Bab 1 Notes

download Bab 1 Notes

of 80

Transcript of Bab 1 Notes

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    1/80

    BAB 1

    ISLAM SEBAGAI AD-DIN

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    2/80

    PENGENALAN Manusia sejak zaman awal kejadiannya

    telah berusaha untuk mengenali hakikatkejadian diri.

    Hakikat kejadian diri sebagaimana yangdikemukakan oleh Allah s.w.t. Penciptamanusia

    Dialah yang mengetahui asal kejadiaan,kelemahan dan kesempurnaannya,kedudukan dan matlamat kewujudannya,serta mengetahui tentang kepastian

    kehidupannya yang abadi. Akal manusia yang lemah tidak akan

    mampu untuk menjawab rahsia penciptaanTuhan melainkan dengan bimbinganNya

    jua.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    3/80

    Firman Allah s.w.t.

    Terjemahan:Tidakkah Allah yang

    menciptakan sekalian makhluk itu

    mengetahui (segala-galanya)?

    Sedang ia Maha Halus urusan

    pentadbiranNya, lagi Maha

    mendalam pengetahuanNya!

    Surah al-Mulk, ayat 14

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    4/80

    Samb

    Dalam konteks hubungan denganagama, sejarah kehidupan danketamadunan manusia telahmemperlihatkan bahawa manusiatidak terkecuali daripada menganutsesuatu doktrin atau dasarkepercayaan yang disebut sebagaikehidupan beragama.

    hakikat kehidupan manusia yangberkait rapat dengan kepercayaandan kehidupan beragama.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    5/80

    1.1MANUSIA DAN AGAMA

    1.1.1 Manusia dan Unsur Kejadiannya

    1.1.2 Pengertian Agama dan Ad-Din

    1.1.3 Keperluan Manusia KepadaAgama

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    6/80

    1.1.1 Manusia dan Unsur

    Kejadiannya

    Menurut al-Quran, manusia

    diciptakan oleh Allah s.w.t. hasildari kombinasi dua unsur:

    1. Unsur jasmani

    2. Unsur rohani

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    7/80

    1. Unsur Jasmani

    Bermula dengan kejadian Adam a.s. Al-Qurantelah menyebut beberapa istilah mengenaiproses penciptaanya, iaitu dari:

    Air (al-Furqan:54)

    Tanah (al-Anbiya:30)

    Pati tanah (al-Mukminun)

    Tanah liat dan sebati (al-Saffat:11)

    Tanah yang panas dan berbau (al-Hijr:28)

    Tanah yang keras seperti tembikar (al-

    Rahman:14) Tanah bumi (al-Majm:32)

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    8/80

    Kejadian keturunan Adam

    (Bani Adam) Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan

    manusia dari pati (yang berasal) dari tanah.Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air benihpada penetapan yang kukuh. Kemudian Kami

    ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku.Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadiseketul daging; kemudian Kami ciptakan dagingitu menjadi beberapa tulang; kemudian Kamibalut tulang-tulang itu dengan daging. Setelahsempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadimakhluk yang lain sifat keadaannya. Makanyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

    (Surah al-Mukminun,23:12-14)

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    9/80

    Samb

    Ilmu sains telah membuktikan bahawaterdapat dalam diri manusia unsur-unsuryang juga ada pada bumi.

    Menurut Profesor Dr. Ali Mutawi, DekanFakulti Perubatan Universiti Al-Azhar,

    bumi mengandungi 92 unsur semuanya,dan dijadikan manusia dari semua unsurbumi ini (Mohd.Ali,1991:55).

    Terjemahan: Dari bumilah Kami ciptakankamu, dan ke dalamnya Kami akanmengembalikan kamu, dan daripadanyapula Kami akan mengeluarkan kamusekali lagi.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    10/80

    Tuntutan dan keperluan

    tersebut merangkumi tiga

    perkara pokok:1. makanan dan minuman

    2. pakaian dan perhiasan

    3. kediaman atau tempat

    berlindung dan keamanan.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    11/80

    2. Unsur Rohani

    Kejadian dan penciptaan manusiadisempurnakan lagi oleh Allah s.w.t.dengan unsur rohani

    Terjemahan: Kemudian apabila Aku

    sempurnakan kejadiannya, serta Akutiupkan padanya ruh dari (ciptaan) Ku,maka hendaklah kamu sujud kepadanya.

