY 9 memberi khidmat bakti di bumi Kawkaba sejak bermulanya misi pengaman ATM UNIFIL pada 2 Jan 2007, akhirnya tamatlah khidmat MALCOY di sini apabila Markas UNIFIL membuat keputusan untuk mengabungkan MALBATT dan MALCOY dan berkhidmat di Sektor Barat UNIFIL. Majlis yang berlangsung dengan penuh tradisi dan adat istiadat ketenteraan ini dimulakan dengan upacara pecah bendera dan penurunan bendera Malaysia, Lubnan dan UN diiringi oleh tiupan ‘Last Post’ dan deklamasi sajak ‘Kawkaba’ oleh Mej Faizal Hamdy bin Hussin.

    Naquora, 7 Feb – Indobatt telah menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Badminton Inter-Contingent UNIFIL yang diadakan dari 3 Feb hingga 7 Feb 14. 5 kategori telah dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran. MALBATT telah menjadi juara kategori perseorangan lelaki dan beregu wanita dengan menewaskan pemain dari INDOBATT, manakala dalam kategori beregu lelaki telah menewaskan beregu dari INDBATT dan seterusnya dinobatkan sebagai juara keseluruhan kejohanan dan membawa pulang trofiutama. Pemain perseorangan MALBATT turut terpilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

    Marakah, 24 Apr – Bahagian CIMIC MALBATT telah mewujudkan sesi pembelajaran Komputer bertujuan bagi memberi pendedahan kepada penduduk tempatan penggunaan aplikasi komputer seperti Microsoft Word, Excel dan lain-lain. Tenaga pengajar terdiri dari warga MALBATT sendiri dengan dibantu oleh Language Assistant (LA) bagi menterjemahkan pembelajaran kepada bahasa Arab.

    Kem Marakah, 19 Mac – Bahagian Latihan (S5) MALBATT dan Kompeni Tempur Delta telah menganjurkan kelas pengendalian rondaan dan operasi bertujuan bagi memberi pemahaman kepada semua anggota tempur yang terlibat dengan rondaan operasi sekitar kawasan Lubnan. Ianya juga sebagai salah satu medium untuk menguji pemahaman anggota MALBATT tentang prosedur dalam pengendalian sesuatu rondaan dan operasi.

    Qana, 5 Mei - MALBATT telah menganjurkan kempen keselamatan jalanraya di Sekolah Qana bagi meningkatkan kesedaran pelajar-pelajar sekolah tentang keselamatan jalanraya. Aktiviti bermula pada jam 0900C dengan persembahan oleh pelajar sekolah Qana dan seterusnya ceramah keselamatan jalaraya oleh penceramah jemputan dari Bahagian Keselamatan Jalanraya UNIFIL.

    8 Apr - Komander MALBATT 850-1, Kolonel Arman Rumaizi bin Hj Ahmad telah melakukan kunjungan hormat kepada Komander 5 Briged LAF, Brigadier General Afif Salleh. Pelbagai isu yang dibincangkanantaranya operasi bersama MALBATT dan LAF dan perancangan latihan bersama, dan kemudian Komander 5 Briged LAF telah berbesar hati untuk membawa Komander MALBATT 850-1 meninjau sekitar kem 5 Briged itu sebelum sesi pertukaran cenderahati.

    AKTIVITI MESRAKAN MALBATT DENGAN MASYARAKAT SETEMPAT

    MALBATT BOLEH

    TRADISI KETENTERAAN MENGAKHIRI PENUGASAN MALCOY DI KAWKABA

    KELAS KOMPUTER UNTUK WARGA MARAKAH

    TAHAP KOMPETENSI MALBATT DIPERTINGKATKAN

    KEMPEN KESELAMATAN JALANRAYA UNTUK PELAJAR QANA

    KUNJUNGAN HORMAT KOMANDER MALBATT 850-1 KEPADA KOMANDER 5 BRIGED LAF

    Kem Ubique, Lubnan, 21 Mac – Latihan Anti-Rusuhan bersama telah dianjurkan oleh Markas Sektor Barat UNIFIL dimana Tim Crowd and Riot Control (CRC) dibawah naungan Markas Sektor Barat terlibat termasuk MALBATT yang disertai oleh Kompeni BMR MALBATT 850-1. Situasi dimulakan dengan rusuhan berlaku di kawasan tanggungjawab ITALBATT dan tim anti-rusuhan dari ITALBATT digerakkan ke kawasan rusuhan untuk mengawal keadaan. Rusuhan kemudian merebak ke kawasan lain dimana memerlukan bantuan tim anti rusuhan dari kontingen. Tim anti rusuhan MALBATT 850-1 lengkap berpakaian anti-rusuhan tiba dikawasan rusuhan dan mengawal rusuhan bersama tim anti rusuhan dari IRISHFINBATT.

    LATIHAN ANTI-RUSUHAN MARKAS SEKTOR BARAT

    OPS GLOBAL OPS GLOBAL

  • 38 39

    P U R P L E F O R C E 9 j o i n t f o r c e . m i l . m y

    Kem Tayr Dibbah, 7 Mac 14 - MALBATT 850-1 bersama Republik Korea Batalion (ROKBATT) telah menganjurkan majlis perkongsian budaya. Delegasi MALBATT diberi taklimat dan pengenalan kepada negara Korea Selatan sebelum menyaksikan persembahan kebudayaan kedua-dua negara. MALBATT 850-1 telah menyajikan persembahan tarian zapin dan joget melayu, manakala ROKBATT pula menyajikan persembahan gendang Korea dan pertunjukan seni mempertahankan diri taekwondo. Acara diteruskan dengan perlawanan futsal persahabatan dan berjaya mengikat pasukan ROKBATT dengan keputusan seri 3-3. Majlis kemudian diteruskan dengan sesi makan malam, dimana delegasi MALBATT 850-1 telah d