    Surah al-Hijr :29

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    12/80

    Keperluan rohani

    merangkumi:

    Akidah

    Syariah

    Akhlak

    Pengabdian, atau ringkasnya

    yang tersimpul dalam kalimah

    ISLAM.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    13/80

    1.1.2 Pengertian Agama

    dan Ad-DinKamus Dewan :

    kepercayaan kepada Tuhan, sifat-sifat dankekuasaan Tuhan, serta penerimaan ajaran danperintahNya

    kepercayaan kepada sesuatu yang dipuja dandiangap berkuasa seperti dewa dan lain-lain

    Bahasa Melayu :

    Warisan tertulis yang diturunkan dari generasi ke

    satu generasi yang lain Istilah agama ini digunakan oleh orang-orang

    Hindu bagi merujuk kepada kitab-kitab Verdik,iaitu kitab suci Hindu

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    14/80

    SambBahasa Arab:

    Agama sebagai deen (din)

    Cara hidup

    Deenullah: agama yang benar

    Dalil: Dialah yang mengutuskanRasulNya (Muhammad) denganmembawa petunjuk dan agama yangbenar (agama Islam), untuk

    dimenangkan dan ditinggikan atassegala agama yang lain, walaupunorang-orang musyrik tidakmenyukainya.

    Surah at-Taubah:33

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    15/80

    1.1.3 Keperluan Manusia

    Kepada Agama

    Issac Newton:: Jangan sekali-kali kamu meraguitentang adanya al-Khaliq, Tuhan yangmencipta segala-galanya, kerana tidak

    masuk akal alam ini wujud secarakebetulan semata-mata. Sebenarnyasemakin bertambah pengetahuanmanusia mengenai rahsia dan keajaibanalam semesta ini, maka semakinbertambahlah iman untuk mempercayaitentang wujudnya al-Khaliq,kebijaksanaan, kebesaran dankesempurnaan sifat-sifatNya.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    16/80

    Faktor yang menunjukkan

    manusia amat perlukan agama,

    khususnya agama yang benar,

    iaitu Islam. Antaranya ialah:

    Kelemahan akal manusia Kesesuaian Islam dengan fitrah

    manusia

    Kesempurnaan Islam

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    17/80

    1.2 PENGERTIAN ISLAM

    1.2.1 Definisi Islam Dari Aspek bahasa

    1.2.2 Definisi Islam Dari Aspek Istilah

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    18/80

    1.2.1 Definisi Islam Dari Aspek

    bahasa

    Bahasa: masdar (infinitif) dari kata kerja

    (aslama, yuslimu, islaman)

    Patuh dan penyerahan.

    Aman, tunduk, patuh, taat yakni menyerahdengan rasa sedar, tunduk serta patuhdengan penuh kerelaan serta taatsetulusnya kepada kehendak Allah dan

    perintahNya dalam masa yang samamengamalkan seluruh hukum danperaturanNya.

    Tulen, suci, damai, aman dan sejahtera.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    19/80

    Menurut Abu al-Ala al-Maududiialah tunduk dan patuh kepadaperintah orang yang memberiperintah dan kepadalarangannya tanpa membantah.

    Manakala menurut Ali bin AbiTalib k.w menjelaskan Islam ituialah taslim (menyerah). Taslimitu yakin. Yakin itu percaya.

    Percaya itu berikrar. Berikrar itumenunaikan dan menunaikan ituialah amal.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    20/80

    1.2.2 Definisi Islam Dari Aspek

    Istilah

    1. Hadis:

    Sesuatu ketika Rasulullah s.a.w ditanyatentang Islam, Iman dan Ihsan. Lantas Bagindamenjawab tentang Islam ialah dengan engkaumengucap dua kalimah syahadah, mendirikan

    solat, berpuasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan menunaikan haji bilaberkemampuan.

    2. Kepatuhan, ketundukan, ketaatan danpenyerahan diri kepada Allah s.w.t.

    3. Peraturan umum dan undang-undang yangbersifat sempurna dan menyeluruh (mencakupiseluruh aspek kehidupan manusia.

    4. Agama yang terkupul di dalamnya akidah,ibadah, akhlak, muamalah dan sejarah-sejarah.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    21/80

    Samb5. Abdul Karim Zaidan (1987)

    Rangkuman jawapan terhadap

    tiga persoalan yang berkaitan

    dengan kehidupan untuk

    mengetahui hakikat manusiaiaitu:

    - Dari mana kita datang?

    - Mengapa- Bagaimana kesudahan hidup ini?

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    22/80

    Jawapan: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu

    dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNyakejadian manusia berasal daritanah.Kemudian ia menjadikan keturunanmanusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air(benih) yang sedikit dipandang orang.Kemudian ia menyempurnakankejadiannya, serta meniupkan padanya:roh ciptaanNya. dan ia mengurniakankepada kamu pendengaran danpenglihatan serta hati (akal fikiran),

    (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlahsedikit kamu bersyukur.

    Surah al-Sajdah:7-9

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    23/80

    6. Roh yang hakiki, cahaya petunjuk

    yang abadi di dalam kehidupan,

    ubat yang paling mujarab bagipenyakit dan jalan lurus yang

    selamat dari kesesatan.

    7. Melaksanakan segala suruhan

    Allah s.w.t dan meninggalkan

    segala laranganNya.

    8. Mengerjakan dengan sempurna

    semua rukun-rukun Islam yangdifardhukan dan ajaran Nabi

    Muhammah s.a.w

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    24/80

    1.3 SKOP AJARAN ISLAM

    Asas-asas Ajaran Islam:

    1 Akidah dan Tauhid(Rububiyyah, Uluhiyah, Asma

    wa Sifat)

    2 Syariah (Ibadah, Muamalat,

    Munakahat, Jinayah)

    3 Akhlak

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    25/80

    1. Akidah

    Bahasa:

    Ikatan yang tersimpul rapi, sukaruntuk dibuka, kepercayaan,keyakinan, pegangan dan ideologiseseorang di dalam kehidupannya.

    Istilah:

    Pegangan, kepercayaan dankeyakinan yang kuat dan mantap

    kepada Allah S.W.T berdasarkanrukun Iman sehingga sebatimenerusi amalan seharian.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    26/80

    Enam elemen utama asas akidah

    Islam:

    1. Keimanan kepada Allah s.w.t. sebagai yang MahaMutlak kekuasaanNya di mana setiap muslim perlumenyerahkan diri sepenuhnya kepadaNya.

    2. Keimanan kepada malaikat yang merupakan makhlukmulia yang dijadikan Allah s.w.t. sebagai lambangkeagongan dan kehebatan kekuasaanNya.

    3. Keimanan kepada kitab yang diturunkan oleh Allahs.w.t. dengan menjadikannya panduan dalam berbagaiaspek kehidupan.

    4. Keimanan kepada para rasul yang diutuskan oleh Allahs.w.t. sebagai utusan yang menyampaikan risalah Allahs.w.t.

    5. Keimanan tentang kewujudan hari akhirat sebagaimatlamat akhir bagi manusia.

    6. Keimanan kepada qada dan qadar sebagai hak mutlakAllah s.w.t.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    27/80

    Peranan Akidah1.Menjadi panduan dan pegangan hidup kepada

    setiap individu.2.Menjadi pengawal atau pengadang dari

    melakukan perbuatan yang tidak baik ataularangan Allah sama ada secara terang atautersembunyi.

    3.Membentuk akhlak-akhlak yang mulia danperibadi yang luhur.

    4.Memupuk perasaan yang tenteram danmenghindari perasaan gelisah dan dukacita.

    5.Menghindar dari kesesatan dan penyelewengan.

    6.Mendapat rahmat dan perlindungan daripadaAllah.

    7.Memberi kekuatan dalam mengatasi persoalanhidup.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    28/80

    Perkara Yang Merosakkan Akidah

    1. Melakukan perkara-perkara yang jelasmenyekutukan Allah dengan makhluk sama adamelalui kepercayaan, perkataan dan perbuatanseperti percaya ada perkara lain yang berkuasaselain daripada Allah S.W.T.

    2. Menyembah kepada selain daripada Allah S.W.T

    seperti berhala, patung dan lain-lain.3. Melakukan amalan-amalan kerana yang lain

    daripada Allah seperti untuk mendapat pujiandan lain-lain.

    4. Mengingkari kuasa Allah, kenabian Nabi

    Muhammad s.a.w.5. Mempersendakan hukum Allah seperti

    menafikan kewajipan sembahyang, puasa danlain-lain.

    6. Melakukan perbuatan yang menyerupai orang

    kafir seperti pakai salib dan sebagainya.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    29/80

    2. Syariah

    Bahasa: (syaraa), jalan, cara atau peraturan

    Istilah:

    Cara-cara beribadah, beramal dan

    melaksanakan perintah Allah S.W.T dalamrangka menghayati akidah tauhid.

    Himpunan panduan dalam kehidupan individu

    dengan tuhannya (ibadah), berkeluarha

    (munakahat), bermasyarakat (muamalah) danbernegara (siasah).

    Ulama mamahamkan syariah sebagai fikah

    (ilmu hukum @ undang-undang

    Al-Syariah al-Islamiah: fikah @ al-fiqh al-Islami.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    30/80

    Samb

    Fiqh: Mengetahui danmemahami hukum-hukum

    syarak yang berhubung dengan

    perbuatan manusia (Imam

    Ghazali)

    Hukum: wajib, sunat, haram,

    makruh dan harus.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    31/80

    PEMBAHAGIAN

    SYARIAH IBADAH

    MUAMALAT

    MUNAKAHAT

    JINAYAT

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    32/80

    IBADAH

    Bahasa:

    berasal dari kata dasar (abada abdunibadatan)

    merendah diri, tunduk, taat dan patuh.

    Dari situ juga, datangnya perkataan abdatau abdi (hamba) yang mempamerkan

    nilai ketaatan, kepatuhan dan pengabdian

    kepada perintah seseorang tuan.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    33/80

    Istilah:

    Situasi ketaatan dan penyerahan diriyang disertai dengan perasaankecintaan,

    kepatuhan dan ketakutan kepadaAllah S.W.T semata-mata, bagimendapat keredhaanNya.

    Satu pengabdian yang dilakukandengan cara tunduk danmerendahkan diri,

    dilakukan dengan hati yang ikhlaskepada Allah S.W.T menurut cara-cara yang ditentukan oleh syarak.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    34/80

    PEMBAHAGIAN IBADAH

    IBADAH

    UMUM KHUSUS

    SUNAT WAJIB/FARDHU

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    35/80

    CIRI-CIRI IBADAH Antara ciri utama ibadah ialah:

    1. Pengabdian yang dilakukan dengan cara tunduk danmerendahkan diri, dilakukan dengan hati yang ikhlaskerana Allah menurut cara-cara yang ditentukan olehsyarak.

    2. Ibadah membentuk perhubungan yang terus antara hambadengan Allah S.W.T.

    3. Ia tidak memerlukan perantaraan atau wasilah.

    4. Tanda bersyukur di atas nikmat Allah kepada hamba.

    5. Ibadah mesti dilakukan dengan hati yang ikhlas dankhusyu.

    6. Mesti memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat yangditentukan.

    7. Setiap Muslim mesti melaksanakan ibadat-ibadat yangdifardhukan.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    36/80

    AKIBAT MENGABAIKAN

    IBADAH Menjejaskan iman.

    Berdosa dan mendapat

    kemurkaan Allah. Keras hati.

    Gangguan emosi.

    Terdedah kepada maksiat. Jauh dari rahmat Allah S.W.T.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    37/80

    MUAMALAT

    Muamalat itu adalah semua

    hukum syariat yang

    bersangkutan dengan urusandunia, dengan memandang

    kepada aktiviti hidup seseorang

    seperti jual-beli, tukar-menukar,pinjam-meminjam dan

    sebagainya.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    38/80

    PERATURAN-PERATURAN

    MUAMALAT1. Mencari harta kekayaan dengan

    cara yang baik dan diredhai olehAllah S.W.T.

    2. Mengamalkan akhlak-akhlak yangmulia dalam menjalankan urusanekonomi dengan pihak yang lainseperti amanah, adil, jujur, tidakmenipu dan lain-lain.

    3. Menjalankan sesuatu kegiatanekonomi yang dapat memberi faedahkepada seluruh manusia.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    39/80

    4. Semua kegiatan yang dijalankanhendaklah berteraskan keimanandan ketakwaan kepada Allah dansyariat Islam. Keimanan kepadaAllah merupakan benteng untukmenghalang seseorang daripada

    melakukan perkara-perkara yangtidak di ingini.

    5. Semua kegiatan yang dijalankanbertujuan menjalinkan hubunganbaik sesama manusia. Kebaikan-

    kebaikan yang dilakukan semasamenjalankan kegiatan ekonomisecara tidak langsung akanmemupuk semangat perpaduan danpersaudaraan sesama Islam dan

    yang bukan Islam.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    40/80

    TUJUAN MUAMALAT

    1.Iaitu supaya di dalam kehidupan manusiatidak akan berlaku sesuatu kecuranganseperti rampas-merampas, ceroboh-

    menceroboh pada pemilikan serta tipudaya dan sebagainya.

    2. Kehendak manusia itu sendiri ialahmeletakkan manusia nilai dan taraf yangtinggi sehingga beroleh keredhaan Allah di

    dunia dan di akhirat.3. Muamalat juga menentukan peraturan-

    peraturan berusaha dan bekerja untukmanusia dengan jalan yang halal.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    41/80

    PERANAN MUAMALAT

    1.Mewujudkan masyarakat yang amandan sejahtera.

    2.Menghindarkan berlakunyasebarang penindasan sesamamanusia.

    3.Supaya semua kegiatan ekonomiyang dijalankan bersih daripada

    sebarang perbuatan yang dilarangoleh Allah S.W.T, kita hendaklahmeninggalkan perkara-perkara yangdikeji seperti riba, rasuah, menipuatau sebagainya.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    42/80

    4. Bermuafakat secara Islam melahirkanmanusia yang berakhlak mulia dalammenjalankan suatu amanat Allah S.W.T.

    5. Memudahkan manusia untuk merasaikurniaan Allah S.W.T dengan cara yangbetul dan diredhaiNya.

    6. Menggalakkan manusia supaya rajinbekerja untuk meningkatkan taraf

    ekonomi keluarga, masyarakat dannegara.

    7. Melahirkan masyarakat yang salingbekerjasama, tolong menolong dan bantumembantu untuk kebaikan dan kebajikanbersama.

    8. Supaya harta kekayaan yang disediakanoleh Allah S.W.T tidak hanya dimonopolioleh golongan tertentu sahaja.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    43/80

    MUNAKAHAT

    Bahasa:

    Ikatan atau simpulan

    Istilah: Suatu Ikatan atau akad yang

    menghalalkan pergaulan danmembatas hak dan kewajipan serta

    bertolong-tolong di antara seoranglelaki dengan seorang perempuanyang di antara keduanya bukanmahram.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    44/80

    Perkahwinan adalah merupakan

    sunnah Rasulullah s.a.w. dandigalakkan di dalam Islam sertadituntut oleh Hukum Syarak,sebagaimana sabda Rasulullah

    s.a.w. yang bermaksud: "Nikah itu adalah sunnahku,

    maka sesiapa yang bencisunnahku maka sesungguhnya

    ia bukan dari golonganku. "

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    45/80

    DALIL PENSYARIATAN

    A.Al-Quran

    "Maka berkahwinlah dengan sesiapa yangkamu berkenan dari perempuan-perempuan

    lain dua, tiga atau empat. Kemudian jikakamu bimbang tidak akan berlaku adil (diantara isteri-isteri kamu) makaberkahwinlah dengan seorang sahaja."

    al-Quran, an-Nisa, 4:3

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    46/80

    B. As-Sunnah

    Sabda Nabi s.a.w:Maksudnya:

    "Wahai pemuda-pemuda, sesiapayang mampu di antara kamu

    (mempunyai belanja sertakeinginan) hendak berkahwin,hendaklah ia kahwin, keranasesungguhnya perkahwinan itu akanmemejamkan matanya (terhadap

    orang yang tidak halal dilihatnya)dan terkawal kehormatannya dansesiapa yang tidak mampuberkahwin hendaklah ia berpuasa,bahawa puasa itu menjadi benteng."

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    47/80

    C. Ijma Ulama

    Semua ulama sepakat mengatakan bahawa hukum

    perkahwinan itu adalah dituntut oleh HukumSyarak.

    Perkahwinan adalah satu tuntutan agama yangsangat penting dalam menjaga danmengembangkan zuriat mengikut Hukum Syarak.

    Namun dengan keharusan untuk melakukanpernikahan ini, Islam telah menggariskanperaturan dan disiplin yang sangat perlu sebelumperkahwinan itu dijalankan. Keperluan asassebelum menjalani perkahwinan adalah satuperkara penting demi menjaga maslahah ummahiaitu dari segi keturunan dan masa depan keluarga

    amnya.

    Antara keperluan permulaan perkahwinan ialahhad umur, pertalian, persetujuan atau keizinan,kafaah, pertunangan dan poligami.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    48/80

    JINAYAT

    Jinayah menurut fuqaha' ialah perbuatan atauperilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseoranguntuk mencerobohi atau mencabul kehormatanjiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengansengaja.

    Penta`rifan tersebut adalah khusus padakesalahan-kesalahan bersabit dengan perlakuanseseorang membunuh atau menghilangkananggota tubuh badan seseorang yang lain ataumencederakan atau melukakannya yang wajib dikenakan hukuman qisas atau diyat.

    Kesalahan-kesalahan yang melibatkan hartabenda, akal fikiran dan sebagainya adalah

    termasuk dalam jinayah yang umum yang tertaklukdi bawahnya semua kesalahan yang wajibdikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    49/80

    FAEDAH DAN MANFAAT DARIPADA

    PENGAJARAN JINAYAT

    1)Menjaga keselamatan nyawa daripadaberlaku berbunuhan sesama sendiri dansebagainya.

    2)Menjaga keamanan maruah di dalammasyarakat daripada segala fitrah tuduh-menuduh.

    3)Menjaga keamanan maruah di dalam hartabenda dan nyawa daripada kecurian, ragut

    dan lain-lain.4) Berhubung dengan keamanan negara dan

    menyelenggarakan keselamatan diri.

    5)Perkara yang berhubung di antara orang-orang Islam dengan orang-orang kafir di

    dalam negara Islam.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    50/80

    BENTUK HUKUMAN YANG

    DIKENAKAN KE ATAS

    PENJENAYAH Mengikut peruntukan hukum syara`

    yang disebutkan di dalam al-Qur'andan as-Sunnah yang dikuatkuasakan

    dalam undang-undang jinayahsyar`iyyah, penjenayah-penjenayahyang didakwa di bawah kes jinayahsyar`iyyah apabila sabit

    kesalahannya di dalam mahkamahwajib dikenakan hukuman hudud,qisas, diyat atau ta`zir.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    51/80

    AKHLAK

    Bahasa: Sifat, tabiat dan kebiasaan, perilaku @

    budi pekerti.

    Istilah:

    Sifat-sifat yang terkumpul dalam hatiyang akan memberi kesan baik atausebaliknya kepada tingkah lakuberdasarkan keyakinan kepada AllahS.W.T.

    Imam al-Ghazali:Akhlak merupakan suatu keadaandalaman peribadi yang teguh, lahir darisuatu perbuatan dengan mudah tanpa

    memerlukan fikiran dan renungan.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    52/80

    Akhlak Rasulullah

    Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai

    akhlak yang amat mulia.

    Surah al-Qalam: 4

    Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang

    apa itu agama? Baginda menjawab:"Kemuliaan akhlak (husnul khuluq)."

    Apabila ditanya tentang apa itu kejahatan,

    Baginda menjawab: " Akhlak yang buruk

    (su ul khuluq)."

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    53/80

    AKHLAK TERPUJI

    Komponen yang menjelaskankeperibadian yang terpuji sepertiberikut:

    Ketakwaan

    Sabar Tegas

    Bijaksana dan mempunyai hikmah

    Mengawasi dan mengawalkeinginan dan nafsu

    Pertimbangan yang adil

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    54/80

    AKHLAK TERCELA

    Komponen yang boleh menjejaskanperibadi seseorang seperti berikut:

    Zalim

    Hasad dengki Khianat

    Tamak

    Menfitnah

    Pemalas Penakut

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    55/80

    1.4 PENGAWALAN JIHAD

    1.4.1 Dakwah

    1.4.2 Jihad

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    56/80

    1.4.1 Dakwah

    Seruan ke arah kebenaran Meliputi aqidah, syariah dan akhlak

    Usaha untuk menyampaikan kebenaranIslam

    Pendekatan dakwah: perkataan @perbuatan

    Cth: ceramah, seminar, forum, penulisan@ persembahan melalui mediaelektronik.

    Cth terbaik: teladan dan keperibadianyang tinggi.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    57/80

    1.4.2 Jihad

    Bahasa:

    berasal daripada perkataan

    jahada .

    menggunakan segala usaha

    dengan bersungguh-sungguh

    untuk mendapatkan sesuatu. Ini menunjukkan kepada jihad

    ketika belajar untuk

    menghadapi peperiksaan.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    58/80

    Istilah:

    Menentang orang kafir di medan

    pertempuran danmenghapuskan segala rintangan

    terhadap dakwah bagi

    menjadikan kalimah Allah(Islam) itu tinggi setinggi-

    tingginya.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    59/80

    TUJUAN JIHAD

    Alat yang digunakan oleh daulah

    Islam untuk menyebarkan serta

    menyampaikan syiar Islam. Iadigunakan sebagai tindakan fizikal

    menghapuskan segala halangan

    kepada dakwah Islam dan dengan

    cara inilah Islam dibawa ke seluruhkawasan daulah Islam baik pada

    zaman Rasulullah s.a.w, zaman para

    sahabat, zaman khulafa sehingga

    seterusnya.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    60/80

    Pembahagian Jihad:

    Jihad menentang hawa nafsu

    Jihad menentang syaitan

    Jihad menentang golongan kafir

    Jihad menentang golongan

    munafik

    Jihad terhadap golongan zalim

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    61/80

    1.5 Sumber-sumber ajaran

    Islam

    1. Sumber Asasi

    - Al-Quran

    - Al-Sunnah

    2. Sumber Ijtihadi

    - Al-Ijma

    - Al-Qias

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    62/80

    1.1Al-Quran Kitab suci agama Islam

    Wahyu yang disampaikan kepadaNabi Muhammad s.a.w melaluiperantaraan malaikat Jibril.

    Bahasa: bacaan @ sesuatu yang

    dibaca berulang-ulang Istilah: kalam Allah dari segi lafaz

    dan makna yang diturunkan dalambahasa Arab kepasa nabi Muhammad

    s.a.w secara beransur-ansur melaluiperantaraan malaikat Jibril secaramutawatir.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    63/80

    Nama-nama lain bagi al-Quran

    Al-Kitab (Al-Quran)

    Al-Furqan (Pembeza antara yang benardan salah)

    Al-Mauidhah (Pelajaran @ nasihat)

    Al-Hukm (Peraturan @ hukum)

    Al-Hikmah (Kebijaksanaan)

    Asy-Syifa (Ubat@ penyembuh)

    Al-Huda (Petunjuk)

    At-Tanzil (Yang Diturunkan)

    Ar-Rahman(Kurnia)

    Ar-Ruh (Ruh)

    Al-Bayan (Penerang) Dll..

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    64/80

    Penurunan al-Quran Secara beransur-ansur selama 23 tahun

    13 tahun di mekah, 10 tahun di madinah

    Tujuan:

    meneguh dan menetapkan hatiRasulullah dalam menjalankan tugas

    yang berat dan mencabar. Memudahkan umat Islam menghafal dan

    beramal tanpa merasa berat danterbeban.

    Satu proses pendidikan secara beransur-ansur kepada umat Arab pada ketika itumengenai perkara-perkara yangberhubung dengan sistem kepercayaan,nilai dan hukum.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    65/80

    Ciri-ciri khusus al-Quran1. Diturunkan dalam bahasa Arab

    2. Sebagai wahyu daripada Allahkepada Rasulullah dengan lafazdan maknanya.

    3. Menjadi mukjizat bagi Rasulullah.

    4. Disampaikan kepada kita melaluiriwayat yang mutawatir dandengan jalan penulisan dari sisiRasulullah sehingga hari ini.

    5. Dibaca dalam solat dan diluar solatdikira sebagai ibadah.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    66/80

    Jenis-jenis hukum dalam al-Quran

    1. Akidah

    2. Pemberihan dan penyucianjiwa yang menentukan akhlak-akhlak yang mulia dan teguh

    (ilmu tasawwuf)3. Amaliyah, berkaitan dengan

    perkataan dan perbuatanmanusia. Cth: ibadah,

    muamalat, munakahat danjinayat.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    67/80

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    68/80

    1.2. Al-Sunnah

    Bahasa: jalan @ cara Istilah: segala sesuatu yang

    bersumber dari Rasulullah s.a.w

    baik dalam bentuk ucapan,

    perbuatan mahupun pengakuan.

    Sumber asasi perundangan

    Islam yang kesua selepas al-

    Quran

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    69/80

    Peranan Al-Sunnah terhadap Al-Quran

    1. Penyokong @ penguat kepada al-Quran.

    : Dan Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat danruku'lah beserta orang-orang yang ruku'. (al-Baqarah:43)

    Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yangmendirikannya dia mendirikan agamanya,sesiapa yang meninggalkanya dia meruntuhkanagamanya.(Riwayat setengah ahl sunan)

    2. Penerang, penjelas @ pentafsir ayat-ayat al-Quran.

    Sembahyanglah kamu sepertimana kamumelihat aku sembahyang. (Riwayat Bukhari)

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    70/80

    3. Mengkhususkan yang umum

    Allah mensyari'atkan bagimu tentang

    (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu.yaitu : bahagian seorang anak lelaki samadengan bahagian dua orang anak perempuan(al-Nisa:11)

    Rasulullah mengkhususkan dengan sabdabaginda yang bermaksud:

    Kami tidak diwarisi sebab peninggalan kamiadalah menjadi sedekah.

    4. Hukum-hukum yang tidak dinaskan dalam al-

    Quran.cth: haram makan binatang liar yangbertaring dan haran mengahwini perempuanbeserta emak saudaranya, haram memakaiemas dan sutera bagi lelaki.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    71/80

    Kategori al-Sunnah sebagai hukum1. Sunnah Mutawatirah

    disampaikan oleh sekumpulan periwayat yangsangat ramai dari zaman sahabat hinggazaman berikutnya.

    2. Sunnah Masyurah

    Diriwayatkan oleh seorang @ beberapa orang

    sahabat yang bilangannya tidak sampai tahapmutawatir. Masyur pada zaman tabiin dantabi tabiin.

    3. Sunnah Ahad

    Diriwayatkan oleh seorang @ beberapa orang

    sahabat yang bilangannya tidak sampai tahapmutawatir. Umat Islam sepakat mengatakanbahawa wajib beramal dengannya walaupunperiwayatnya tidak sampai ke tahapmutawatir.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    72/80

    2.1 Al-Ijma

    Bahasa: keazaman dan

    persepakatan

    Istilah:Persepakatan para

    mujtahid dari kalangan umat

    Muhammad s.a.w selepaskewafatan baginda di dalam

    satu-satu zaman di atas satu-

    satu hukum syarak.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    73/80

    Jenis-jenis Ijmak

    1. Ijmak sorehberlaku melalui pernyataan pendapat olehsetiap mujtahid secara terus terang sama adadengan lisan @ tindakan terhadap sesuatuhukum syarak. Menjadi hujag yang qati.

    2. Ijmak sukutilahir dari sebahagian mujtahid dan diketahuioleh sebahagian yang lain tetapi tiadabantahan dan fatwa baru yang berbezadikeluarkan oleh mereka walaupun masa yang

    ada itu sudah cukup untuk merekamembentuk satu pendapat tentang masalahtersebut. ulama berpendapat ijmak sukuti inisebagai hujah yang qati dan sebahagian lainsebagai hujah yang zanni.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    74/80

    2.2 Al-Qias Bahasa: menyamakan sesuatu dengan

    sesuatu yang lain Istilah: Ulama usul menyamakan

    sesuatu masalahyang tidak ada nasnyadengan sesuatu masalah yang sudahada nas hukumnya kerana adanyapersamaan illah antara kedua-duanya

    cth: Rasulullah s.a.w. menyamakanhukum mengumpulkan antara anakgadis dengan makciknya (dalam

    perkahwinan) dengan mengumpulkanadik dengan kakak kerana adanyapersamaan illah antara kedua-duanya,iaitu akan memutuskan talipersaudaraan.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    75/80

    Rukun Qias1. Asal (al-asl) iaitu perkara yang sudah ada

    hukumnya yang telah ditetapkan olehnas.

    2. Furu (al-faru) iaitu perkara baru yangtidak terdapat nas mengenal hukumnyasama ada dari al-Quran, sunnah maupun

    ijmak.3. Hukum asal (hukm al-asl) iaitu hukum

    perkara asal yang terdapat nasnya didalam al-Quran atau al-Sunnah.

    4. Sebab hukum (illah) iaitu bentukpersamaan yang mengikat di antaraperkara asal dengan yang baru (faru).

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    76/80

    Qias Sebagai Hujah Syarak

    Jumhur ulamak berpendapat bahawa qias

    adalah hujjah syarak dan sumber hukum yangproduktif bagi menghadapi masalah-masalahbaru yang timbul ditengah-tengah masyarakatIslam dari masa ke semasa.lni bardasarkandalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah

    Maka ambil ltibarlah wahai orang-orang yang

    berakal.(surah al-Hasyr:21) Ayat diatas menggambarkan apa yang terjadi

    kepada Bani Nadhir yang ditimpa pelbagai malapetaka akibat kederhakaan mereka. Allahmeminta orang-orang yang berakal supaya

    mengambil iktibar dengan mengqiaskan dirimereka juga akan ditimpa petaka jikamenderhakai Allah SWT. dan RasulNya.Kederhakaan dalam ayat ini menjadi sebabberlakunya petaka.

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    77/80

    Sumber-sumber lain ijtihadi1. Al- Masalih Al- Mursalah

    bahasa: mencari kemaslahatan dan kebaikan.

    istilah: menentukan hukum bagi sesuatu perkara yang tidakterdapat nasnya di dalam al-Quran dan sunnah dan tiadakeputusan ijma mengenainya, berdasarkan penelitianmaslahat, iaitu kemaslahatan yang ditujukan untukmemelihara kesucian agama dan kebaikan hukum-hukumsyara, serta mendatangkan manfaat dan menolakmudharat sahaja.

    2. Al- Istihsan

    bahasa: baik dan elok atau menganggap sesuatu itu baik,sama ada ia sebenarnya baik atau sebaliknya.

    Istilah: penetapan hukum dari seorang mujtahid terhadapsesuatu masalah, berlainan daripada ketetapan yangditerapkan pada masalah--masalah yang ada persamaandengannya, kerana ada alasan yang lebih kuat yangmenghendaki kelainan itu dilakukan seperti menjagakepentingan awam atau individu atau menjaga keadilanyang selaras dengan matalamat syariah.

    3. Sadd al-Dzarai

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    78/80

    3. Sadd al Dzarai

    Ia bermaksud menghalang jalan atau perantaraan kearahsesuatu, sama ada baik atau buruk, sama ada dalambentuk perbuatan atau perkataan. Kebiasaannya banyakdigunakan untuk maksud atau jalan yang membawakepada kerosakan.

    4. Al-Urf (Adat / Kebiasaan)

    bahasa: Sesuatu yang baik yang dibiasakan dengannya.

    istilah: Sesuatu yang biasa dilakukan oleh manusia dandiamalkan dalam kehidupan mereka sama ada kata-kataatau perbuatan yang berulang kali dilakukan sehinggasebati dalam jiwa mereka dan benar--benar diterima olehakal mereka.

    5. Sharun Man Qablana (Syariat Terdahulu)

    Syarun Man Qablana ialah apa yang diceritakan kepadaumat Muhammad s.a.w. dari hukum hakam syariat-syariatyang ditaklifkan ke atas umat-umat terdahulu sebagai

    suatu yang disyariatkan oleh Allah s.w.t. dan begitu jugaapa yang diterangkan oleh para Rasul terdahulu. Tiadanas yang mengaitkan pensyariatannya kepada umat NabiMuhammad s.a.w

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    79/80

    1.6 KEISTIMEWAAN AJARAN ISLAM

    1. Rabbani (ketuhanan)

    2. Syumul dan lengkap

    3. Sepadu dan seimbang

    4. Tetap dan anjal

    5. Praktikal

    6. Tinggi

    7. Universal @ sejagat

  • 8/8/2019 Bab 1 Notes

    80/80

    KESIMPULANIslam merupakan ajaran yang lengkap,menyeluruh dan mampu memandu kehidupanmanusia bagi mencapai kebahagiaan hidup didunia dan akhirat. Terdapat berbagaikeistimewaan yang meletakkan Islam sebagai

    satu cara hidup yang sesuai dengan fitrahkejadian manusia dan fitrah penciptaan alam. Iaamat berbeza dengan agama-agama lain dantiada yang setanding dengannya. Akidah,syariah dan akhlak merupakan prinsip-prinsip

    asas ajaran Islam yang melengkapi setiap sudutdan aspek keperluan hidup manusia. Semuanyaditunjangi oleh sumber-sumber utama ajaranIslam, iaitu sumber asasi yang bersifat samawi;al-Quran dan al-Sunnah, serta sumber ijtihadi